19 March 2012

Apa itu penyakit Urticaria ???

Haiii semua ^___^
Sekarang lemon dalam proses nak baik pulih dari penyakit 'tahi ulat' ni. Sengsaranya Tuhan sahaja tahu...sampi menangis2 jugak laa sebab gatal tableh tido.

Hari pertama kena memang sangat-sangat sengsara. Bayangkan satu badan merah-merah dan gatal-gatal tahap kronik. Habis semua petua yang diberi lemon ikot..tabur bedak talkum dah satu badan...masih gatal2. Pastu mandi air garam sampai 6 kali (mau nak bis garam dapur Bonda), pakaian usah dikata laa..berapa kali asek tukor. Pastu malam tu sebelom nak tido, mandi lagi air garam, pastu sapu ngan minyak kelapa dara (men cuba-cuba jek). Lepas sapu ngan minyak kelapa dara rasa ok sikit gatal. Pastu dalam kol 2pagi terbangun balik sebab gatal2..sampai Bonda pon terjaga. Bonda usap2 bahagian kulit lemon yg gatal sampai baca ayat-ayat al quran. Bonda soh lemon baca ayat qursi. Terima kasih Mak sebab sudi temankan akak saat akak sakit!

Tapi tak tahan jugak, habis dinding bilik pon jadik tempat garu..haha. Akibat tak leh tido jugak, lemon bangun amek wudhuk..teros baca Yaasin 2 kali. Time baca Yaasin tu xde lak gatal2..hikmahnya bacaan al quran kan? Sampai ke pagi memang tableh tido, asek tergaru-garu jek. Esoknya teros incik Abah bawak pi klinik. Terima kasih Abah!

Sebenarnya lemon dapat MC hari ni disebabkan penyakit URTICARIA bak pesan doktor yg merawat lemon tu. Semalam dah pi klinik, sekali kena inject kat tempat cucuk BCG tu..sobs...sobs.. Dah lama tak kena inject kot =(. Baru lemon tahu nama penyakit ni adalah URTICARIA. Orang kampung cakap ni kena 'tahi ulat'...tak pon kena 'ludah hantu'. Itu bahasa kampungnya laa..tapi nama saintifik bagi penyakit persis kena 'tahi ulat' ni dipanggil URTICARIA (dah rupe bunyi octopus dah kan..hehe).

So disebabkan inkuiri yang tinggi dan sudah dipesan oleh incik doktor supaya google pasal urticaria ni, jadik inilah hasil pencariannya.

"SELAMAT MENAMBAH ILMU"

| sumber google |

APA ITU URTICARIA?
Urticaria adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Pada kebanyakkan orang, urticaria ini akan pulih dalam tenpoh beberapa hari atau minggu.


BAGAIMANA URTICARIA DIHASILKAN ???
Urticaria dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit. Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli iaitu histamine (a chemical - neuro-transmitter- that your body produces when you're having an allergic reaction) daripada sel mast yang terdapat di sepanjang salur darah pada kulit.


APAKAH FAKTOR BERLAKUNYA URTICARIA?
  • alahan pada ubat-ubatan termasuklah antibiotik (penisilin, sulphunamide), ubat demam atau tahan sakit (paracetamol, aspirin).
  • alahan kepada makanan (kacang, telur, kerang) atau gigitan serangga yang menghasilkan antibodi.
  • panas terik matahari
  • kesejukkan melampau
  • peluh
  • stress dan ketegangan
  • demam yg disebabkan virus atau bakteria
info: dalam kebanyakkan kes, punca urticaria gagal dikenalpasti.


BOLEHKAH URTICARIA DIRAWAT?
Ya, ianya boleh dirawat. Namun kena laa bawak-bawak banyak bersabar kerana rawatan mungkin mengambil masa yang lama. Jika anda boleh mengenalpasti punca kepada masalah urticaria, perkara tersebut mestilah dielakkan. Majoriti pesakit urticaria kronik tidak dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan urticaria mereka.

