Showing posts with label skOoL. Show all posts
Showing posts with label skOoL. Show all posts

12 March 2013

buletin | edisi komik part #1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Yang ni antara cebisan buletin edisi Januari untuk slot komik.
Untuk bulan Februari lemon belom sempat nak publish memandangkan kesibukan tahap dewata raya.
cikgu-cikgu dan sudents pon dah asyik bertanya..hadeiiii..sedih sekali ok :(
Macam-macam dugaan...

Faham-faham je laa bila dah start kuliah ni..nak rehatkan diri bersama family pon x sempat.
Tapi..nak tak nak kena kuat semangat juga kan ^^
Semangat cikgu lemon !!!!!


Buku Program | Edisi Mesyuarat Agung PIBG 2013

Tadaaaa ^^
Saje nak tayang buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13
Actually, my lappy meragam...habis semua mende xsempat nak diselamatkan termasuklah my proposal...huwaaaa!!!
Ni pon pakai netbook 1 Malaysia sekolah punya..mujur jadik orang ICT..leh laa kidnap bawak balik umah..hoho (gelak jahat di situ)

[ front page + back page ]

[ page 2 + page 7 ]

[ page 3 + page 6 ]

[ page 4 + page 5 ]

Ok, orang PPD dah mintak brochur sekolah. Nak before isnin ni (18 Mac 2013), so untung mudahkan kije yang sememangnya berlambak-lambak, lemon edit je laa dari design ni..hoho


05 June 2012

Misi Sesuku Siap

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...
Akhirnya settel jugak marking satu set paper 2 science form 3. Walaupon sambil marking sambil pegang-pegang kepala sebab tensen + trauma dengan jawapan kanak-kanak rebina yang bikinnnn panassss jek..huhu. Siap kamo kanak-kanak rebina, bukak sekolah pas coti ni ticer akan membuli kalian balik..huh!


Tengah hari tadi pi hantar anak sedara hensem cik asi ke stesen bus, dia nak balik kota bharu. Itu pon dah lewat, jenuh gak lemon nak merempit takot-takot terlepas bus..huhu. 
Sampai-sampai terus ke kaunter dengan penuh gelabahnya segala bagai sebab tengok xde pon kelibat bus yang nak naek jap lagi  :

lemon            : ermmm..adek kaunter, bus kol12.30 ni dah lepas ke?
adek kaunter : belum sampai lagik laa kak
lemon            : owhh.confirm yer belom sampai lagik, akak takot terlepas je ni.
adek kaunter : confirm gak! akak tunggu jek kat sini. Jap lagi sampai laa tu

Fuhhh!!! Naseb baek belom sampai. If not terpaksa laa lemon merempit kejor bus tu...huhu.

Lepas tu terus cakap kat anak sedara ensem cik asi yang kita dah terlepas bus (sambil wat muke sedih tapi comey). Haha..tercengang-cengang beliao. Ada gak bertukar muke nak hempok lemon nanti..hik3. Sekali cakap : " akak tipu je lahhh..bus tak sampai lagi pon..hehe "

Lepas tu lemon terus beli barang-barang yang dipesan oleh Bonda. Round-round cari barang sampai dah masok waktu Zohor. Rasa macam nak singgah sekolah terus sebab memang dah plan nak marking paper exam kat sekolah. Kalau harapkan nak siapkan marking kat rumah...hurmmmm..memang harus laa tidak!

Waktu sampai kat pintu gate tu, pacik guard tahan lemon. Erkkk!!! Apa salah saya pacik..huhu. Udah laa tahan time naek bukit yang mencanak tu..mujur lemon punya kereta auto..if not mau gelungsur ke belakang gak kete eden..huhu.

Pacik   : Cikgu..cikgu! tunggu sat...
Lemon : Erkk...yer pacik..kenapa?? Saya tak buat salah pape.
Pacik   : Ehh cikgu ni..bukan macam tu. Ni nak tanya, cikgu ke yang kawen hari tu??
Lemon : Ehhh..silap orang pacik, itu kawan saya. Kalau saya kawen confirm2 saya jempot pacik punya.
Pacik   : Laa..yeke..ingatkan cikgu. Habis tu cikgu mana? 
Lemon : Itu cikgu Izzah..anak ckgu Ariff yang dok kat Kg. Air Panas tu.
Pacik   : Ni cikgu belom kawen laa lagik??
Lemon : Dah tu saya cakap nak jempot pacik time kawen nanti..mesti laa belom lagik..huhu
(dalam hati...alamak!! Pacik ni berkenan nak wat aku jadik calon menantu ke..hehe)

Banyak lagik laa pacik ni sembang ngan lemon sampai lemon kena tekan P laa kat gear dan tekan brek kat tepi pondok guard tu. Haishhh..pacik..pacik..time-time inilah nak interview saya segala bagai yer..^^ Nanti kita sembang laen kali yer pacik.


