03 October 2011

Kejam | Bayi dalam Perigi

Tadi sambil tengok2 tv tadi lemon belek2 surat khabar hari ini. Dah memang menjadi rutin harian akan membaca newspaper malam2.

Muka depan kosmo hari ini dah wat hati lemon membuak-buak kemarahan. Yesss!!! Sangattttt marah!!!!

KEJAMMMMMM!!!!! MySpace

Manusia berhati apa laa macam ni. Sanggop ko buang anak yang tak berdosa dalam perigi macam tu jek. Kalo rasa tak nak sangat anak tu pon...buang laa kat depan pintu rumah orang. Cuba laa berhati perot sikit. Jangan laa suka hati men campak anak2 yang tak berdosa tu macam tu jek!!!

Sesungguhnya anak2 itu tak berdosa....kasihanilah mereka wahai ibu-ibu yang tak punya hati kemanusiaan.

Nak tahu lebih lanjut, sila baca berita yg lemon sedut dari myMetro :


KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi perempuan yang ditemui di dalam perigi.

KOTA BHARU: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat bukan saja dihumban ke dalam perigi sedalam lima meter, malah disumbat di dalam beg sebelum ditemui di kawasan kebun getah, Kampung Belimbing dekat Limbat, di sini, pagi semalam.

Mayat bayi yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditemui pada jam 8 pagi oleh seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lunik, 64, sebelum dia menghubungi polis.


Menurut Tuan Mat, dia dan isterinya, Siti Fatimah Awang, 60, seperti biasa mahu memulakan kerja menoreh getah di kebun mereka.

Katanya, ketika mahu mengambil air di sebuah perigi , dia ternampak sebuah beg sebelum menaikkan beg itu menggunakan galah.


“Saya buka beg itu sedikit dan terkejut apabila ternampak muka bayi. Saya terus memaklumkan kepada penghulu kampung, Zakaria Awang Teh sebelum menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tiba di tempat kejadian pada jam 10 pagi dan bayi itu dipercayai dilahirkan antara dua hingga tiga hari lalu.

Katanya, polis turut menemui sebuah bungkusan berisi pakaian dalam wanita dan kain tuala dipenuhi darah yang ditinggalkan kira-kira 20 meter dari perigi berkenaan.


“Mayat bayi ditemui cukup sifat itu dicampak ke dalam perigi. Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Jalaluddin, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis dengan segera bagi membantu siasatan,” katanya.


Insaf-insaflah woitttt MySpace

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...