RAWATAN
Doktor biasanya akan memberi anda anti-hestamine untuk menangani masalah urticaria ini. Bagi pesakit urticaria kronik, mereka perlu mengambil anti-hestamine setiap malam untuk jangkamasa yg lama. Dalam kebanyakkan kes, uctacaria akan hilang sepenuhnya dalam masa rawatan 6 bulan. Krim atau losyen yang diberikan oleh doktor akan membantu mengurangkan rasa gatal dan mempercepatkan ruam untuk hilang (memang best losyen ni..sejuk jek tapi poison ok). Dalam keadaan yg terlalu teruk, doktor mungkin akan memberikan anda suntikan (yg ni lemon kena semalam..tak pasal-pasal kena injection).

| sumber google |

KESAN SAMPINGAN UBAT
Menyebabkan mengantok. Memang tak tipu, balik2 kena injection teros lena..haha. Esok kalu lemon ngantok2 kat sekolah sila maafkan laa yer sebab ini kesan sampingan ubat laa :)


29 comments:

  1. hye.. nak tanya, awk punya urticaria dah sembuh x? camne kaedahnya? sy xtahu sy urticaria kategori mana. sy pon mngalami nasib yg sama dan kronik..dah lme jugak kne xsembuh2 jugak. sy pgi 3-4 klinik, dokto kata ini allergik biasa pastu bg ubat allergik biasa je. bila ckp xley kne panas atau brploh dorg gelak. rasa perit sgt kne urticaria ni, MC pun dorg xbg. pgi pulak kt skin specialist, dokto bg ubat tp xde bg MC pun atau inject. ubat tuh dpt kurangkn tp lme kelamaan dia makin teruk balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit saya sama dgn
      awak jgk,kena bgn 3@4 pg setiap hr kerana terlalu gatal sgt.Sdh byk hosp n klinik pg pun masih x hilang lg penyakit ni.Ntah bila penyakit bi blh hilang,saya stress sgt.

      Delete
    2. Sy dh ok sekarang..sy sllu jadi masa bsukan sbb kuat bpeluh..sy kena pantang 5jam dari makan apa2 makanan utk elak penyakit ni..

      Delete
    3. Sy aritu teruk gk kena...gatal 1 bdn... kna cucuk las sminggu naik blk.. mkn ubt..last2 xtahan mkn ubtvtry mkn habbatus,sauda...dh smkin ok..jrang dh kena...

      Delete
    4. Sy aritu teruk gk kena...gatal 1 bdn... kna cucuk las sminggu naik blk.. mkn ubt..last2 xtahan mkn ubtvtry mkn habbatus,sauda...dh smkin ok..jrang dh kena...

      Delete
  2. salam, saya menghidapi penyakit ini juga. tapi bengkak2 allergic tu hanya akan menyerang saya pda waktu tgh mlm, dalam kul 3 atau 4 pagi.. mmg gatal, & selalunya serang kawasan pinggang kebawah... bila waktu subuh bengkak2 tu mulai surut, tapi mula meninggalkn kesan merah2.. Bila siang, terus hilang.. macam tu la setiap hari yg saya hadapi.. nk g jumpa doktor, tp xdpt tunjuk keadaan kulit, dsbbkn ia hnya serang waktu mlm.. mcm mn ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita..tapi makan ubat cetirezine hydrochloride.

      Delete
    2. Samalah kita..tapi makan ubat cetirezine hydrochloride.

      Delete
  3. salam, saya menghidapi penyakit ini juga. tapi bengkak2 allergic tu hanya akan menyerang saya pda waktu tgh mlm, dalam kul 3 atau 4 pagi.. mmg gatal, & selalunya serang kawasan pinggang kebawah... bila waktu subuh bengkak2 tu mulai surut, tapi mula meninggalkn kesan merah2.. Bila siang, terus hilang.. macam tu la setiap hari yg saya hadapi.. nk g jumpa doktor, tp xdpt tunjuk keadaan kulit, dsbbkn ia hnya serang waktu mlm.. mcm mn ye?