Lepas tu terus parking ke koop..sekali nampak si Kancil kepunyaan incik Hizam parking kat tempat yg lemon selalu parking.Ishhhh..nyebokkk je kann ^^ Sekali godek-godek handbag...alamak!!!! Kunci koop tertinggal laa pulak. Tapi dalam hati rasa macam incik Hizamtu mesti bawak kunci koop. Memang yaa pon..naseb baik ada beliao. So, lemon pinjam laa kunci beliao sebab jap lagik nak mai sekolah balik lepas amek dslr kat umah ummi.

Disebabkan dah masuk waktu Zohor, jadi lemon rasa ada baeknya pi umah Ummi dulu, lepas tu baru lepak wat kije kat sekolah. Sampai-sampai je kat umah Ummi, tengok Ummi dok menebas rumput kat tepi rumah. Wahhhh...rajin benor Ummi aku ni..tak sakit lutot ke. Ummi yang baek hati ngajak makan nasik dulu...memang rezeki lemon gamaknya..hehe. Pergghhh..memang terbaek laa lauk-pauk yang Ummi masak..lemon siap menambah nasik lagik. Bab-bab makan usah malu-malu kambeng ok!

Usai menunaikan solat zohor, lemon tiba-tiba rasa malas nak pi sekolah. Ummi pon dok soh duduk ngan Ummi. So, lemon amek kertas soalan exam dan terus marking kat rumah Ummi sambil ditemani keletah Syamil + Sofea + Firdaus...kelakor laa budak-budak ni...seronok laa nengok, xde laa lemon ngantuk dok marking paper ni..hehe. Dengan penuh kekusyukkan, tengok-tengok dah siap marking satu set paper 2 science 3BS..alhamdulillah ^^


Thanks Ummi sebab layan a'an macam anak sendiri. Suke laa ngan masakan Ummi..sedap-sedap..hehe. Tadi dah janji nak belajar buat LAKSAM ngan Ummi..tapi nak tunggu cik asi balik habis exam dulu.

Itu sahaja..sekian terima kasih ^^

26 February 2012

d.e.s.i.g.n | Buku Program Mesyuarat Agung

Tadaaa ^__^

Akhirnya siap jugak Buku Program untuk Mesyuarat Agung PIBG untuk Isnin ni (27.02.2012).
Disebabkan perasminya orang2 vip iaitu Ahli Parlimen Gerik, so kena laa beriya gak siapkan Buku Program ni. Perasmi untuk Mesyuarat Agung PIBG esok ialah YB. Dato' Tan Lian Hoe. DPMP.
Ini first time lemon jadik JK Buku Program...belasah je la :)
Thanks kepada sape2 yg membantu sumbangkan idea, tenaga kerja serta bahan untuk buku program ni. Buku Program ni berjaya disiapkan pada jam 3.25 pagi tadi.

Esok boleh laa photostate banyak2 :)

| cover page |

| page 2 + 7 |

| page 3 + 6 |

| page 4 + 5 |


07 February 2012

| training Bola Tampar |


Pagi tadi pi skolah kol 9.30 pagi.
Sebenarnya dah janji nak training dak2 volleyball untuk rumah Musytari.
Esok petang ada game inter rumah sukan.

Terkagum tengok ke'excited'an knk2 rebina berlatih. Betul-betul semangat tinggi ^__^
Ok jugak ada games macam ni. Masa ni laa nak tonjolkan bakat terpendam masing-masing.

Ckg2 bola tampar pon tak perlu penen-penen nak wat selection segala bagai untuk hantar team sekolah kan? Lagipon zaman persekolahan adalah menyeronokkan kalau kita sebagai cikgu dapat sediakan suasana dan kenangan terindah buat mereka ^__^

Pastu tengok lak karenah cikgu2 rumah sukan masing-masing macam ckg kz ngan ckg hizam yang gigih memekik di tengah padang. Tambah-tambah suara ckg kz...suara memang frekuensi tinggi..hehe :) Tapi memang mengagumi kegigihan beliao...seorang cikgu yg bersemangat luar biasa. Tak pernah lagik lemon jumpa cikgu lelaki yg semangat macam beliau neh..hehe

