20 November 2011

Selamat Sampai ke Daratan


Fuhhhh...

Sangat-sangat kepenatan

Kaki rasa kejang-kejang + badan rasa sakit-sakit

Malam tadi pon dah demam + melantak ayam bbq last-last muntah jugak..huhu

Mujur ada panadol cik hunny..tenkiu dear ^o^


Apapon,
Alhamdulillah.....syukur sangat segala perjalanan program Kembara Ilmu berjalan dengan lancar.

Kami semua pon dah selamat sampai ke daratan setelah 3 hari 2 malam berkampung di Pulau Pendidikan, Tasik Banding.

Segala aktiviti kat sana akan diupdate selepas ini sebab sangat-sangat penat...huishhhh ^_^

Tatata ^o^

08 November 2011

Lempeng Abang Kacak

Time cuti deevapali ritu lemon lepak kat rumah my bro kat Klang.
So time ni laa berjalan sakan ngan kawan-kawan. Tak pe..masih bujang kot, time ni laa nak enjoy..hehe.

Yang paling best sebab tak sangka dapat detims ngan adek kecik kitorang (ana). Opsss...called her Dr. Farhana yer ^o^
Sekarang beliao bertugas kt Hospital Selayang.

Rasanya last lemon jumpa Ana ni time habis Form 5 kat mrsm chenderoh. Perghhhh...lama tu beb! Makin cun melecun beliao ^o^

Pastu dicampur sekali ngan cik alyaa yang meriah uolss..hehe. Best dapat golek2 kat umah Cik Alyaa neh..ntah kol bape kitorang tido sebab khusyuk benor bergusip..hehe

Time jumpa ni kitorang lepak kat Mid Valley.
Yang best nyer disebabkan Dr. Ana ni dah ngantok tahap cacing kerawit, jadik alyaa n lemon dipertanggungjawabkan utk mencarik lokasi pengisi perot yang paling best utk tido.

Tadaaaa!!!!

Kitorang berjaya menerjah ke Paddington House of Pancakes ^o^
Perghhh..memang best sebab da bantal IKEA banyak2 kat kerusi. Memang best kalo nak tido teros pon kat situ..hehe.


thanks abg lempeng kacak amekkan pic kami

terpaksa gak carik tempat makan yg ada bantal
gara-gara nak teman ana yang dah ngantuk


cik alya tomey >> thanks yer sudi tumpangkan sy tido umah kamo ^o^

Ana agak gelojoh sebab lapar + ngantok

alyaa busuk yang comey. Bucuk sebab time ni dia baru balik dr kije...hahaha

ni lempeng cik ayaa

tengok tu..gelojoh lagik dak ni..haha

memang best lempeng sy ni ^o^


Percaya Padaku


Percaya Padaku - Ungu


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu


Anugerah HKS Terbaik Peringkat Kebangsaan


Tempat : Hotel Concorde, Shah Alam
Tarikh : 2 hingga 4 November 2011
Program : Majlis Sambutan dan Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah 2011 dan Konvesyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011


Pada tarikh yang dinyatakan di atas, lemon bersama ngn ckg hizam dan 3 orang students yang merupakan Ahli Lembaga Koop (shamer +jailani + adibah) bergerak ke Shah Alam. Actually lemon just gantikan cikgu yg patotnya pi iaitu Bendahari Koop disebabkan beliao ada hal lain. Thanks kak masyi sebab bagi peluang kat saya untuk mencari dan menyedut pengalaman yang sangat-sangat bernilai.

Day 1 [2 Nov 2011]
  • bertolak ke Shah Alam jam 8.30 am dari smkbt4. Lemon drive sampai laa Hotel Concorde (seksyen 9).
  • check in hotel, dapat tshirt + beg ANGKASA + kupon makan (lemon dapat rumet ngan cikgu dari Jasin dan kL - kak bib dan kak ani).
  • window shopping kat Plaza Alam Sentral + SACC Mall
  • makan Freedo ABC yang best kat seksyen 2.
  • ucapan alu-aluan daripada Puan Hjh. Armi Zainuddin (Naib Presiden ANGKASA)
  • taklimat program.
  • pameran KPKSS dari 14 buah negeri seluruh Malaysia.
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari sekolah-sekolah yang dapat 5 dan 6 bintang tahun lepas

Day 2 [3 Nov 2011]
  • lawatan ke 8 lokasi yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Team koop kita dapat pi lawatan ke Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan kat Petaling Jaya.
  • bergerak ke NKf (National Kidney Foundation Malaysia) bersama 8 lagi sekolah yang lain.
  • aktiviti di NKf >> tayangan video + lawatan ke pusat hemodialisis + teka silang kata + kad dedikasi
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Kota. Perghhh..dasat laa jumlah keuntungan tahunan sebanyak rm800k (memang betul-betul kagum).
  • men bowling kat Plaza Alam Sentral (jailani menang)
  • pengumuman pasukan KPKSS yang dapat masok final (perak + kL + pahang)

Day 3 [4 Nov 2011]
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Mak Lagam, Terengganu. Pasukan ni yang menang Johan KPKSS peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Produk deme adalah CENDAWAN TIRAM.
  • sesi pembentangan akhir (finalis KPKSS)
  • majlis bermula dengan ketibaan YB Menteri KPDNKK (YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob)
  • ucapan aluan daripada Presiden ANGKASA (Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum) serta ucapan penutupan oleh YB Menteri KPDNKK
  • persembahan Choral Speaking dari Koperasi SMK Gombak Setia.
  • Penyampaian Hadiah (HKS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Dr. Burhanuddin Taiping + KPKSS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Muadzam Shah)
TAHNIAH untuk semua koperasi seluruh Malaysia !!!


TAHNIAH diucapkan kepada team Koperasi SMK Batu 4 Gerik Berhad!!!
Walaupon koop kita tak menang sekolah 5 bintang tapi lemon rasa ini adalah satu langkah ke arah menjadikan koop kita yang terbaik. Percaya atau tidak dalam masa 2 tahun, koop kita mampu berdiri sama tinggi dengan koop-koop yang telah lain yang lebih lama mencuba untuk mendapat Anugerah HKS Terbaik. TAHNIAH !!!

Rumah Cat Baru


Tadaaaa!!!!
Selamat Pagi Sayang-sayangku ^o^

Ermmm...perasan tak teratak lemon kunen ni dah bertukor wajah.

Nampak lagik simple dan macam lemon ni makin matang jek..hik3
(sila akui itu).

Yela..kalau kome pasan sebelom ni kat blog title lemon tu penuh ngan kanak2 rebina yang
muka penuh keceriaan..hehe. Sekarang kanak2 rebina tu semua lemon dah bagi balik kat parents deme..pinjam sat je pon..huhu.

| pasti rindukan knk2 rebina |

Hari tu dapat komen dari kawan...beliao cakap yang blog lemon ni macam kanak2 rebina.
Hurm..betol laa cakap beliao..macam tak melambangkan yang lemon ni sorang 'cikgu'.

Tapi lemon memang seoarang teacher yang sentiasa happy ^o^

It's ok...komen yang mempositifkan diri. So inilah hasilnya setelah dicat dan direnovate malam tadi.

Sila komen ^o^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...