    ReplyDelete
  4. Salam semua..saya pun mengalami penyakit yg sama mcm tu.Tak blh kena panas sgt n berpeluh.Penyakit ni dah berlarutan lamanya sampai pernah kena thn kat wad n kalau peringkat teruknyer saya akan muntah n cirit birit sampai berpuluh kali tp pergi hospital ambik ubat hilang gatal je.Penyakit jenis ni blh stress thp gaban sekali bilakah ia akan hilang sepenuhnya.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam. Terima kasih atas info yang dikongsi. Kepada yang nak tahu lebih lanjut, mungkin link tersebut dapat membantu masalah anda : http://www.allergy.org.au/patients/skin-allergy/urticaria-hives
    dan
    http://www.medicalnewstoday.com/articles/157260.php

    ReplyDelete
  7. Salam..sy juga mengalami gatal2 yg sama..sy tdk boleh terkna air dan berada di tempat beraircond..sdh sminggu sy stress bilakah gtl ni akn hilang.

    ReplyDelete
  8. Salam..sy juga mengalami gatal2 yg sama..sy tdk boleh terkna air dan berada di tempat beraircond..sdh sminggu sy stress bilakah gtl ni akn hilang.

    ReplyDelete
  9. Salam.. Sy pun akan mengalami penyakit ni bila sy demam.. Gatal2 satu badan shinggalah naik sampai bhagian muka.. Bengkak pd muka akan hilang dalam masa 4-5 hari.. Sy mula mengalami pnyakit ni semasa tingkatan 4.. Pd masa tu semua nikmat makan sy ditarik.. Sy trpaksa berpantang drpd mkan ayam dan seafood.. Namun bila sy demam penyakit ini pasti muncul wlaupun sy dh berpantang.. Sy sndiri tk pasti apa puncanya.. Sungguh besar dugaan ni..

    ReplyDelete
  10. Sy bru je kne pnyakit ni..tp bhagian muka je...bdn xkena pun...serius mmg gatal...hbis bengkak muka sy...merah2 je...kwn sy pun takut tgk muka sy...sy sndri seram tgk...huhu...dktor just bgi ubt alergi je tp xde pape perubahan pun...ada petua lain x?

    ReplyDelete
  11. Cuba klinik ustaz hassan di kompleks pkns bbbangi..klinik homeopathy atau satu lg di bdr tun hussein onn dkt dgn mcd sebelah kedai laundry

    ReplyDelete
  12. Salam saya dah lebih 6 bulan belum pulih lagi...kadang sampai susah benafas...ade sape 2 leyh bantu...puas dh berubat kat pakar kulit..belum sembuh lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try makan ubat cetirezine hydrochloride tp mengantuk.

      Delete
  13. Saya punya urticaria dah 1 tahun. Sekarang ni saya ambil ubat nama nya ATARAX (hydroxychloride). Sangat2 berkesan untuk badan saya. Sekarang saya tunggu untuk buat ujian darah di Hospital Kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya dh x naik merah2 la pas mkn ubt tu?.

      Delete
    2. maknanya dh x naik merah2 la pas mkn ubt tu?.

      Delete
  14. Saya punya urticaria dah 1 tahun. Sekarang ni saya ambil ubat nama nya ATARAX (hydroxychloride). Sangat2 berkesan untuk badan saya. Sekarang saya tunggu untuk buat ujian darah di Hospital Kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula makan ubat cetirezine hydrochloride malam tak da menggaru lagi.

      Delete
    2. Saya pula makan ubat cetirezine hydrochloride malam tak da menggaru lagi.

      Delete
  15. Saya da hidap penyakit ni sejak form 2 sampai la ni umor 26 thn..seksa setiap mlm tuhanbje tau..darah aku da sampai ostrolia utk test allergy tapi still no solution.stiap mlm telan piriton je leerr..sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. woww..lamanya awak kena penyakit ni..sy kena 2 thun smpai skrg tak baik2..igt tu dah lama, rupanya awak lg lama.. huhu.. mmg skrg pun sy bergantung kt cetirizine jer.. bila mkn ok..xmkn jer mula la menggaru.. xtau ler smpai bila nk kna bergantung kt ubat tu

      Delete
  16. Try cellmax 0108475056

    ReplyDelete
  17. Sy pun sama kena da smgu tp kt tgn saja.sy jgk tk blh kna air.bila kna air rasa sakit pedih Dan bgkak.dan ad kluar drh beku jgk tp kcil2. Kulit rasa kasar Dan rasa mcm tersiat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...