04 February 2012

Mereka Kesayangan Saya


Wahhh..rindunya kat my little niece yang comel ni. Bila lagik aunty boleh cium-cium kome yer :)
rindunyerrrrrrrrrrrr..huhu T__T

| aina kiss untuk aunty kan :) |

| comey sangat-sangat :) |

| aimi lom ready :) |

| comey kan kami :) |

| adek wat aksi comey laa tu :) |



Ketenangan yang Dicari

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Allah...

Sesungguhnya diri kecil ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas untuk terus hidup di bumi Nya. Setelah melalui beberapa hari yang kurang bersemangat, hari ini aku rasa lebih tenang. Benarlah kata orang...hanya dengan mendekatkan diri dengan Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang dan itulah ketenangan yang kita cari.

| jiwa yg tenang |

Dan pagi ini usai solat Subuh dan membaca surah al Mulk dan surah al Waqiah, aku kini rasa lebih bersemangat. Ustaz pesan kita kena amalkan surah al Mulk dengan istiqamah sebab itu adalah bekalan kita di akhirat kelak. Memang dari dok asrama darjah 5 lagik, itu surah yang ustazah pesan suruh hafal dan baca setiap hari. Terima kasih untuk mereka yg mendidikku. Dan surah al Waqiah ni pulak dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

Seminggu lepas betul-betul rasa down..tak semangat Y__Y. Tapi bila memikirkan anak2 didik, aku cuba kuatkan diri juga. Moga-moga dipermudahkan segalan kefahaman mereka..insyaAllah...

So, macam mana nak kembalikan semangat yang hilang atau mencari ketenangan jiwa ?? Salah satunya adalah dengan melakukan apa yg kita suka (enjoy ngan kerja yg kita buat), mendengar apa yg kita minat atau melihat apa yg mampu menenangkan hati kita. Contohnya mendengar lagu-lagu yang kita suka. Dan sebaik-baik ketenangan adalah apabila kita membaca atau mendengar ayat-ayat al Quran kerna al Quran adalah kata-kata daripada Allah. Banyak kan pilihan kita ada? Hanya terpulang pada kita untuk memilih cara yg terbaik untuk membina semangat kita ^__^

Ok, jom amalkan doa untuk ketenangan hati kat bawah ni. InsyaAllah, moga-moga dipermudahkan dalam segala urusan di hari baru ini dengan semangat yg baru.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)


22 December 2011

Alhamdulillah | Saya Lulus INDUKSI


Wahhhh...sangat-sangat terujanya
Dah lama tunggu saat boleh check keputusan induksi

Tadi dapat sms kawan cakap soh tengok result.
Pe lagik..terus bukak dengan gelojohnya.

Alhamdulillah...
Saya lulus kursus induksi SSM Kohort 4 dengan jayanya.

Sila semak di sini


Pasni bila dah dapat surat pengesahan jawatan leh laa kalo rasa nak ubah angin ke sekolah lain.
Sekarang pon dah rasa sedikit kurangnya angin happy kat sini. Maybe sebab impian lemon nak jadik cikgu kimia lom tercapai. Yang lagik frust sebab tahun depan lemon banyak ajor kelas Sejarah dari Science...sangat-sangat sedih !__!

Opsyen lemon kimia n math...tapi sedikit pon mereka tak bagi peluang untuk lemon untuk berkongsi sedikit ilmu ngan anak didik. At least bagi laa lemon ngajor SATU opsyen lemon.
Buat apa lemon belajor kat PASUM pastu amek kimia kt UTM selama 4 tahun...tapi last2 terjun ke Sejarah??

Lemon pon ada target lemon jugak dalam kerjaya yg lemon pilih ni. Orang akan cakap sabar laahhh..tunggu je turn kamu. Tapi lemon pon ada achievement target untuk kerjaya lemon. Tak kan nak tunggu sampi bertahun-tahun baru nak dapat capai target dan impian kita?? Kalau lagik lama tunggu...rasanya lemon akan teros ke bidang Sejarah.

Tahun depan pon still ajor Sejarah Form 3 utk dua kelas...tapi lemon fight gak untuk ngajor Science Form 3 tahun ni. Untuk mencapai target lemon...perlu ada parameter. Dan target pencapaian lemon bukan dalam opsyen Sejarah...sila maklum itu~

Lemon takut suatu hari nanti lemon terus ilang mood nak ngajor Sejarah. Kasihan pada budak-budak nanti. Tengok je lahh peratus lulus Sejarah PMR tahun ni..menurun sedikit. Kalau nak compare ngan tahun lepas, rasanya tahun ni lagik lemon work hard utk naekkan peratus Sejarah...tapi hampa. Mungkin lom rezeki rasanya...atau mungkin salah lemon yg xpandai nak ngajor....sangat-sangat sedih....nak nangis rasa !__!
Tadi pon dah nanges...tak suke! tak suke! tak suke!

Sedikit terubat sebab bilangan B utk kelas lemon ngajor meningkat dari tahun lepas yg lemon ajor. Memandangkan lemon ngajor kelas-kelas belakang, jadik perasaan happy tu tetap ada. Tahniah anak-anak didikku!

Entah lahhh..sampai bila mampu bertahan ngan buat menda yang kita tak suka. Takot nanti jadik kerja yang tak ikhlas..

Sebab tu lemon rasa macam nak pindah sekolah. Nak survey sekolah-sekolah di Perak yang ada kekosongan utk opsyen lemon...insyaAllah..moga-moga Dia permudahkan urusan sy...amin..






Cara Tuntutan Baucar Buku RM200


Bajet 2012 memperuntukkan RM200 untuk setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6.

Wahhh...ok laa tu, nanti kome leh laa wat belanja beli buku..hehe ^__^. Ingat dulu time lemon belajor kena pinjam buku kat library cepat2 sebab xmampu nak beli buku kimia gabak dan mahal tu. Tapi beli jugak sebab nak simpan wat koleksi..hehe. Kebanyakkan buku Math laa yg lemon pinjam kt Perpustakaan Sultanah Zanariah a.k.a PSZ tu ^__^

Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini (sila baca betul2 yer) :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


Nota kaki :
*** untuk makluman lanjut, kome boleh klik kat sini >> Portal Rasmi KPT


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...