Pastu teringat lak time ckg hizam terjatuh golek-golek ala hindustan sebab terlanggar tayar burok kat tepi gelanggang bola tampar tadi. Naseb baek beliao cikgu silat..if not mahu koma gak..hik3. Tapi serius...memang sangat-sangat kelakor time ckg hizam tu jatuh golek-golek. Perghhhh..rugi laa pulak tak snap pic aksi tersebot. Kamera tertinggal dalam kereta laa pulak...hadeiiii

Semoga team rumah Musytari menang esok :)

" SEMOGA BERJAYA "


08 November 2011

Anugerah HKS Terbaik Peringkat Kebangsaan


Tempat : Hotel Concorde, Shah Alam
Tarikh : 2 hingga 4 November 2011
Program : Majlis Sambutan dan Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah 2011 dan Konvesyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011


Pada tarikh yang dinyatakan di atas, lemon bersama ngn ckg hizam dan 3 orang students yang merupakan Ahli Lembaga Koop (shamer +jailani + adibah) bergerak ke Shah Alam. Actually lemon just gantikan cikgu yg patotnya pi iaitu Bendahari Koop disebabkan beliao ada hal lain. Thanks kak masyi sebab bagi peluang kat saya untuk mencari dan menyedut pengalaman yang sangat-sangat bernilai.

Day 1 [2 Nov 2011]
  • bertolak ke Shah Alam jam 8.30 am dari smkbt4. Lemon drive sampai laa Hotel Concorde (seksyen 9).
  • check in hotel, dapat tshirt + beg ANGKASA + kupon makan (lemon dapat rumet ngan cikgu dari Jasin dan kL - kak bib dan kak ani).
  • window shopping kat Plaza Alam Sentral + SACC Mall
  • makan Freedo ABC yang best kat seksyen 2.
  • ucapan alu-aluan daripada Puan Hjh. Armi Zainuddin (Naib Presiden ANGKASA)
  • taklimat program.
  • pameran KPKSS dari 14 buah negeri seluruh Malaysia.
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari sekolah-sekolah yang dapat 5 dan 6 bintang tahun lepas

Day 2 [3 Nov 2011]
  • lawatan ke 8 lokasi yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Team koop kita dapat pi lawatan ke Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan kat Petaling Jaya.
  • bergerak ke NKf (National Kidney Foundation Malaysia) bersama 8 lagi sekolah yang lain.
  • aktiviti di NKf >> tayangan video + lawatan ke pusat hemodialisis + teka silang kata + kad dedikasi
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Kota. Perghhh..dasat laa jumlah keuntungan tahunan sebanyak rm800k (memang betul-betul kagum).
  • men bowling kat Plaza Alam Sentral (jailani menang)
  • pengumuman pasukan KPKSS yang dapat masok final (perak + kL + pahang)

Day 3 [4 Nov 2011]
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Mak Lagam, Terengganu. Pasukan ni yang menang Johan KPKSS peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Produk deme adalah CENDAWAN TIRAM.
  • sesi pembentangan akhir (finalis KPKSS)
  • majlis bermula dengan ketibaan YB Menteri KPDNKK (YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob)
  • ucapan aluan daripada Presiden ANGKASA (Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum) serta ucapan penutupan oleh YB Menteri KPDNKK
  • persembahan Choral Speaking dari Koperasi SMK Gombak Setia.
  • Penyampaian Hadiah (HKS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Dr. Burhanuddin Taiping + KPKSS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Muadzam Shah)
TAHNIAH untuk semua koperasi seluruh Malaysia !!!


TAHNIAH diucapkan kepada team Koperasi SMK Batu 4 Gerik Berhad!!!
Walaupon koop kita tak menang sekolah 5 bintang tapi lemon rasa ini adalah satu langkah ke arah menjadikan koop kita yang terbaik. Percaya atau tidak dalam masa 2 tahun, koop kita mampu berdiri sama tinggi dengan koop-koop yang telah lain yang lebih lama mencuba untuk mendapat Anugerah HKS Terbaik. TAHNIAH !!!

16 October 2011

Saya Suka Meja Saya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entri kali ni lemon nak kesahkan pasal KEBAIKAN mempunyai meja yang COMEL dan KEMAS di tempat kerja a.k.a bilik guru sekolah lemon ngajor laa.

Semua orang akan SETUJU kot ngan statement lemon di bawah :

" Meja yg kemas di tempat kerja akan menjaminkan bertambahnya SEMANGAT yang membuak2 ke ladang gandum untuk lebih konsisten bekerja tanpa STRESS "

PERCAYA atau TIDAK???

