04 August 2011

04 Ramadhan | terima kasih atas kasih sayang ini


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Masih lagik di mode exam.
Pelajar Tingkatan 3 sedang menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR...
Moga-moga kalian dapat jawab soalan dengan tenang...
Good luck and wish u all da best!!!



Alhamdulillah....

Ramadhan kali ini diri ini masih berpeluang untuk bersama berkongsi kegembiraan Ramadhan bersama anak-anak yatim Ummu Salamah. Walaupon xramai yg dapat join sebab ramai di antara mereka sedang menghadir kelas fardu ain di sekolah.


Tahun lepas dapat join bersama PBSM punya program...seronok sangat2 dapat jumpa anak2 kecil yg sangat comel. Hati terasa sayu melihat anak2 kecil ini buat diri ingin menitiskan air mata. Anak-anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah...tapi yang ada mereka-mereka hanya dapat menumpang kasih daripada penjaga-penjaga dan pemilik Rumah Ummu Salamah ni. Melihat ke sinar mata anak2 kecil ini..buat diri lagik bertambah sayu...sungguh mereka dambakan kasih sayang dari semua...


Pertemuan dengan mereka buat diri ini terasa sangat-sangat bersyukur kerna ku kira diri ini adalah insan-insan yang beruntung...masih punya Bonda dan Abah yg sentiasa menyayangi anak gadis nakal ini. Bonda dan Abah yang sentiasa memberi semnagat dan sokongan kepada ku.


Terima kasih Ya Allah kerna masih memanjangkan usia kedua orang tua ku...

Terima kasih Bonda...
terima kasih Abah atas segala kasih sayang ini....


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau peliharalah dan kasihanilah kedua ibu bapa ku seperti mana mereka mengasihi dan memelihara ku sejak kecil....
Kau berikanlah mereka kesihatan yg baik...
Panjangkanlah usia mereka....
Murahkan lah rezeki mereka Ya Allah...
Sesungguhnya aku amat menyayangi kedua ibu bapaku....amin...


Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan telah disampaikan oleh PK HEM kepada pemilik rumah ini iaitu Puan Salamah dan juga Pak Teh. Terima kasih kepada semua warga smkbt4 yang telah seikhlas hati menghulurkan derma untuk program kali ini. Semoga apa yang telah kalian sumbangkan mendapat ganjaran daripada Allah....insyaAllah...


Usai bergambar bersama anak-anak yatim, kami pulang..tapi lemon singgah bazar Ramadhan bersama cg Fir + cg Noon. Ni first time singgah pi bazar sejak Ramadhan ni. Mak aihhhh.. sangat-sangat sesak..nak carik parking pon agak payah gini..huhu. Lemon carik apam balik..pusing2 x jumpa-jumpa gak. So teros beli murtabak + kueh tepung talam + kueh cara = RM7 ...cukoplah tu, lagipon balik nanti nak masak lagik. Membazir kan amalan syaitan..hehe =)



" SELAMAT BERBUKA PUASA + SOLAT TERAWIH "


2 comments:

  1. cewah a'an!

    cam diari ramadhan juga.

    Aku rindu A'an. Rindu nak peluk A'an. Rindu nak cium A'an. Rindu kacau A'an time belajar. Rindu main tarik-tarik seluar/tuala/kain batik. :(

    ReplyDelete
  2. rindu kmo jugak dear~

    tarik2..seluar...??
    sunggu keji..masih begitukah..hik3

    dah xde org nk tarik2 seluar kte..hoho~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...