27 February 2012

fakta | Menangis adalah BAIK


Senyumlah selalu wahai pemilik diri walau sering disakiti...
Menangislah jika tidak mampu LAGI tersenyum :)

Jangan Tanya Soalan Itu Lagi Boleh?


Ermmm...

tak suka bila orang asyik bertanyakan soalan yang sama.

Cukup laa sekali untuk bertanya kalau dah tahu jawapan.

Tak perlu tanya berulang kali untuk membuat diri ni rasa terlalu......
(ntah, xtahu nak describe perasaan tu macam mana)

Cukup-cukup lahh tu yer.

Kita bukan siapa-siapa untuk mengatur semua ni.

So, tak perlu tanya itu ini lebih-lebih,

Tak perlu perli orang lain lebih-lebih,

Tak perlu mengata orang lebih-lebih,

Sesungguhnya Dia adalah pengatur terbaik buatku...

Terima kasih Ya Allah...

| hope i am strong enough |

26 February 2012

d.e.s.i.g.n | Buku Program Mesyuarat Agung

Tadaaa ^__^

Akhirnya siap jugak Buku Program untuk Mesyuarat Agung PIBG untuk Isnin ni (27.02.2012).
Disebabkan perasminya orang2 vip iaitu Ahli Parlimen Gerik, so kena laa beriya gak siapkan Buku Program ni. Perasmi untuk Mesyuarat Agung PIBG esok ialah YB. Dato' Tan Lian Hoe. DPMP.
Ini first time lemon jadik JK Buku Program...belasah je la :)
Thanks kepada sape2 yg membantu sumbangkan idea, tenaga kerja serta bahan untuk buku program ni. Buku Program ni berjaya disiapkan pada jam 3.25 pagi tadi.

Esok boleh laa photostate banyak2 :)

| cover page |

| page 2 + 7 |

| page 3 + 6 |

| page 4 + 5 |


08 February 2012

Pesan pada Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Fuhhhh...
memang very the penat hari ini :(
Penat menyorak ada lahhh untuk game bola tampar tadi..hehe

Ni lemon rasa nak share ayat best dari Pakar Diari Hati :


Jika tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang.
Jika tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji.
Jika tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan.

Kerana hati manusia itu terlalu bernilai untuk disakiti.
Terlalu mahal untuk disia-siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan.
Pesan pada diri, usah tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi, pada insan yang tidak mengerti.

Sekali kau memberi, selamanya dia di hati.
Sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati.
Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati..


07 February 2012

| Jika kamu memancing ikan |

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu memaafkan boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.

Menyayangimu. .. mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilanganya apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan menyesal..

| b.e.r.u.b.a.h |


Satu perkara yang aku pelajari daripada kehidupan
Bahawa ia perlu diteruskan

Satu perkara yang aku pelajari daripada cinta
Bahawa ia tak selalu bertahan

Satu perkara yang aku pelajari daripada manusia
Bahawa manusia itu cepat berubah...

Sabarlah duhai hati :(

| training Bola Tampar |


Pagi tadi pi skolah kol 9.30 pagi.
Sebenarnya dah janji nak training dak2 volleyball untuk rumah Musytari.
Esok petang ada game inter rumah sukan.

Terkagum tengok ke'excited'an knk2 rebina berlatih. Betul-betul semangat tinggi ^__^
Ok jugak ada games macam ni. Masa ni laa nak tonjolkan bakat terpendam masing-masing.

Ckg2 bola tampar pon tak perlu penen-penen nak wat selection segala bagai untuk hantar team sekolah kan? Lagipon zaman persekolahan adalah menyeronokkan kalau kita sebagai cikgu dapat sediakan suasana dan kenangan terindah buat mereka ^__^

Pastu tengok lak karenah cikgu2 rumah sukan masing-masing macam ckg kz ngan ckg hizam yang gigih memekik di tengah padang. Tambah-tambah suara ckg kz...suara memang frekuensi tinggi..hehe :) Tapi memang mengagumi kegigihan beliao...seorang cikgu yg bersemangat luar biasa. Tak pernah lagik lemon jumpa cikgu lelaki yg semangat macam beliau neh..hehe

Pastu teringat lak time ckg hizam terjatuh golek-golek ala hindustan sebab terlanggar tayar burok kat tepi gelanggang bola tampar tadi. Naseb baek beliao cikgu silat..if not mahu koma gak..hik3. Tapi serius...memang sangat-sangat kelakor time ckg hizam tu jatuh golek-golek. Perghhhh..rugi laa pulak tak snap pic aksi tersebot. Kamera tertinggal dalam kereta laa pulak...hadeiiii

Semoga team rumah Musytari menang esok :)

" SEMOGA BERJAYA "


06 February 2012

Solat Dhuha

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ^__^
Jom kita sembang-sembang pasal SOLAT DHUHA.

