31 July 2010

Science & Maths Week

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..akhirnya selesai jugak Minggu Sains dan Matematik dengan jayanya. Best dapat cooperate dengan cikgu2 sains n math ^o^. Tapi time majlis penutup sy xdapat join sebab demam...huhu. Diri ini terpaksa memontengkan diri buat sehari setelah disuroh oleh encik doktor utk cuti rehat. Inilah gara-gara kalau overdos working..huhu. Lemah betol keimunan diriku...x macam Abah yg kuat lagik hensem itu. Bonda dah bising2 sebab tido sy asek tak menentu jek. Ok Bonda...lepas ni Akak tido puas2 yepp..hehe.

Minggu Sc n Math kali neh berjalan dengan meriahnya. Happy sangat-sangat melihat kanak2 rebina happy. Macam-macam aktiviti yg dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya...credit to ckgu2 sains n math ^o^

Antara aktiviti yg dijalankan adalah World of Puzzles, Calculator Centre, i-Math Games, Pameran Sc n Math, Giant Snake n Ladder, Money Center, Magic Show, Rubric Cubic Competition, Spell it Right, Geometry Centre, Tunjuk Ajarku Sifu, Jumper Egg, Treasure Hunt dan lain2 lagik. Tapi yang sedihnya Pertandingan Pembedahan Katak xdapat dijalankan sebab kami kehilangan katak-katak yg telah diculik..huhu. Tak pelah..next year boleh la buat.


|model-model kami|

|Geometry Centre n Calculator Centre|

|Tunjuk Ajarku Sifu|

|Giant n Snake Ladder|

|Rubric Cubic Competition|
|Sudoko n G-Math Centre|


27 July 2010

Mengeluh | Tak Baek Gitu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

|sila abaikan model dahan pokok ini |

Beliao ini sedang sibuk meng'key in' markah kerja kursus sejarah PMR 2010.

Haishhhhh...soalan Ujian Penilaian 2 untuk paper science lom siap lagik.

Esok beliao dah nak kena submit kat PK....hadeiiii...

Petang ni lak kena jadik pegawai futsal.

confirm beliao ini akan berada di tengah2 padang dengan menjinjit netbook untuk menyiapkan soalan exam pada petang ini..hoho. Sambil mengadili perlawanan boleh menyiapkan kerja lain...hahaha..manusia bionik kah diriku ini???

Sekarang bermulanya Minggu Sains dan Matematik....sepatotnya rehat tadi beliao ini kena incharge Pertandingan Pembedahan Katak. Tapi malangnya katak yang dicekup terlupa dibawa ke sekolah. Pasti si katak marah kerna kelaparan di dalam balang plastik. Harap masih ada sedikit oksigen untuk si katak demi meneruskan kehidupan si katak di alam fana ini. Tapi beliao ini tidaklah terlalu kejam dengan menutup segala ruang2 vakum untuk membenarkan si katak melakukan proses respirasi...masih ada ruang kehidupan untuk si katak itu. Harap si katak tidak membalas dendam kepada beliao....maafkan beliao wahai si katak yang kacak lagi berjiwa murni...uhuk...uhuk...

Beliao ini terasa begitu sibuk sedangkan kerja xde la banyak sangat. Hurmmmm...maybe time management beliao ini tak teratur. Bonda pon cakap gitu...beliao ini macam masih kanak2...masih xpandai uruskan masa dan kije dengan sistematik. Beliao ini mahu menjadi seperti Bonda yang sangat2 pandai uruskan kerja. Tabikkk la untuk Bondaku yg tersayang ^o^

Hepppp....jangan mengeluh la. Bonda selalu berpesan....apa-apa pun yg kita buat, yang penting hati kita mahu kena mahu ikhlas. Yaaa Bonda...beliao ini akan sentiasa ingat pesan itu. Yesss!!! beliao ini akan teros berSEMANGAT!!!! Jangan mengeluh2 lagik...Bonda cakap mengeluh itu tak baek. Orang yang selalu mengeluh adalah orang yang sentiasa GIVE UP dengan apa yg dia buat. Soooo...SEMANGAT!!!!