Tapi itu laaa hakikat. Kome suka ke kalo nak kije dalam meja yang sepah-sepah. Seriously tak nak kan? Ini kalo semot sesat nak lepak2 pon rasa segan2 sebab serabut benor nengok...haha.

so dengan penuh rasa rendah hati (nak eksen sebenarnya)..lemon nak tunjukkan meja lemon yg agak comey laaa..hehe ^o^

| terselit lesson plan di situ |

| cawan lemon comel je kan...sila akui itu |

| ini meja ticer lemon |

Tapi standard laa bila wat kije sepah-sepah jugak meja tu. Kalau tak sepah bukan wat kije namanya..hehe. Tapi papepon dinasihatkan before nak start wat kije haruslah dikemaskan terlebih dahulu meja kome supaya MOOD baek tu datang tanpa dipaksa-paksa ^o^

03 October 2011

| Taklimat PMR 2011 |


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

MySpace
Hujan turun dengan lebatnya pagi tadi
Dari semalam hujan rasanya..tapi dah stop rasanya
Pastu tadi tengah syiok2 lemon dok ngadap cermin betulkn tudung lemon yg comot neh.....
MySpace
Hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum (eh..sejak bila incik Abah bukak ladang gandum kt belakang umah ni).
Sah-sah laa xde assembly pagi ni..hujan kot~

Disebabkan tiada assembly..so guru kelas kena laa masok.
Lemon wat sket pengurusan kelas memandangkan ini kelas tingkatan 3,
so tak mo laa deme tensen pape utk exam sok.
Hari sorang jek xmai skol...bagus =)

Selasai setelkan hutang tertunggak iaitu hamper bagi pemenang pop quiz berkumpulan ritu.
Mak aiihhhh..berebot-rebot deme neh kutip makanan dalam hamper lemon bagi.
Seb bek tak rabak paper bag lemon yg comey itu.

Pastu teros ke SMK Bersia (Felda) untuk sesi taklimat pengawas PMR.
Dah lama gila x pi sana..siyes!! lemon dah lupe jalan ke skolah itu.
Mengikot cakap cikgu asi (ckg yg tengah ngajor kt skol tu la)
Sampai jek traficlight teros belok simpang kiri n teros sampai jumpa skol ni depan tu.
Dengor macam sekangkang kera jek jaraknyer.

Sekali masok...mak aihhhh..leh sesat camni. Tanpa segan silu lemon wat2 la peramah bertanyakan arah ke skolah tersebot. Mula-mula jumpa ngan abang penoreh getah..sian abang neh..lemon tahan motor dia time dia ngah best2 rempit nak pi kebun..huhu.

cg lemon : abang..tumpang tanya yer. SMK Bersia kat mana yer?

abg noreh : Er...xjaoh dah..dekat jek...hang terosss jek pastu belok kanan.

cg lemon : owhh..dekat je eh dari sini?

abg noreh : Ha..ah..dekat jek. Depan tu jek..


Berbekalkan arahan yg kurang jelas dari abang itu, lemon meneroskan perjalanan. Tapi drive punya drive sambil jegil2 mata takot terlepas signboard..tak sampai2 la jugak. Last2 sampai jumpa skol rendah..tapi sebelah kiri. Rasanya abang tadi ckp belah kanan....hadeiiii =(

Seb bek da macik manis berpayung lalu kat situ. Mesti dia baru balik beli nasi lemak untuk sarapan pagi..hehe. Arahan yg diberikan pon lebih kurang macam abang noreh tadi.

Dan..

Akhirnya kesampaian jugak lemon ke tempat yang ingin ditujui. Terima kasih kepada penduduk2 kampung yang baek hati tunjukkan arah...hehe. (maaf la..kete lemon xde GPS..sobbss..sobss...).

| yg dekat macam ni pon leh sesat |

Usai taklimat PMR, kitorang semua pi ke dewan..wat2 laa check2 pape yg patot.
Then Ketua Pengawas belanja makan mee bandung..nyummmi ^O^

Esok perlu memulakan tugas sebagai Pengawas Peperiksaan PMR 2011.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi wahai ckgu2 pengawas yer..hehe



02 October 2011

| Learning is Fun |


Learning is FUN ???

Yup!! absolutely ^o^

Bagi lemon saat menjadik students adalah satu saat yang paling bermakna

Walaupon kadang2 rasa tensen-tensen bila tiba waktu exam..tapi itu laa yang membuatkan kita rasa ingin kembali ke suatu ketika itu.