Dulu pernah jadik pelakon extra untuk drama Ahmad Dhuha. Time tu sekolah darjah 5 kat sklg. Ramai gak dak-dak kelas jadik pelakon...kebanyakkan budak lelaki macam along + arwah mus dan aku sendirik pon dah tak ingat sape watak utama. Yang pastinya watak utama drama ni sorang dak laki sekolah dari Selangor.

Memandangkan lokasi penggambaran adalah di sekolah aku, maka kami budak-budak asrama kena laa jugak berlakon. Alaa..sekadar jadik classmate jek pon. Dapat laa gaji bape hinggit ntah untuk wat belanja..hehe. Yang bestnyer dapat kenal ngan pelakon-pelakon yang kat tv. Time tu kan kanak-kanak rebina..so agak jakun laa jugak..hehe :)

Bukan drama Ahmad Dhuha yang nak dikongsikan, tapi mengenai SOLAT DHUHA. Jom kita amalkan solat sunat ni. Sebelom tu nak kongsi sedikit mengenai solat dhuha yang lemon baca dari buku Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus. Buku ni adalah pemberian daripada seorang sahabat sebagai hadiah besday lemon. Terima kasih sahabat :)

SERBA SEDIKIT MENGENAI SOLAT DHUHA :
  • dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zuhur.
  • dikerjakan 2, 4, 6 atau 8 rakaat.
  • lafaz niatnya :
" Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
  • Doa selepas solat Dhuha :

KEBAIKAN SOLAT DHUHA :
  • Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa sahaja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan "
  • Rasulullah bersabda lagi : "solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang memlihara solat Dhuha kecuali orang-orang yang bertaubat"
InsyaAllah..semoga kita mendapat manfaatnya. Apa yang penting adalah nawaitu mestilah IKHLAS kerana Allah ^__^



Salam Maulidur Rasul

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Maulidur Rasul untuk semua umat islam.
Kini kita sedang menyambut kehadiran bulan Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran Nabi junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. Sempena berada dalam bulan Maulidurrasul, maka usaha dalam menjadikan nabi Muhammad sebagai role model dalam setiap aspek kehidupan perlulah digandakan..insyaAllah...

Malam tadi lemon berkesempatan pi ceramah Maulidur Rasul yg dianjurkan oleh pihak masjid al Huda di kampung lemon. Penceramah malam tadi dari Kokdiang..muda lagik, baru 22 tahun. Tapi memang terbaik ceramah dia...lemon tengok orang2 kampung yang mai malam tadi tak henti-henti gelak. Terpaksa laa lemon gelak sopan (tutup mulot), kang takot kena reject ngan macik-macik yg bernawaitu nak jadikan calon menantu..hehe (perasan laa tu :).

Ceramah malam tadi berkisarkan mengenai "Apa tanda cintanya kita pada Nabi Muhammad saw". Banyak cara yang kita boleh buat sebagai tanda kita cintakan Nabi.

Antaranya adalah seperti memperbanyakkan berselawat. Kat mana-mana pun kita boleh berselawat, jangan hanya tunggu berada di masjid sahaja. Tengah drive pon kita boleh berselawat :)
Banyak selawat yang leh kita amalkan, antaranya macam selawat tib @ syifa'. Selawat yang kat bawah ni pon boleh sebab ni yang rasa paling dekat di hati...iramanya pon best, rasa tenang jek. Jom kita berselawat ^__^


Seterusnya, dengan baca sirah Nabi. Lemon ada beli satu buku Edisi Lengkap Riwayat Rasulullah s.a.w yang mengisahkan mengenai sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad dari kecil sehinggalah Baginda wafat. Memang tebal buku ni...harga pon boleh tahan :) Sampai sekarang tak habis-habis baca. Ada sebanyak 1570 muka surat. InsyaAllah, akan habiskan jugak baca buku ni.

| buku ni yang dimaksudkan |

" Selamat Menyambut Maulidur Rasul "

Resipi Cucuq Gelang

Haiii semua ^__^
Lama tak chef lemon tak kongsi-kongsi resipi. Nampak benor dapur tak berasap..hoho :)

Ok, hari ni chef lemon nak kongsi resipi Cucuq Gelang. Ada orang sebot Kuih Keria. Tak kesah laa macam mana orang sebut, tapi yang pastinya ini adalah antara kueh kesukaan chef lemon. Incik Abah pon sangat-sangat suka kueh ni.


