28 November 2012

Mata yang Menuntut Hutang Ilmu

Tikkk...

tokkkk...

tikkkk....

tokkkk...

Jam dah melepasi angka 12 malam, tapi mata aku masih terkebil-kebil.
Sudah hampir 3 bulan aku kembali menjadi student. Rasa berat jugak nak pikul, tapi apa kan daya..ini impian aku, akan perlu teruskan jugak perjuangan ini. Aku tak nak jatuh mengalah..aku tak nak undur diri sekerat jalan. Itu bukan prinsip aku! Walau apa pun terjadi, aku mesti habiskan pengajian master Pendidkan Kimia aku kat UPSI ni.

Kalau difikirkan penat..memang usah dicakap lah. Memang tak bercuti aku holiday tahun ni. Padan muke aku..siapa suruh tamak nak jadi pengawas SPM..hambek ko! Tak cukup-cukup ke jadik pengawas PMR ritu..huhu. Tapi hakikatnya aku bebankan diri untuk kije lebih ni pon sebab nak cari duit poket lebih untuk yuran pengajian aku sem depan. Bonus hujung tahun ni maybe tableh guna untuk berjoli dah..kena saving laa cik lemon oiii. Tak pe lemon, nak berjaya dengan sukses memang perlukan pengorbanan. Biar aku rasa kepahitan tu sekarang, kelak aku akan rasa segala kemanisan itu..insyaAllah. Penat weh drive dari Gerik ke Tanjung Malim tu..siyes beb..tak tipu! Dapat lak kena drive alone..memang triple penat laa jawabnya..huhu.

Actually aku baru sampai rumah jam 4 pagi tadi..naik bas lak tu..dapat lak seat ateh enjin...memang terbaek dari ladang lahhh~ Esoknya pagi2 kena siap-siap untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas SPM. Mahu tersengguk-sengguk aku ngadap kanak-kanak rebina ni jawab paper Perdagangan tadi...huhu.

Minggu ni ada test GRU6014 - kaedah penyelidikan dlm pendidikan. Bab baca buku memang laa ternyata aku malas..tambah lak buku Prof aku ni gabak benor. So aku godek-godek kat google cari bahan dalam tenet, jumpa jugak contoh-contoh soalan. Ermm..boleh laa wat bekalan seciput cuma untuk jawab test nanti..sobss :'(


Konklusinya, disebabkan mata comey aku ni masih terkebil-kebil macam mahu menuntut hutang ilmu jek, so baek kiranya aku study nota-nota yang aku dah download tadi. Wish me best of luck ^__^ Jom study !!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...