Bila dah bekerjaya ni..hati mula melonjak-lonjak mahu sambung belajar.
Niat di hati memang nak sangat-sangat sambung sekarang
Tapi lemon masih ada komitmen lain....

InsyaAllah..tahun depan nak sambung master. Tapi masih buntu nak sambung kos apa...huhu.



| merindukan saat-saat menjadi student |

" It must be remembered that the purpose of
education is not fill the minds of students with facts....
it is to teach them to think, if that is possible, and always
to think for themselves "

- Robert Hutchins -


07 August 2011

| Misteri Makhluk Kepala Berdarah kini Tiada Berkepala |



Walla weiii...
Ini tajuk entri panjang bagai neh hape kes cik lemon oiii.
Nengok tajuk entri ni da tak remang-remang bulu roma kome??
Ishhh..xde??? bulu ketiak da remang tak...haipppp~ Hehe =)


Tapi siyes ngeri ni. Xpenah-penah lemon wat enti citer seram ni. Bernawaitu pon tak penah sama sekali nk pubslish citer2 seram kt teratak Lemon Kunen neh. Ingat nak ajak uncle seekers jek join bongkarkan misteri ni...dasat!!! memang dasat bagai laa.

Tapi ni memang citer benar sebenar-benarnya yg ingin lemon laporkan. Jap nak pasang background music thriller ala-ala seram gitu...heh. (sekali kuar lagu Yuna lak - Dan Sebenarnya). Layankan jee lahhh..zasssss~~

Alkisah bermula pada 4 hari lepas bersamaan hari Selasa ikot kalendar free yg da kt sebelah lemon ni. Time tu belom start exam week lagik. Lemon baru jek kuar dari kelas mana ntah..tapi yg pastinya tingkat ateh. Tiba-tiba jek angin sepoi bahasa iban menyapa ke muka lemon. Fuhhhh..rasa tertampor-tampor macam baru kena penampor Arab. Jarang lemon turun ke bilik guru guna tangga hujung tu sebab kena lalu tandas knk2 rebina. Memang akan cuba dielakkan dari terpaksa menghidu gas-gas berunsur sulfur dan ammonia yg berkeliaran dengan happynya kat situ. Tapi nak dijadikan cerita..hari tu kaki ini terasa ditarik2 untuk melalui laluan tangga tu. Ni tambah lagik angin sepoi bahasa Melanau lak...tiba-tiba....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

OPOCOTTT MAK KAMO!!!

Hampeh punya makhluk ini...huhu.

Ternampak makhluk berkepala darah tergantung kat fire alarm. Baek jek mahkluk neh tergantung-gantung...kena tiup angin pon tak goyang-goyang. Terkejot lemon..ingatkan hape laa tadi. Ternyata knk2 rebina kesayangan lemon kt skol ni sangat2 kreatif...huh~ kreatif laa sangat. Ini mesti kes cubaan nak menakut-nakutkan knk2 rebina girl yg nak masok toilet sebab lokasi penemuan betul2 depan tandas perempuan.

| makhluk kepala berdarah - diambil pada hari Selasa |

Ntah water kaler sape laa deme rembat wat kalerkan kepala makhluk neh. Hishhh....sian makhluk itu. Lemon cuba nak cabut makhluk tu dari terseksa tergantung kat situ...namun apalah kudratku kerna kedudukan sangat tinggi (ohh..diri ini sudah kontotkah???). Lagipon pas tu lemon nak kena kejor-kejor ke next class..so abaikan je lah mahkluk kepala berdarah ni.

Tapi selepas 3 hari (ikot kalendar hari Jumaat) penemuan makhluk tu, nengok-nengok makhluk kepala berdarah tu dah jadik macam ni :


| hanya tinggal tempurung otak jek |


Sape punya kije neh???
Sila mengaku~


06 August 2011

05 Ramadhan | Saya buat bising masa exaM



Salam Ramadhan....
Hari ni hari Jumaat...
Ikot jadual memang pack kelas hari ni...awal2 pagi dah da class smpai rehat. Agak idok gemor ler skol hari jumaat sebab kena terkejor2...xde gap, huhu.
Sian pada lemak-lemak tepu yg bersemadi di sana sini....terpaksa lemon korbankan jua.
Haishhh..xnyempat nk tunggu raya korban nanti la gamaknyer..uhuk3.

