20 September 2011

| Resipi Kek Batek Lemon |



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Semalam telah dengan berjayanya menyiapkan KEK BATEK LEMON mengikot resepi my acik. Sangat-sangat simple tapi sedapppp hingga menjilat siku...nyummmmi ^o^ Sebenarnya dah lama ngidam nak wat kek batek ni...tapi asek tertangguh2 jek, last2 semalam baru berjaya laksanakannya...ohhhyeahhhhh (gulek kegembiraan sebentar). Ok, kat sini lemon ingin kongsikan resipi yang telah dimodifiedkan oleh lemon sbb tu la jadik KEK BATEK LEMON..hehe. Ini memang lemon wat ngan penuh kasih sayang (sila akui itu).

MySpace

Ok uols dah ready ke??? Mari memasak bersama chef Lemon ^o^
sila amek pen ng kertas utk salin yer (terikot2 ng gaya sorang cikgu).

| kek batek lemon yg penuh kasih sayang |


BAHAN-BAHANNYA:

- 1 packet milo (peket kecik sekali pon dah ok)
- 1 ketul butter
- 3/4 tin susu pekat (xmo manis sila kurangkan kuantiti)
- sebungkus biskut marie (guna yg original, bukan perisa koko tu)
- kismis + badam + choc rice (utk decoration jek)


CARA MEMBUATNYA :

1. Cairkan butter dalam periuk dengan api perlahan.
2. Bila butter dah cair sepenuhnya, masukkan susu pekat. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan milo 3 cawan (sepeket milo tadi) dan kacau sampai sebati.
4. Bila dah sebati semua, tutup api.
5. Patahkan biskut marie kepada empat dan masukkan ke dalam campuran tadi, kacau sehingga sebati.
6. Tuangkan ke dalam loyang dan jangan lupa untuk mampat2kan ia (guna plastik).
7. Pastu tabur badam + kismis + choc rice ateh kek batek itu (optional...utk kasi cantek jek neh).
8. Simpan dalam peti sejuk...pastu dah boleh dingapppp ~


Mudah kan??? Ok selamat mencuba yer ^o^

MySpace

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...