Nota kaki:
- kecoh pasal toyol2 di sekolah. Haha..dah tertangkap pon toyol2 tu...hadeiiii
- pakai baju kurung + sport shoe utk jadik pegawai futsal?? tak pe ke??..huhu
- kelaparan tahap gaban~






22 July 2010

Bahas Kedai Kopi

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hujan yg turun bagaikan air mata...

yesss!!! sy suka hujan~

Bagi sy selain dari kerahmatanNya...bila hujan kita akan ketemu KETENANGAN...

Antara perkara yg boleh buat sy hilang dari kekusutan dan kekacauan jiwa adalah membawa diri dalam deraian air hujan. Uishhhhhh...terasa nikmat ketenangan. Tambah-tambah pulak kalau dapat men aci ligan dalam hujan (ini hobi waktu kanak2 la). Sekarang dah tak boleh sebab hujan sekarang pon byk chemical...dah banyak tercemar...huhu~

|banner Minggu Bahasa dan Pusat Sumber|

Minggu ini adalah Minggu Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah. Sy ditugaskan untuk incharge "Bahas Kedai Kopi" bersama mr.kerolz. Ingatkan xde sambutan tapi hakikatnya kanak2 rebina di sekolah ini memang gemar bergadoh mulot..hoho~ Macam-macam aksi pendebat kedai kopi ni...ada jugak yg bertindak agresif. Sikit hari mahunya arwah meja debat tu dek tumbukan padu kanak2 rebina neh..haishhhhhh...keganasan rumah tangga tol.

Esok final Bahas Kedai Kopi. Sy dan mr.kerolz dah plan nak buat kat stage masa assembly...baru nampak gempak..hehe. Jangan lupa saksikan kanak2 rebina 5BJ vs 5BD berdebat ala kedai kopi esok. Rasanya perlu letak meja besi kot esok pagi...risau jugak takut berterabur meja debat yg tidak bersalah itu.

Sekarang diriku berada di rumah cik Imm. Tadi cik Imm banjer nasi ayam penyek..sedappp sangat ^o^. Sekarang mahu buat preparation untuk Minggu Sains dan Matematik pula pada minggu depan. Kali ini sy ditugaskan untuk buat Magic Show ala awesome experiment la gitu. confirm lepasni David Blaine letak jawatan..hahaha. Pastu perlu siapkan dgimik...cadang nak wat volcano time gimik tu. Masih memerlukan idea yg lebih gempak. Sila hulurkan bantuan minda ke sini ^o^




Nota kaki:
- jebat makin bz ng latihan kuatkn stamina terhadapbebiri2 peliharaannya.
- siapkan slide utk buat PEKA sains esok hari.
- cik imm banjer nasi ayam penyekkkk...sodapppp ^o^

17 July 2010

Nakal itu proses Pembelajaran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Awal pagi tadi ada kelas science Tingkatan 2 **. Masok-masok je kelas tengok ada beberapa knk2 rebina yg sudah lesap entah ke mana. Tapi biasalah...sy dah tahu port deme tu. Kalau tak panaskan peparu deme pasti dok lepak2 kat situ. Soo..dengan penuh sopan santun teros sy ke port deme tu..punya la sy kontrol buyik derap sandal puteh itu. Tup..tup..sekali ckg disiplin dah sedia menanti kat situ bersama rotan beliao. Sempat jugak sy menyaksikan drama sebabak bila deme kantoi smoking...aduyaiiii...

Malas nak tengok drama tu...so, sy teros ke kelas utk bersama kanak2 rebina yg lain. Hurmmm...memang terasa cam xde mood nak transfer ilmu kat deme hari ini. Tambah2 pulak otak dok memikirkan apa yang perlu diomongkan pada ibu bapa yg hadir utk amek slip exam anak2 deme...haishhhhhh (sila jgn jdikkan teladan..hihi).
|knk2 rebina ini memang akan membuatkan sy tergelak|

Memandangkan ada 2 masa (80 minit)...tiba2 mulot terasa mahu berkata2...bukan niat di hati utk membebel, tapi sekadar pesanan seorang guru utk anak2 didik.

