26 May 2012

Selamat Pengantin Baru

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat pagi semua ^^
Hari yang best ni cik lemon nak sembang-sembang pasan kawen
Hehe...
Eiii..gatal benor yer kamo cik lemon

Ishhh...
jangan laa cakap macam tu, malu saya (tangan ke bahu, mata ke atas)
<<< statement agak chewi di sini >>>


Relax laa yer...
Bukan lemon yang excited nak kawen
Sebab belom sampai jodoh lagik lemon nak dapat 'incik imam'

Tapi..
cik lemon nak wish :

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
kepada my beloved cousin - Miza dan pasangannya incik Shuk



Tahniah my dear,
Tak sangka kamo dulu yang kawen, janji nak kawen hari sama..sobss..sobss
hehe..
xdelah, maen2 jek...
i'm happy when u will got married today ^___^

Untuk Miza dan Shuk..
Semoga kalian berbahagia dunia dan akhirat,
Moga redha Allah bersinar selalu buat kalian,
Ingat, perkahwinan yang berasaskan ibadah akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat..
InsyaAllah..

Moga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah (semoga berjaya..hehe)
Cik lemon cakap dah rupe banyak pengalaman lak..haiiipppp~



Nota kaki :
>> seronok laa pulak tengok orang kawen-kawen
(Ehemmm..sabar..sabar ^__^)


25 May 2012

Luahan Rasa | dedikasi utk sahabat



Hiba...

Sebak...

Sedih...


Tak pasti bila akan tibanya detik itu...
Mungkin akan terus kehilangannya atau bisa melihatnya setiap hari kembali
Mungkin tiada lagi di sisi
Mungkin tiada lagi memori-memori indah yang terbina saban hari
Kenangan yang penuh nostalgia


Saat diri mula mengerti kegembiraan dalam setiap kesukaran
Saat diri mula merasa kembali bersemangat tika diri ini jatuh
Namun...
di sebalik celotehnya, gurauannya, marah dia
Ada yang tersirat, ada yang tersurat
Aku pasti akan merindu saat itu
Sungguh...aku pasti merinduinya


Tapi semua itu mungkin tak bisa kembali andai ini semua sudah tertakdir
Kuatkan aku selepas ini???
Tabahkan aku seperti dulu???


:: Terima kasih sahabat ::



24 May 2012

Mesyurat Bina Item untuk Pertandingan Saintis Muda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun

Perghhh..memang kesibukan tahap dewata raya sampai dah lama tak update blog lemon ni. Dah bersawang kot...fuhh...fuhhh... (tiup-tiup habuk yang sepah-sepah).

Hari ni lemon tak pi sekolah..bukan ponteng keje ok. Tapi hari ni ada Mesyuarat Bina Item untuk Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah sempena Karnival Sains dan Teknologi nanti. Kali ini lemon bukan sahaja jadik cikgu yang akan handle budak2 sekolah lemon untuk Saintis Muda tapi merangkap jadik Hakim untuk pertandingan ni nanti. Sebab tu kena bina soalan-soalan untuk setiap station.

So bertempat di Dewan Bestari PPD Gerik, so berkumpullah segala cikgu cikgi Sains yang suara sorang-sorang semua merentas kokurikulum..haha. Inilah dinamakan lumrah seorang cikgu...pantang jumpa, suara semua pakat berfrekuensi tinggi. Pagi subuh tadi dapat sms dari ketua hakim, beliao suruh bawak buku-buku kimia + fizik + biologi + sains SPM.

Pagi tadi sebelum pi PPD, lemon pi sekolah dulu nak kutip buku-buku yang nak kena bawak.
Sekali masukkan dalam beg...mak aihhh...banyaknya buku-buku yang den bawak..hadeiii!!

Itu tak pe lagik, bila ke dewan kt PPD tu menjijit laa lemon ni ngan 3 biji beg - beg letop + beg buku-buku + handbag. Dah rupe apa lagik bawak banyak beg...rasa nak sangkut jek beg buku ni kat tengkuk sebab dah penuh tangan bawak..huhu :(

Kat PPD tu lemon + ckgu finaz + my GK kena bina item utk station 2 - soalan lebih kepada soalan fizik. Tapi sebab soalan yang kami bina ni masih SULIT..so tak leh post kat sini. Hati kena tulus beb ^^ Nanti dah settle pertandingan ni nanati lemon post soalan bocor..hehe.

Yang bestnyer soalan ni kena bina in english. Part ni yang lawak sikit bila nak translate2 ni..penen ayat-ayat ni :P

Selesai wat separuh soalan, pi belasah nasi lemak dulu...memang terbaik dari ladang kot nasi lemak free ni. Tapi memang pon, semua makanan free ni best kan??  Lepas tu sambung balik siapkan soalan. Kami diberi penerangan secara ringkas macam mana nak buat penilaian semasa pertandingan tu nanti. Apa yang penting kat sini adalah nak tengok bagaimana Kemahiran Proses Sains dan juga Kemahiran Manipulatif setiap pelajar. Memang markah tinggi kat bahagian ni je pon. 

Ermmm, Karnival Sains dan Teknologi ni akan diadakan di SMKTS pada 16 Jun 2012. Sekolah lemon adalah tuan rumah pada asalnya tapi disebabkan krisis air (nanti takot xleh wat Pertandingan Pelancaran Roket), so tukarlah tuan tanah ke SMKTS. Doakan kejayaan team sekolah lemon utk Pertandingan Saintis Muda ni yer ^__^




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...