01 August 2011

Tikus atau Tikuih ???



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tinggal lagik sejam utk masok waktu berbuka puasa
Lemon dah siap masak bihun goreng
Balik tadi Abah dah belikan sedikit kueh mueh kt bazar
Cukoplah tu sekadar sederhana utk berbuka
Kang banyak2 lak xmampu nak bawak pewot pi solat terawih malam kang lak..hehe ^o^

MySpace

Pagi tadi lepas assembly ada ceramah Ramadhan oleh penceramah jemputan :
Ustaz Fahmi

Teringat cerita beliao mengenai 'tikus' dan 'tikuih'..hehehe
mengikut eksperimen yg beliao kongsikan tadi begini...

'tikus' diberi makan secara berterusan
manakala 'tikuih' ni pulak dipuasakan...
tapi xtau laa time ble sahur ng bukak pose 'tikuih' ni
Yang penting 'tikuih' ni dah dipuasakan...

Then ustaz fahmi tu tanya:

'tikus' mati dulu ke atau 'tikuih' mampuih dulu?

Nak tergelak bila ustaz tu wat slanga Gerik...hehe

Ermmm..ikot kajian tu, 'tikuih' ni hidop lebih lama berbanding 'tikus'

Inilah keindahan di sebalik ibadah berpuasa itu^o^

| tikus atau tikuih |

Tergamam sebentar tak kala mendengar suara ustaz tu nyanyi :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Sedap sangat suara ustaz tu...menusuk di hati. ^o^

dikatakan bahawa bulan Ramadhan ini terlalu banyak ganjarannya
Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yg mengejar kebaikan...


"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..."



Usai ceramah...P&P berjalan seperti biasa
Awal2 lagik nengok knk2 rebina dah wat muke xsemangat
Itu belom sampi kelas waktu akhir2 nnti...
Diri ini cuba meneruskan senyuman..
Memberi sedikit semangat kepada mereka
Moga-moga mereka masih kuat dan teruskan ibadah berpuasa

Mungkin sebab semangat lebih..ada pelajar yg bertanya :

Pelajar : "cikgu neh pose ke tak..knp ckg nampak bersemangat jek hari ini"

Ckgu : "Sesungguhnya saya berpuasa. Kang sy x semangat..kmo ntah macam mne laa lagik.."

"Tahu tak bila kamo dengar time cikgu ajor neh..ini dikire jihad...tapi pahala tau. Tambah2 bulan pose ni...rugilah bagi siapa2 yg tido dalam kelas sekarang. Tengok Malaikat Raqib dan Atiq dok mencatat setiap kebaikan dan keburukan kamo"


Kelihatan beberapa pelajar cuba mengejotkan knk2 rebina yg ketidoran. Kepenatan berpuasa barangkali atau masih tak biasa nak bangun sahur awal2 pagi.


Agak kepantangan bila ada pelajar yg tido dlm kelas lemon.
Tapi disebabkan hari ni first day puasa..xmo lah hilangkan mood...masih cool..hehe.


Lantas disuruh pi ke tandas utk membasuh muke. Sempat lagik lemon pesan gini :

"basuh muke je tau..jgn kmo telan air paip tu lak..hehe"


" SELAMAT BERBUKA PUASA "

MySpace


Nota kaki:
- menu buka puasa hari ini : kurma + bihun goreng + kueh mueh pelbagai rasa + agar-agar + air soya + murtabak
- jom solat terawih ~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...