03 October 2011

| Resipi Puding Laici Gula Hangus |


Hai semua !!!
Bertemu lagik kome ngan Chef Lemon yg comot
Sekarang kita dalam Rancangan " KETUK-KETUK LEMON KETAMPI "
hehe =)

Hari ni Chef Lemon terasa baek hati nak share satu resipi yang sangat simple tapi menyelerakan sehingga menjilat siku (kome agak2 laa kalu sampai dah tahap jilat siku tu)

Tadaaaaa!!!!!

Ini dia resipi yang Chef Lemon nak kongsikan iaitu :

PUDING LAICI GULA HANGUS

| dijamin sedap bila dimakan ketika sejuk |


BAHAN-BAHANNYA:
> 1 tin laici
> 1 tin susu cair
> sebungkus agar-agar serbuk (25gram)
> 3/4 cawan gula
> 5 cawan air


CARA MEMBUATNYA :
1. Didihkan air dengan serbuk agar-agar sehingga mendidih (sambil kacau).
2. Setelah mendidih, masukkan gula dan kacau.
3. Asingkan laici dan kuah laici. Ambil separuh buah laici dan blender dengan sedikit kuahnya.
4. Setelah gula cair, masukkan laici yang telah diblender dan kuah laici ke dalamnya.
5. Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.
6. Tutup api dan sambil tu wat laa gula hangus
(gula 3/4 cwn dipanaskan atas kuali dengan api sederhana)
7. Tuangkan gula hangus dulu dalam acuan dan diikuti puding yang telah dididihkan tadi.
8. Pastu tabur laici yang separuh lagi (hiris kecil-kecil) atas puding tadi.
9. Simpan dalam peti dan dimakan ketika sejuk...nyummi ^o^

MySpace
" SELAMAT MENCUBA RESIPI CHEF LEMON "



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...