ticer aan: A, kmu solat subuh tak pagi td?
knk2 rebina A: Ermmm..pagi tadi je x ticer.Tapi sebelom2 ni solat.
ticer aan: Owhh..gitu pulak. Kmu lak B? Solat tak?
knk2 rebina B: tak ticer,,,,pagi td bangun lambat, xsempat nak solat.
ticer aan: Kmu bangun kol bape pagi td?
knk2 rebina B: Kol 6.15am...
ticer aan: Hishhhhh..kan masih sempat utk solat tu.
(knk2 rebina B hanya tersenyum sipu2 kambeng)

Kemudian, sy sempat jugak la bertazkirah sekerat dua..padan muka korang kena cuci td..hik3. Sy teros ke meja knk2 rebina perempuan utk melilau apa yang deme buat. Owhhh..rupanya sedang menghafaz ayat tahiyat akhir dalam solat (mungkin itu ayat hafazan deme kot). Bagus2.... walaupon deme dah translatekan dalam BM, at least deme tetap usaha utk menghafaz ^o^.

Pastu tetiba jek terdetik mahu ajor 1 kelas knk2 rebina ni bacaan2 dalam solat. Mula ajor baca tahiyyat akhir ramai2....ada yg hanya menggerakkan bibir. Tidak apa..sekurang2nya deme masih mencuba.,,betul x? Dari bacaan tahiyyat akhir..banyak lak deme soh sy ajor...doa qunut...ayat qursi. Teros mengajor ayat hafazan sampai la loceng rehat berbunyik dengan penuh istiqamahnya. Tapi masa nganjor tu, ada sorang kanak2 rebina berkata dan cuba utk speaking dengan sy..hehehe:

knk2 rebina C: ticer...i'm very suspect with u.
ticer aan: hah??? suspect?? but why??
(dalam hatiku berkata mesti dak ni konfius antara "suspect' ngan "respect"..hahaha)
knk2 rebina C: because..because...u aaa my choice teacher
(sila baca sebagai "kerana awak adalah guru pilihan sy)

ticer aan: haishhhhh...macam2 la kamu neh. Cepat habiskan doa qunut tu. Ticer mahu dengor!


Alahai...bersama knk2 rebina di kelas ni memang kadang2 menyesakkan nafasku. Macam2 karenah ada....sangat2 nakal. Memang kelas ni dah dicop sebagai kelas dak2 nakal pon. Pernah sy menangis dalam lab disebabkan mereka ini. Gara-gara diri tidak mengawal emosi yang benar2 mengcengkam jiwa dek perangai mereka, sy telah mengaplikasikan teknik2 tumbukan taekwondo ke atas white board....perghhhhh!!! sakit gila beb. Pastu sy leh dengan selambanya patah2kan pen yang berada di genggaman. Memang arwah pen yang tidak berdosa tu sebab badannya terpatah 4 dek perkasanya tangan sy ini..hahaha. Tau deme takot...itu belom bukak taeguk dlm taekwondo yg telah sy pelajari,..hahaha. Senyap sunyi satu kelas.
|kelihan si Johny di sebalik knk2 rebina ini|

Bila difikirkan balik...terasa diri ini terlalu bodoh ngan tindakan tu. Tapi sy juga manusia biasa...bila satu tahap kesabaran kita diuji, apa2 pon boleh berlaku. Tapi harap peristiwa ini sekadar menjadi pengalaman hidup yang akan lebih memantangkan sy utk menjadi seorang CIKGU. Sy tidak mahu menangis disebabkan karenah mereka terhadap sy...NO! Tidak sama sekali. Sy mahu menjadi seorang pendidik yg terbaek ^o^

Tapi kanak2 rebina dari kelas ini lah yg buat sy sayang pada mereka. Mereka memang nakal tahap dewata raya. Tapi bagi sy...nakal adalah satu proses pembelajaran. Cuma sebagai guru, kita perlulah tahu mengawal dan mendidik mereka dengan cara yg betul melalui proses pembelajaran tersebut. Walaupon deme nakal....tapi sekarang deme ini jugaklah yg akan selalu respon dalam kelas bila sy ngajor. Bila deme respon..at least sy tahu yg sy bukan "syok sendirik" mengajor kt depan..hahaha ^o^




Nota kaki:
- happy ***** anniversary to us ^o^
- beliao ini tidak jiwa kacao lagik..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...