RESIPI CUCUR GELANG

| gebu dan montel macam lemon :) |

BAHAN-BAHANNYA :
  • 7 biji ubi keledek oren
  • 500 gram tepung gandum
  • 1 cawan gula (lemon guna gula ising..lagik senang)
  • sedikit garam
  • air
  • minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan air rebusan tadi dan campur dengan sedikit garam.
  3. Lenyek sampi hancur sementara ubi masih panas.
  4. Biarkan ubi yang dah dilenyek tadi sejuk sebentar.
  5. Bila dah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buat seperti bentuk gelang (cucuk jek jari kat tengah-tengah).
  7. Gorengkan hingga masak (tak perlu lama sangat sebab ubi dah memang masak).
  8. Bila dah siap goreng, golek-golekkan kuih tu atas gula ising.
  9. Selesai ^__^ Meh kita makan~
" SELAMAT MENCUBA "

Bowling di Superbowl

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Fuhh...
dapat gak main bowling petang tadi.
Asyik tertunda-tunda jek...akhirnya tercapai gak.

Terima kasih banyak-banyak kat cik asi. Cian dia..walaupon demam nak gak join. Padahal jadik pemerhati bebas jek tadi..hehe ^__^ [p/s: esok kite detims lagik yer]

Yang join maen bowling tadi ckg hizam + ckg izza + cik asi + 2 org ank sedara ckg izza (fira + syu). Walaupon maen 2 games jek but enjoy!!

First game lemon menang. Tapi xde laa point banyak pon sebab masing-masing lebih kurang jek maen..hehe :) Second games ckg hizam menang...hambek ko! 3 kali strike..betul2 tunjuk power rangers..hehe.
Ni lemon tepek beberapa keping pic yg telah disnap kat Superbowl Pengkalan Hulu :

| bukan kaki model bak kata cik asi |

| mereka |

| dan mereka lagi |

| hahaha..esksen sebab strike |

| sengoti betul |

| muka org gembira tak igt sebab menang |


Nota kaki :
- esok nak train team volleyball untuk rumah Musytari
- dan pi ofis untuk siapkan streaming class untuk form 2 bersama cik izz
- hari ni merupakan hari ke-4 xcontact pape ngan jebat...busy ngan training palapes, huh!

04 February 2012

Mereka Kesayangan Saya


Wahhh..rindunya kat my little niece yang comel ni. Bila lagik aunty boleh cium-cium kome yer :)
rindunyerrrrrrrrrrrr..huhu T__T

| aina kiss untuk aunty kan :) |

| comey sangat-sangat :) |

| aimi lom ready :) |

| comey kan kami :) |

| adek wat aksi comey laa tu :) |



Ketenangan yang Dicari

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Allah...

Sesungguhnya diri kecil ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas untuk terus hidup di bumi Nya. Setelah melalui beberapa hari yang kurang bersemangat, hari ini aku rasa lebih tenang. Benarlah kata orang...hanya dengan mendekatkan diri dengan Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang dan itulah ketenangan yang kita cari.

| jiwa yg tenang |

Dan pagi ini usai solat Subuh dan membaca surah al Mulk dan surah al Waqiah, aku kini rasa lebih bersemangat. Ustaz pesan kita kena amalkan surah al Mulk dengan istiqamah sebab itu adalah bekalan kita di akhirat kelak. Memang dari dok asrama darjah 5 lagik, itu surah yang ustazah pesan suruh hafal dan baca setiap hari. Terima kasih untuk mereka yg mendidikku. Dan surah al Waqiah ni pulak dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

Seminggu lepas betul-betul rasa down..tak semangat Y__Y. Tapi bila memikirkan anak2 didik, aku cuba kuatkan diri juga. Moga-moga dipermudahkan segalan kefahaman mereka..insyaAllah...

So, macam mana nak kembalikan semangat yang hilang atau mencari ketenangan jiwa ?? Salah satunya adalah dengan melakukan apa yg kita suka (enjoy ngan kerja yg kita buat), mendengar apa yg kita minat atau melihat apa yg mampu menenangkan hati kita. Contohnya mendengar lagu-lagu yang kita suka. Dan sebaik-baik ketenangan adalah apabila kita membaca atau mendengar ayat-ayat al Quran kerna al Quran adalah kata-kata daripada Allah. Banyak kan pilihan kita ada? Hanya terpulang pada kita untuk memilih cara yg terbaik untuk membina semangat kita ^__^

Ok, jom amalkan doa untuk ketenangan hati kat bawah ni. InsyaAllah, moga-moga dipermudahkan dalam segala urusan di hari baru ini dengan semangat yg baru.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...