31 October 2011

Meng'google' Spek Mata yang Hilang

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entri ni untuk siapa-siapa yang sering alami MASALAH yang sama macam lemon.

Untuk siapa-siapa yang pernah memakai spek mata (confirm2 laa kome rabun). Ni lemon nak tanya penah tak kome rasa tensen serabut rasa nak geget jek telinga kucen jiran kome bila berhadapan dengan masalah HILANG SPEK MATA ???

Kepada perabun-perabun tegar macam lemon ni harus laa akan bernawaitu untuk berperasaan sedemikian. Sangat-sangat tensen bila spek hilang. Sebenarnya tak hilang ke mana pon...dah nama pon asek pelupa (ni mesti kes lemon asek tertelan kepala semot jek ni)...Tak tau campak ke mana spek.

Kalau lahh spek hilang leh misscalled jek camtu kan best? Tak de lahhh lemon penen-penen kambeng nak mencarik dalam keadaan bola mata yang agak memanjang serta kornea yg kurang melengkung ataupon senang cakap RABUN JAUH (short-sightedness). Tapi jangan salah anggap yer rabun ni bukan sejenis KECACATAN tau..so lemon normal ^o^. Kalau nak tahu rabun jaoh ni adalah disebabkan bola mata orang tu memanjang berbanding yg normal. Jadik bila bola mata memanjang macam bola ragbi maka imej akan terhasil di hadapan retina. So, penglihatan akan kurang jelas bila melihat objek yg jaoh. Sekali lagi diingatkan bukan CACAT yer...itu adalah ralat pada bentuk mata.

Cer tengok kat sini untuk faham macam mana rupanya RABUN JAUH ni :



Tapi lagik BEST bila internet di hujung jari. Ye laa..sekarang ni semua menda nak wat guna tenet...sistem segala bagai...nak key in markah students pon dah canggih sebab dah guna
Zoom-A ngan SAPS. Ermmm..jadik bila anda kehilangan spek mata leh laa kot wat macam kat bawah ni. Terasa nak google jek macam ni :

w.a.i.t.i.n.g


22 October 2011

Indahnya Hujan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Di luar masih hujan yang mencurah-curah.
Saya sukakan hujan...terasa mendapat sebuah KETENANGAN apabila melihat dan mendengor tempo hujan yang merintik membasahi Bumi Allah....subhanallah~

| sy sukakan hujan |

Terasa satu PERASAAN yang sungguh mendamaikan apabila dapat melihat hujan yang turun.

SUBHANALLAH, itulah rahmat Mu Ya Allah...
Sesungguhnya aku amat bersyukur atas segala macam rahmat yang Kau kurniakan kepada hamba Mu.

“Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)



Jadi seharusnya kita bersyukur dengan pemberianNya. Bayangkan kalau tiada hujan...hurmmmm T__T



nota kaki:
- sedang packing barang utk ke Hotel concorde, sh Alam
- merindui qaseh T__T


16 October 2011

Saya Dapat Ni, Kome Ada ???

Tarikh : 15 Oktober 2011
Lokasi : Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsor

Ini hasil request cik asi yang nak tengok sangat 'buah tangan' yang lemon dapat sempena pi Majlis Penerangan Perdana tersebot. Time ni lemon tertinggal enset kat dalam kete sebab terkejot bila abang pulis tu soh parking depan sikit sebab ganggu jalan. So ini semua dari enset cik izz yang telah dibluetoothkan ke enset lemon..hehe.

Tapi yang kat bawah ni lemon tak amek pon sebab nak chow awal-awal..kang kantoi lak ngan abang pulis yang dok rayau-rayau kat luor tu. Actually banyak lagik risalah-risalah dalam ni, tapi segan nak snap banyak-banyak. Yang lemon ngan cik izz amek just klip 1 Malaysia tu jek sebab kicik senang nak letak dalam handbag.

| paper bag |

| kat surat xde pon tulis anjuran sape |

| buku |

| buku lagik |

| yang buku kicik lemon amek |

Actually lemon ni bukan laa anti mana-mana parti pon. Tapi lemon tak suke politik-politik ni. Orang maybe akan pangkah lemon ngan cakap macam ni :

" owhhh...gaji nak naek lebih, ceramah macam ni xnak dengor lak "


Serius wehh..kalo tahu pasal ni..confirm awal-awal lagik tak pi. Dah janji nak wat tuisyen ngan knk2 rebina...Peperiksaan Akhir Tahun isnin ni je pon. Kenapa selalo persoalkan soal gaji cikgu ni?? Tak mendengar ceramah politik 'mereka' tak bermakna lemon ni tak hargai pe yang deme nak bagi. Lebih baek lemon fokuskan nak bantu tingkatkan kecemerlangan anak2 didik..itu pon salah satu usaha nak martabatkan sistem pendidikan di negara kita. Tidak dikira membantu menyahut seruan kerajaan kah??

Tak kesah pe orang nak cakap, setiap orang ada pendapat masing-masing. Sebab dari slot-slot yang ada dalam tentatif tu macam dah lain kiranya. Sekian....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...