08 November 2011

Anugerah HKS Terbaik Peringkat Kebangsaan


Tempat : Hotel Concorde, Shah Alam
Tarikh : 2 hingga 4 November 2011
Program : Majlis Sambutan dan Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah 2011 dan Konvesyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011


Pada tarikh yang dinyatakan di atas, lemon bersama ngn ckg hizam dan 3 orang students yang merupakan Ahli Lembaga Koop (shamer +jailani + adibah) bergerak ke Shah Alam. Actually lemon just gantikan cikgu yg patotnya pi iaitu Bendahari Koop disebabkan beliao ada hal lain. Thanks kak masyi sebab bagi peluang kat saya untuk mencari dan menyedut pengalaman yang sangat-sangat bernilai.

Day 1 [2 Nov 2011]
  • bertolak ke Shah Alam jam 8.30 am dari smkbt4. Lemon drive sampai laa Hotel Concorde (seksyen 9).
  • check in hotel, dapat tshirt + beg ANGKASA + kupon makan (lemon dapat rumet ngan cikgu dari Jasin dan kL - kak bib dan kak ani).
  • window shopping kat Plaza Alam Sentral + SACC Mall
  • makan Freedo ABC yang best kat seksyen 2.
  • ucapan alu-aluan daripada Puan Hjh. Armi Zainuddin (Naib Presiden ANGKASA)
  • taklimat program.
  • pameran KPKSS dari 14 buah negeri seluruh Malaysia.
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari sekolah-sekolah yang dapat 5 dan 6 bintang tahun lepas

Day 2 [3 Nov 2011]
  • lawatan ke 8 lokasi yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Team koop kita dapat pi lawatan ke Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan kat Petaling Jaya.
  • bergerak ke NKf (National Kidney Foundation Malaysia) bersama 8 lagi sekolah yang lain.
  • aktiviti di NKf >> tayangan video + lawatan ke pusat hemodialisis + teka silang kata + kad dedikasi
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Kota. Perghhh..dasat laa jumlah keuntungan tahunan sebanyak rm800k (memang betul-betul kagum).
  • men bowling kat Plaza Alam Sentral (jailani menang)
  • pengumuman pasukan KPKSS yang dapat masok final (perak + kL + pahang)

Day 3 [4 Nov 2011]
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Mak Lagam, Terengganu. Pasukan ni yang menang Johan KPKSS peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Produk deme adalah CENDAWAN TIRAM.
  • sesi pembentangan akhir (finalis KPKSS)
  • majlis bermula dengan ketibaan YB Menteri KPDNKK (YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob)
  • ucapan aluan daripada Presiden ANGKASA (Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum) serta ucapan penutupan oleh YB Menteri KPDNKK
  • persembahan Choral Speaking dari Koperasi SMK Gombak Setia.
  • Penyampaian Hadiah (HKS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Dr. Burhanuddin Taiping + KPKSS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Muadzam Shah)
TAHNIAH untuk semua koperasi seluruh Malaysia !!!


TAHNIAH diucapkan kepada team Koperasi SMK Batu 4 Gerik Berhad!!!
Walaupon koop kita tak menang sekolah 5 bintang tapi lemon rasa ini adalah satu langkah ke arah menjadikan koop kita yang terbaik. Percaya atau tidak dalam masa 2 tahun, koop kita mampu berdiri sama tinggi dengan koop-koop yang telah lain yang lebih lama mencuba untuk mendapat Anugerah HKS Terbaik. TAHNIAH !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...