09 July 2010

kenapa pilih jadik cikgu?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



GURU = mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid. Tapi biasanya lebih familiar dengan "cikgu"...."teacher". Dan dalam masa yang sama bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yg sentiasa komited dengan kerjayanya. Pada mulanya, saya tak berminat dengan kerjaya ini...bagi saya cukuplah dengan dunia persekolahan yg telah saya lalui dulu.

Bersyukur sangat dengan pilihan Abah...dia lah yang sangat2 mahukan saya menjadi guru. Masa sekolah menengah..saya dah memang bercita2 mahu menjadi seorang graphic designer. Sebab itu, waktu SPM ambil keputusan untuk tambah subjek Pendidikan Seni. Masa itu...hanya 4 org sahaja yg amek paper seni ni (cik miah, farez, wanie n me). Bila habis SPM, saya ada apply utk diploma Seni Reka di UiTM....dan masa tengah menjalani PLKN di UiTM Shah Alam, saya terima surat untuk hadiri temuduga bagi kursus itu. Memang happy sangat2...terasa seperti impian yang terpendam kian hampir untuk digapai.

Sementara tunggu keputusan Diploma tu...saya telah ditawarkan untuk sambung belajar kat Pusat Asasi Sains UM. Setelah selesa mengikuti kuliah di PASUM...tiba2 saya dapat surat tawaran ke UiTM bagi kos Seni Reka. Alhamdulillah...saya lulus interview, memang xsangka. Tapi saat itu...fikiran memang berserabut. Masa itu saya dah ambil keputusan untuk quit matrix dan teroskan dengan impian saya. Tapi...hasrat yang dipendam terhalang oleh keputusan family terutamanya Abah. Dan akhirnya saya terpaksa relakan impian itu musnah...dan teroskan pengajian di PASUM setahun. Tapi di PASUM memang kena struggle....saya nak tebus balik kekalahan dulu. Dan...alhamdulillah ^o^

Habis jek matrix...Bonda suruh apply medic dan saya dapat tawaran kos medic di Indon. Tapi tolak jugak sebab memang jiwa saya bukan jiwa doktor kot..hahaha. Abah suruh saya apply ambil bidang pendidikan. Akhirnya, saya ditawarkan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (kimia). Dulu waktu kat mrsm...Kimia ini adalah antara subjek yang paling saya alergic. Tapi semuanya berubah bila di PASUM...saya suka semua pensyarah2 kimia kat sana terutamanya Dr. Haza Babe....best gila beliao ngajor. Dan sejak itulah persepsi saya pada subjek kimia berubah. For me, chemistry is very interesting and fun to learn!!


Akhirnya kini saya berbangga kerna dapat memulakan langkah dan perjuangan bersama guru-guru yang lain. Guru amat bermakna dalam hidup seorang insan. Ibu bapa adalah pencorak anak-anak tapi GURUlah pengukuhnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi hadirnya guru adalah untuk mereka dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Sebenarnya dunia pendidikan tidak semudah apa yang orang lain fikirkan. Tapi, bagi saya ianya sesuatu yang amat2 unik. "TAK KENAL MAKA TAK CINTA", betul tak? Dalam dunia pendidikan ini, saya bukan sahaja belajar membentuk diri sendiri tetapi juga belajar untuk mencipta peluang dan impian. Saya juga belajar untuk meneroka sifat-sifat manusia. Mencari sumber kekuatan dan mengajar diri menjadi lebih tabah dan sabar dengan karenah mereka. Apa yang penting...kita mesti SEMANGAT!!!

Apa pun profession yang kita seburi, pokok pangkalnya adalah nawaitu. Kepada guru-guru dan bakal pendidik, tekadkan hati..perbetulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa utk menjadi anak2 didik yang bukan sahaja cemerlang fizikal tetapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita ditanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita...kita ada jawapan yang kukuh....

“AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURIDKU UNTUK MENGABDIKAN DIRI MEREKA PADA-MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN… ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN TELAH MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA-MU YA ALLAH….”


Tapi, cuba bayangkan andai tinggal selangkah lagi untuk memasuki syurgaNya. Tiba-tiba...

"Nanti dulu YA ALLAH...Jangan benarkan orang itu masuk ke syurga". Tercengang sendiri...Mengapa perjalananku dihalang....

"Mengapa kau melarang gurumu ini untuk masuk ke syurgaKu?"

"Kalau KAU ingin tahu...Guru ku ini tidak pernah menegur kesilapanku. Dia hanya mengajar aku ilmu dunia. Dengan ilmu itu, aku semakin jauh dariMu. Kehadirannya hanya untuk mengajar. Cukup bulan dapat gaji....tapi, akhlak kami tetap rosak"

Ya Allah...apa perasaan kita ketika itu??? Ingin mengulang semula masa lampau??? Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh itu, wahai insan bernama GURU....kukuhkan dirimu dengan Al-Quran dan As-Sunnah untuk menjadi panduan hidup demi membimbing anak-anak didik mu.




Nota kaki:
- sedang buat persiapan untuk menjadi fasilitator esok hari di SMDA.
- si jebat sedang sibuk memprovok perasaan org laen


2 comments:

  1. besar tu tanggungjawab cikgu..... all the best =)

    ReplyDelete
  2. hamzah: yup..~
    memang besor sgt2~
    ini semua adalah amanah yg harus dipikul.
    tenkiu dik ^o^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...