20 March 2012

l.o.v.e is C.I.N.T.A


j.a.u.h




♥ Walaupun jauh, saya tetap SETIA dengan awak.

♥ Walaupun jauh, HATI saya tetap pada awak.

♥ Walaupun jauh, saya akan tetap TUNGGU awak.


♥ Walaupun jauh, saya tak pernah berhenti CINTA kan awak.


♥ Walaupun jauh, saya sentiasa RINDU kan awak.


♥ Walaupun jauh, awak sentiasa ADA di HATI saya.




19 March 2012

Apa itu penyakit Urticaria ???

Haiii semua ^___^
Sekarang lemon dalam proses nak baik pulih dari penyakit 'tahi ulat' ni. Sengsaranya Tuhan sahaja tahu...sampi menangis2 jugak laa sebab gatal tableh tido.

Hari pertama kena memang sangat-sangat sengsara. Bayangkan satu badan merah-merah dan gatal-gatal tahap kronik. Habis semua petua yang diberi lemon ikot..tabur bedak talkum dah satu badan...masih gatal2. Pastu mandi air garam sampai 6 kali (mau nak bis garam dapur Bonda), pakaian usah dikata laa..berapa kali asek tukor. Pastu malam tu sebelom nak tido, mandi lagi air garam, pastu sapu ngan minyak kelapa dara (men cuba-cuba jek). Lepas sapu ngan minyak kelapa dara rasa ok sikit gatal. Pastu dalam kol 2pagi terbangun balik sebab gatal2..sampai Bonda pon terjaga. Bonda usap2 bahagian kulit lemon yg gatal sampai baca ayat-ayat al quran. Bonda soh lemon baca ayat qursi. Terima kasih Mak sebab sudi temankan akak saat akak sakit!

Tapi tak tahan jugak, habis dinding bilik pon jadik tempat garu..haha. Akibat tak leh tido jugak, lemon bangun amek wudhuk..teros baca Yaasin 2 kali. Time baca Yaasin tu xde lak gatal2..hikmahnya bacaan al quran kan? Sampai ke pagi memang tableh tido, asek tergaru-garu jek. Esoknya teros incik Abah bawak pi klinik. Terima kasih Abah!

Sebenarnya lemon dapat MC hari ni disebabkan penyakit URTICARIA bak pesan doktor yg merawat lemon tu. Semalam dah pi klinik, sekali kena inject kat tempat cucuk BCG tu..sobs...sobs.. Dah lama tak kena inject kot =(. Baru lemon tahu nama penyakit ni adalah URTICARIA. Orang kampung cakap ni kena 'tahi ulat'...tak pon kena 'ludah hantu'. Itu bahasa kampungnya laa..tapi nama saintifik bagi penyakit persis kena 'tahi ulat' ni dipanggil URTICARIA (dah rupe bunyi octopus dah kan..hehe).

So disebabkan inkuiri yang tinggi dan sudah dipesan oleh incik doktor supaya google pasal urticaria ni, jadik inilah hasil pencariannya.

"SELAMAT MENAMBAH ILMU"

| sumber google |

APA ITU URTICARIA?
Urticaria adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Pada kebanyakkan orang, urticaria ini akan pulih dalam tenpoh beberapa hari atau minggu.


BAGAIMANA URTICARIA DIHASILKAN ???
Urticaria dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit. Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli iaitu histamine (a chemical - neuro-transmitter- that your body produces when you're having an allergic reaction) daripada sel mast yang terdapat di sepanjang salur darah pada kulit.


APAKAH FAKTOR BERLAKUNYA URTICARIA?
  • alahan pada ubat-ubatan termasuklah antibiotik (penisilin, sulphunamide), ubat demam atau tahan sakit (paracetamol, aspirin).
  • alahan kepada makanan (kacang, telur, kerang) atau gigitan serangga yang menghasilkan antibodi.
  • panas terik matahari
  • kesejukkan melampau
  • peluh
  • stress dan ketegangan
  • demam yg disebabkan virus atau bakteria
info: dalam kebanyakkan kes, punca urticaria gagal dikenalpasti.


BOLEHKAH URTICARIA DIRAWAT?
Ya, ianya boleh dirawat. Namun kena laa bawak-bawak banyak bersabar kerana rawatan mungkin mengambil masa yang lama. Jika anda boleh mengenalpasti punca kepada masalah urticaria, perkara tersebut mestilah dielakkan. Majoriti pesakit urticaria kronik tidak dapat mengenalpasti punca yang menyebabkan urticaria mereka.

RAWATAN
Doktor biasanya akan memberi anda anti-hestamine untuk menangani masalah urticaria ini. Bagi pesakit urticaria kronik, mereka perlu mengambil anti-hestamine setiap malam untuk jangkamasa yg lama. Dalam kebanyakkan kes, uctacaria akan hilang sepenuhnya dalam masa rawatan 6 bulan. Krim atau losyen yang diberikan oleh doktor akan membantu mengurangkan rasa gatal dan mempercepatkan ruam untuk hilang (memang best losyen ni..sejuk jek tapi poison ok). Dalam keadaan yg terlalu teruk, doktor mungkin akan memberikan anda suntikan (yg ni lemon kena semalam..tak pasal-pasal kena injection).

| sumber google |

KESAN SAMPINGAN UBAT
Menyebabkan mengantok. Memang tak tipu, balik2 kena injection teros lena..haha. Esok kalu lemon ngantok2 kat sekolah sila maafkan laa yer sebab ini kesan sampingan ubat laa :)


10 March 2012

Kek Coklat Moist Lagi


Tadaaaa ^___^

Ini dia Kek Coklat Moist yang dah ke berapa series..hehe.

Yang kali ni lemon susun gula-gula duit kat bahagian tepi-tepi kek tu.
Pastu tabur ngan rice yg colourful2 tu...chantek kaannn ???




" SELAMAT MENJAMU SELERA "


Art with sifu tongga


" ART is not what you see,
but
what you make others see "
- E. Degas -

version : K.a.M.i

| izzah - my bff |

| firah - my bff |

| qaseh - kz's daughter |

| teacher midz |

credit to my sifu tongga : hizameden


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...