Bayangkanlah..mula2 kelas 2BJ yg lokasinya di hujung dunia...tingkat ateh skali lak tu..
(cepat laa..kome cer laa imagine lokasi neh..xtau gak guna GPS pat)

Dari ofis tros ke mr whity..angkut netbook syumel tros panjat ke tingkat 3 bersama2 soalan-soalan exam : Paper Mathematic. Berbekalkan netbook ni...lemon gagahi utk siapkan paperwork utk Sambutan Bulan Kemerdekaan sambil menyushar gerak geri knk2 rebina jwb exam. Kot-kot laa ada cubaan utk meniru..heh...leh laa kantoikan deme =)

Tapi jaga dak2 kelas ni kire ok laa..sopan santun jek deme jawab,..tenang jek lantas membuatkan diri lemon rasa bosan tahap tempe. Tempe pon kalo wat sambal pedas sedap woo..leh wat berbuka sahur. Ohh..tiba2 ngidam sambal tempe...slurpppp..slurpp... (haipppp...kmo pose laa lemon oiii).
MySpace

Akibat kebosanan udah menguasai level ke doblas..lantas lemon wat2 xde kije ng amek gambor knk2 rebina yg wat2 khusyuk jawab exam...cesss..kunun laa tu..hik3. Lemon snap sana..snap sini...skali xpasan loceng kedua dah bunyi...so kena gegas ke class 1BD lak.

| sopan santun kan deme ni jawab exam |

| jawab exam versi khuysuk lagik |

Kelas tu jaoh maa..selang bape blok..pastu tingkat ateh skali lak tu..level 4. Huishhh..yg ni bukan sempootttt lagik dah...rasa mahu pitam gulek2 jek. Terjejaknyer kaki lemon ke level 4 tu hati rasa bahagia sekali..rasa nak laungkan jek..." hoeeeeyaaaa ". Tapi memikirkan dak2 form 3 pon ng trial PMR...mahu kena debik ng incik pengetua nanti dek kelakuan reflrex lemon tadi..uhuk3. Lantas kugagahi jua untuk mengheret sisa-sia tenaga yg ada ke kelas tersebot. Ni kalu lawan rempit ng si Garry kepunyaan Spongebob pon confirm lemon kalah.

Agak lewat sedikit masok kelas walaupon lemon dah cuba untuk berlari-lari ke tepian. Seb bek guru yg seblomnyer memahami keadaan lemon yg terkejor2 neh. Pasni ingat nak wat flying fox dari bangunan hujung sana ke hujung sini. Perghh...bestnyer dunia. Pasni time nk landing tu siap wat red kapet...siyes macam puteri raja yg baru turun dari kayangan. Tapi lemon tableh laa pakai baju kurung ayu2 ke skol if nk berflying fox...18sx nanti klu nk flying fox..hadeiiii~


Utk class ni walaupon pandai2..tapi deme kire kreatif laa bab meniru-niru neh. Dapat laa mengantoikan sorang dak Cina yg dlm cubaan nk meniru..hambekkk ko~ Time last waktu hantar paper sempat lagik lemon eksen kt dak tu :

" see...i am clever than u..remind that ok! "

Kelas agak bising tadi. Lemon cuba memberi beberapa warning. Tapi dak2 Cina tu tetap cakap2..mentang2 laa ticer kome ni xtau bahasa Cina...eksen yer. Lantas lemon rasa nak wat macam denda semalam. Teros tarik meja kosong..letak kat laluan pelajar luar kelas..pastu tampal notis kt meja tu macam ni :

" Saya buat bising waktu peperiksaan "

| muhasabah diri laa tu |

| gaya xrela ticer snap pic |


So kepada knk2 rebina yg ticer sayangi :

Pasni sape riuh2 sebab hepi pose gamaknya..tak pon excited dpt mkn kfc ke sahur td, nanti ticer bagi kamo jawab exam kat luar. Best hape...kamo leh menikmati panaroma alam (depan tu kebun getah) sambil menjawab exam. Oksigen pon fresh berbanding kt dalam kelas tu. Kat dalam kelas ntah pape bau yg da...cer siom stokin...wekkk (sila muntah hijo yer).

Haaa..lagik satu utk knk2 rebina kesayangan ticer...

