22 January 2011

Kenapa Rasa Pedas??

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

|ternyata sy bukan penggemar cabai|

Hari ini hari Sabtu a.k.a Saturday..hehehe~
Dan..
hari ini adalah sekolah ganti..
Dan...
sudah kepastiannya seperti mana-mana sekolah ganti pada hari Sabtu...hanya selonggok dua jek knk2 rebina yg mai sekolah.

Hari ini ikot jadual hari isnin. So, sy ada kelas bersama knk2 rebina kelas 2 BJ. Itu pon hanya dalam 17 org yg mai skolah. Tak pelah,,,janji objektif tercapai utk learning hari ini.
First sambung discussion exercise semalam. Then continue ngajor subtitle baru iaitu "The Sense of Taste" dalam Chapter 1 : The World Through Our Senses.

MySpace

Sy soh deme lukis Taste Bud Map dan labelkan the taste bud. Tiba-tiba...

Student A : Ticer, macam mana sy nak labelkan rasa pedas?
Tak tau nak letak kat mana dalam peta ni.
Ticer a'an : Yaa!! soalan yg sgt hebat...sy suke!
Student A : Erk?? Nak letak kt mana yer ticer?

(saat ni rasa nak gitau deme jawapan. Tapi sy sukakan teori kontruktivisme, maka tiba2 rasa ada idea)


Ticer a'an : Ermm..kebanyakkan kamo dapat netbook 1 Malaysia kan?
So, kenapa tidak kamu gunakan ia untuk tanya pacik google soalan ini.

Students : Haaa???
Ticer a'an : jadik hari ini sy baek hati xmo bagi kamo homework bertulis tp sy nk kamo semua carik jawapan bagi soalan Student A tadi..ok??

...................................................................................................................

maka beruntunglah if ada knk2 rebina yg tny pacik google dan pacik itu pon link kan jawapan ke blog sy ini..hoho. Jadik..ini jawapannya :

Ok knk2 rebina..sila bagi perhatian ok. Excellent!!

Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang diransang oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cabai. Sebab itulah, rasa ‘pedas’ boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.
Rasa pedas dalam cabai (ataupun bahan-bahas pedas lain) adalah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dipanggil Capsaicin, iaitu sejenis bahan kimia yang meransang deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).

|kepedasan tahap gaban..fuhhh..fuhh|

Haa..satu lagik nak bagi pesanan.

"Jangan minom air sejok kalu time makan pedas ok!"
Minom lah air susu ke..yogurt ke...ermm..pape jek yg berunsurkan susu sebab deme ada kasein yg leh larutkan bahan kimia yg dinyatakan kat ateh tadi.

YEss!!! sy suka SUSU ~


Nota kaki:
- enjoy bersama cik im + cik asi + cik fir
- ngah tgu kek yg kami wat tadi sejok..baru slurrppp..hihi

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...