03 October 2011

| Resipi Puding Laici Gula Hangus |


Hai semua !!!
Bertemu lagik kome ngan Chef Lemon yg comot
Sekarang kita dalam Rancangan " KETUK-KETUK LEMON KETAMPI "
hehe =)

Hari ni Chef Lemon terasa baek hati nak share satu resipi yang sangat simple tapi menyelerakan sehingga menjilat siku (kome agak2 laa kalu sampai dah tahap jilat siku tu)

Tadaaaaa!!!!!

Ini dia resipi yang Chef Lemon nak kongsikan iaitu :

PUDING LAICI GULA HANGUS

| dijamin sedap bila dimakan ketika sejuk |


BAHAN-BAHANNYA:
> 1 tin laici
> 1 tin susu cair
> sebungkus agar-agar serbuk (25gram)
> 3/4 cawan gula
> 5 cawan air


CARA MEMBUATNYA :
1. Didihkan air dengan serbuk agar-agar sehingga mendidih (sambil kacau).
2. Setelah mendidih, masukkan gula dan kacau.
3. Asingkan laici dan kuah laici. Ambil separuh buah laici dan blender dengan sedikit kuahnya.
4. Setelah gula cair, masukkan laici yang telah diblender dan kuah laici ke dalamnya.
5. Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.
6. Tutup api dan sambil tu wat laa gula hangus
(gula 3/4 cwn dipanaskan atas kuali dengan api sederhana)
7. Tuangkan gula hangus dulu dalam acuan dan diikuti puding yang telah dididihkan tadi.
8. Pastu tabur laici yang separuh lagi (hiris kecil-kecil) atas puding tadi.
9. Simpan dalam peti dan dimakan ketika sejuk...nyummi ^o^

MySpace
" SELAMAT MENCUBA RESIPI CHEF LEMON "



| Taklimat PMR 2011 |


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

MySpace
Hujan turun dengan lebatnya pagi tadi
Dari semalam hujan rasanya..tapi dah stop rasanya
Pastu tadi tengah syiok2 lemon dok ngadap cermin betulkn tudung lemon yg comot neh.....
MySpace
Hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum (eh..sejak bila incik Abah bukak ladang gandum kt belakang umah ni).
Sah-sah laa xde assembly pagi ni..hujan kot~

Disebabkan tiada assembly..so guru kelas kena laa masok.
Lemon wat sket pengurusan kelas memandangkan ini kelas tingkatan 3,
so tak mo laa deme tensen pape utk exam sok.
Hari sorang jek xmai skol...bagus =)

Selasai setelkan hutang tertunggak iaitu hamper bagi pemenang pop quiz berkumpulan ritu.
Mak aiihhhh..berebot-rebot deme neh kutip makanan dalam hamper lemon bagi.
Seb bek tak rabak paper bag lemon yg comey itu.

Pastu teros ke SMK Bersia (Felda) untuk sesi taklimat pengawas PMR.
Dah lama gila x pi sana..siyes!! lemon dah lupe jalan ke skolah itu.
Mengikot cakap cikgu asi (ckg yg tengah ngajor kt skol tu la)
Sampai jek traficlight teros belok simpang kiri n teros sampai jumpa skol ni depan tu.
Dengor macam sekangkang kera jek jaraknyer.

Sekali masok...mak aihhhh..leh sesat camni. Tanpa segan silu lemon wat2 la peramah bertanyakan arah ke skolah tersebot. Mula-mula jumpa ngan abang penoreh getah..sian abang neh..lemon tahan motor dia time dia ngah best2 rempit nak pi kebun..huhu.

cg lemon : abang..tumpang tanya yer. SMK Bersia kat mana yer?

abg noreh : Er...xjaoh dah..dekat jek...hang terosss jek pastu belok kanan.

cg lemon : owhh..dekat je eh dari sini?

abg noreh : Ha..ah..dekat jek. Depan tu jek..


Berbekalkan arahan yg kurang jelas dari abang itu, lemon meneroskan perjalanan. Tapi drive punya drive sambil jegil2 mata takot terlepas signboard..tak sampai2 la jugak. Last2 sampai jumpa skol rendah..tapi sebelah kiri. Rasanya abang tadi ckp belah kanan....hadeiiii =(

Seb bek da macik manis berpayung lalu kat situ. Mesti dia baru balik beli nasi lemak untuk sarapan pagi..hehe. Arahan yg diberikan pon lebih kurang macam abang noreh tadi.

Dan..

Akhirnya kesampaian jugak lemon ke tempat yang ingin ditujui. Terima kasih kepada penduduk2 kampung yang baek hati tunjukkan arah...hehe. (maaf la..kete lemon xde GPS..sobbss..sobss...).

| yg dekat macam ni pon leh sesat |

Usai taklimat PMR, kitorang semua pi ke dewan..wat2 laa check2 pape yg patot.
Then Ketua Pengawas belanja makan mee bandung..nyummmi ^O^

Esok perlu memulakan tugas sebagai Pengawas Peperiksaan PMR 2011.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi wahai ckgu2 pengawas yer..hehe



02 October 2011

| Learning is Fun |


Learning is FUN ???

Yup!! absolutely ^o^

Bagi lemon saat menjadik students adalah satu saat yang paling bermakna

Walaupon kadang2 rasa tensen-tensen bila tiba waktu exam..tapi itu laa yang membuatkan kita rasa ingin kembali ke suatu ketika itu.

Bila dah bekerjaya ni..hati mula melonjak-lonjak mahu sambung belajar.
Niat di hati memang nak sangat-sangat sambung sekarang
Tapi lemon masih ada komitmen lain....

InsyaAllah..tahun depan nak sambung master. Tapi masih buntu nak sambung kos apa...huhu.



| merindukan saat-saat menjadi student |

" It must be remembered that the purpose of
education is not fill the minds of students with facts....
it is to teach them to think, if that is possible, and always
to think for themselves "

- Robert Hutchins -


| Selamat Menempuh PMR 2011 |


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hurmmm...
Tak sangka rupanya tinggal lagi sehari jek nak exam PMR 2011.
Apa kes cikgu lemon lak lebih2 nervous segala bagai ngalahkan kanak2 rebina???
Hadeiii....



Buat semua pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang cikgu lemon sayangi...


"SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR 2011"


Doa kami cikgu-cikgu sentiasa mengiringi perjuangan kalian...
Semoga kejayaan yang cemerlang sentiasa menanti anda

Berusaha, Berdoa dan Bertawakal....insyaAllah..


Nota kaki :
- esok ada meeting Pengawas PMR 2011
- blog Unit Bimbingan & Kaunseling SMK BT 4 hampir siap..hehe ^o^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...