Kalo kamo nak meniru..ticer xmarah..tapi pastikan kamo xkantoi ng ticer. Sebab sume aksi2 kamo meniru tu sume ticer dah penah try dulo...tengok laa sape mkn air sirap dulu kan..hehe. So, kalo nak tiru time exam pastikan aksi2 tu ticer lom cuba..kang kantoi..sian kamo kan..So, beware dear~

MySpace

26 July 2011

| kembali bersemangat |



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Selesai jugak wat analisis item walaupon sedang bercuti
Tapi sedikit hampa dengan keputusan mereka utk pra trial PMR neh
Ramai yg masih gagal dan utk yg lulus hanya sebilangan kecil sahaja
(mode : sedih, background music : hampa)


Peperiksaan percubaan PMR tinggal seminggu jek lagik
Hati lemon dah dag dig dug macam irama dangdut
Risau beb ngan deme
Nengok macam masih xde motivasi
Masih ngan dunia ciptaan mereka sendrik

| anda tentukan |

Memang lemon akui..
sangat2 takot nak bagi deme ni amek paper Sejarah utk trial PMR next wic
Dalam dok bincang2 soalan2 past year ngan dak2 clas 3BS tadi pon masih ramai yg wat xendah
Memang rasa nak mengamuk
Rasa nak pi kat sorangg..sumbat jek kertas soalan kt mulot deme bagi senyap
Hishhhhh...geram tol!!
Bape kali jugak laa terpaksa tinggikan frekuensi suara lemon yg lunak merdu ni..hehe

MySpace

Tapi lemon xmo kalah ngan sikap dangkal mereka
Seorang pendidik perlu kuat..perlu tidak putus asa
Itu apa yg lemon cuba terapkan dalam diri
Walaupon hakikatnya lemon xde laa sekuat itu
Tabahlah duhai hati...



Masok class 3BJ tadik..berjaya gak habiskan silibus =)
Dengan menggunakan teknologi..rasanya P&P akan lebih cepat
Tambah lak view kat tv flat yg gabak tu
Campur lak ngan slide powerpoint lemon yg syumel2 dan colourful tu
Eheh...pasni juling mata kome nak nengok..hahaha



disebabkan exam trial pon dah nk dekat..lemon akan cuba banyakkan terapkan motivasi utk deme sume. Moga2 ada yang lebih bersemangat macam semangat cikgu2 kt sini semua.


ticer : " kalo cg bersemangat macam ni..
boleh tak cg nak kamo sume lagik LEBIH bersemangat!. Boleh tak?? Boleh tak lebih bersemangat dari sy???
(sengaja lemon kuatkan volume utk perkataan LEBIH)

semua pelajar : SEMANGAT!!!!

ticer : semangat atau LEBIH semangat???

semua pelajar : LEBIH semangat!!!!


(ada pelajar yg cuba laungkan macam laungan kemerdekaan. Siap angkat2 tangan macam Tunku Abdul Rahman wat lagik..hehe)


Moga-moga semangat kalian tak kan pernah luntur
KEJAYAAN tak kan datang bergolek..
kalian perlukan usaha yg lebih utk gapai segala kejayaan yg kalian impikan
Teruskanlah berusaha,,,jangan mengalah
Kalian belum kalah andai kalian belum berjuang habis-habisan
Fightiing!!!!


MySpace



Nota kaki:
- misi nak lancarkan Projek Kitar Semula
- markah PBS dah selesai disubmit
- opss...soalan exam science form 1 blom siap laaa..huhu


24 June 2011

| Kejohanan Padang dan Balapan 2011 |

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hai semua!!!!
MySpace

Actually baru settle Kejohanan Padang dan Balapan 2011
Sangat2 penat..tapi sangat2 enjoy dan happy

| yess..sy happy |

Sebab kepenatan semua ni telah digantikan ngan kejuaraan rumah Musytari pada tahun ini.
"Musytari Terbang Tinggi"
thanks to semua team2 cikgu Musytari (cg firah + cg kz + cg hani + cg halijah + cg mansor + cg yahaya + cg hasnidah)
Harap tahun depan kita dapat kekalkan kejuaraan ini...caiyok!!!

Ok..layan koleksi rumah2 sukan pada tahun ni :

| istana musytari - Johan Perhiasan Rumah Sukan |

| Markas Neptune |

| Markas Marikh |

| Markas Zuhal |

Ok..ini lak maskot2 rumah sukan pada tahun ini..layannnn :

| ketua rumah Musytari wif iron man + transformer |

| Ninja Turtle - maskot Musytari |

| transformer + iron man + zorgon |

| perbarisan Musytari - Naib Johan Perbarisan |

| maskot + gadis comey + beskal |

| i luv dis view |

Ok...itu cukop lah untuk Hari Sukan 2011. If nak godek2 lagik gambor sila ke fb lemon k.
Tahniah jugak kepada semua cikgu2 SMK Batu 4 yang telah menjayakan Kejohanan Padang dan Balapan pada kali ini dengan jayanya~~~~~



22 January 2011

Kenapa Rasa Pedas??

