24 May 2012

Mesyurat Bina Item untuk Pertandingan Saintis Muda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun

Perghhh..memang kesibukan tahap dewata raya sampai dah lama tak update blog lemon ni. Dah bersawang kot...fuhh...fuhhh... (tiup-tiup habuk yang sepah-sepah).

Hari ni lemon tak pi sekolah..bukan ponteng keje ok. Tapi hari ni ada Mesyuarat Bina Item untuk Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah sempena Karnival Sains dan Teknologi nanti. Kali ini lemon bukan sahaja jadik cikgu yang akan handle budak2 sekolah lemon untuk Saintis Muda tapi merangkap jadik Hakim untuk pertandingan ni nanti. Sebab tu kena bina soalan-soalan untuk setiap station.

So bertempat di Dewan Bestari PPD Gerik, so berkumpullah segala cikgu cikgi Sains yang suara sorang-sorang semua merentas kokurikulum..haha. Inilah dinamakan lumrah seorang cikgu...pantang jumpa, suara semua pakat berfrekuensi tinggi. Pagi subuh tadi dapat sms dari ketua hakim, beliao suruh bawak buku-buku kimia + fizik + biologi + sains SPM.

Pagi tadi sebelum pi PPD, lemon pi sekolah dulu nak kutip buku-buku yang nak kena bawak.
Sekali masukkan dalam beg...mak aihhh...banyaknya buku-buku yang den bawak..hadeiii!!

Itu tak pe lagik, bila ke dewan kt PPD tu menjijit laa lemon ni ngan 3 biji beg - beg letop + beg buku-buku + handbag. Dah rupe apa lagik bawak banyak beg...rasa nak sangkut jek beg buku ni kat tengkuk sebab dah penuh tangan bawak..huhu :(

Kat PPD tu lemon + ckgu finaz + my GK kena bina item utk station 2 - soalan lebih kepada soalan fizik. Tapi sebab soalan yang kami bina ni masih SULIT..so tak leh post kat sini. Hati kena tulus beb ^^ Nanti dah settle pertandingan ni nanati lemon post soalan bocor..hehe.

Yang bestnyer soalan ni kena bina in english. Part ni yang lawak sikit bila nak translate2 ni..penen ayat-ayat ni :P

Selesai wat separuh soalan, pi belasah nasi lemak dulu...memang terbaik dari ladang kot nasi lemak free ni. Tapi memang pon, semua makanan free ni best kan??  Lepas tu sambung balik siapkan soalan. Kami diberi penerangan secara ringkas macam mana nak buat penilaian semasa pertandingan tu nanti. Apa yang penting kat sini adalah nak tengok bagaimana Kemahiran Proses Sains dan juga Kemahiran Manipulatif setiap pelajar. Memang markah tinggi kat bahagian ni je pon. 

Ermmm, Karnival Sains dan Teknologi ni akan diadakan di SMKTS pada 16 Jun 2012. Sekolah lemon adalah tuan rumah pada asalnya tapi disebabkan krisis air (nanti takot xleh wat Pertandingan Pelancaran Roket), so tukarlah tuan tanah ke SMKTS. Doakan kejayaan team sekolah lemon utk Pertandingan Saintis Muda ni yer ^__^




1 comment:

  1. ader contoh soalan x? cntc sy kalau ada
    http://ceriteracintabalqis.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...