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

|ternyata sy bukan penggemar cabai|

Hari ini hari Sabtu a.k.a Saturday..hehehe~
Dan..
hari ini adalah sekolah ganti..
Dan...
sudah kepastiannya seperti mana-mana sekolah ganti pada hari Sabtu...hanya selonggok dua jek knk2 rebina yg mai sekolah.

Hari ini ikot jadual hari isnin. So, sy ada kelas bersama knk2 rebina kelas 2 BJ. Itu pon hanya dalam 17 org yg mai skolah. Tak pelah,,,janji objektif tercapai utk learning hari ini.
First sambung discussion exercise semalam. Then continue ngajor subtitle baru iaitu "The Sense of Taste" dalam Chapter 1 : The World Through Our Senses.

MySpace

Sy soh deme lukis Taste Bud Map dan labelkan the taste bud. Tiba-tiba...

Student A : Ticer, macam mana sy nak labelkan rasa pedas?
Tak tau nak letak kat mana dalam peta ni.
Ticer a'an : Yaa!! soalan yg sgt hebat...sy suke!
Student A : Erk?? Nak letak kt mana yer ticer?

(saat ni rasa nak gitau deme jawapan. Tapi sy sukakan teori kontruktivisme, maka tiba2 rasa ada idea)


Ticer a'an : Ermm..kebanyakkan kamo dapat netbook 1 Malaysia kan?
So, kenapa tidak kamu gunakan ia untuk tanya pacik google soalan ini.

Students : Haaa???
Ticer a'an : jadik hari ini sy baek hati xmo bagi kamo homework bertulis tp sy nk kamo semua carik jawapan bagi soalan Student A tadi..ok??

...................................................................................................................

maka beruntunglah if ada knk2 rebina yg tny pacik google dan pacik itu pon link kan jawapan ke blog sy ini..hoho. Jadik..ini jawapannya :

Ok knk2 rebina..sila bagi perhatian ok. Excellent!!

Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang diransang oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cabai. Sebab itulah, rasa ‘pedas’ boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.
Rasa pedas dalam cabai (ataupun bahan-bahas pedas lain) adalah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dipanggil Capsaicin, iaitu sejenis bahan kimia yang meransang deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).

|kepedasan tahap gaban..fuhhh..fuhh|

Haa..satu lagik nak bagi pesanan.

"Jangan minom air sejok kalu time makan pedas ok!"
Minom lah air susu ke..yogurt ke...ermm..pape jek yg berunsurkan susu sebab deme ada kasein yg leh larutkan bahan kimia yg dinyatakan kat ateh tadi.

YEss!!! sy suka SUSU ~


Nota kaki:
- enjoy bersama cik im + cik asi + cik fir
- ngah tgu kek yg kami wat tadi sejok..baru slurrppp..hihi

31 July 2010

Science & Maths Week

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..akhirnya selesai jugak Minggu Sains dan Matematik dengan jayanya. Best dapat cooperate dengan cikgu2 sains n math ^o^. Tapi time majlis penutup sy xdapat join sebab demam...huhu. Diri ini terpaksa memontengkan diri buat sehari setelah disuroh oleh encik doktor utk cuti rehat. Inilah gara-gara kalau overdos working..huhu. Lemah betol keimunan diriku...x macam Abah yg kuat lagik hensem itu. Bonda dah bising2 sebab tido sy asek tak menentu jek. Ok Bonda...lepas ni Akak tido puas2 yepp..hehe.

Minggu Sc n Math kali neh berjalan dengan meriahnya. Happy sangat-sangat melihat kanak2 rebina happy. Macam-macam aktiviti yg dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya...credit to ckgu2 sains n math ^o^

Antara aktiviti yg dijalankan adalah World of Puzzles, Calculator Centre, i-Math Games, Pameran Sc n Math, Giant Snake n Ladder, Money Center, Magic Show, Rubric Cubic Competition, Spell it Right, Geometry Centre, Tunjuk Ajarku Sifu, Jumper Egg, Treasure Hunt dan lain2 lagik. Tapi yang sedihnya Pertandingan Pembedahan Katak xdapat dijalankan sebab kami kehilangan katak-katak yg telah diculik..huhu. Tak pelah..next year boleh la buat.


|model-model kami|

|Geometry Centre n Calculator Centre|

|Tunjuk Ajarku Sifu|

|Giant n Snake Ladder|

|Rubric Cubic Competition|
|Sudoko n G-Math Centre|


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...