20 August 2011

Aishiteru | Zivilia Band


Saya suke sangat-sangat lagu ni. Macam comel jek..hehe


MySpace
~~ Aishiteru ~~





tak tahu nak dedicate lagu ni utk siapa.
Mungkin untuk awak yg jaoh andai masih ingat kat kte...

" ...kimi ga touku ni itemo
kino omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteruyo....Shinjiteruyo ..."

MySpace



17 August 2011

r.i.n.d.u


( mood : sedih teramat sangat )


Hujan yang turun lebat sangat
seakan mengerti betapa sedih dan syahdunya hati ku saat ini
Sungguh aku rindu
Sungguh aku ingin ketemu lagi bersama mu


Mengisi kekosongan jiwa
Memberi sedikit senyuman di bibir
Melapangkan sedikit kekusutan di fikiran
Tatkala penat pulang dari keserabutan ragam anak didik
Ternyata kau penghibur sepi ku
Kau penawar penat ku
Kau pengubat duka ku


Sungguh aku rindu
Rindu sangat-sangat


Norton...
kte rindu awak sangat-sangat
Kte tak tipu..
kte memang rindukan awak
Semalam awak datang dalam mimpi kte
Terasa seakan-akan awak masih bernafas
Mengusap lembut di kaki kte
Bermain bersama jemari kte


Norton...
Andai lah masa ini dapat diundur
Kte sanggop amek cuti sebab nak hantar awak pi klinik
Kte hanya lambat beberapa minit jek
Sehari sebelom awak pergi memang kte nak hantar awak pi klinik
Tapi hari tu kte kelam kabut ngan majlis berbuka puasa kat skolah
Balik-balik dah malam
Kte carik awak...tapi awak xde
Tapi pagi tu kte sempat belai awak
Kte tengok awak muntah-muntah
Kte bagi awak minom...bagi makan...
Semua awak tak nak...
Risau kte kat awak
Tapi kte tak tahu itu tanda-tanda awak akan tinggalkan kte teros


Norton...
Kte xsempat nak bersama awak di saat nafas terakhir awak
Kte xsempat nak cium awak di saat awak masih bernyawa
Maafkan kte awak...
saat ini kte masih menangis
meratap pemergian awak


Sungguh kte rindu awak sangat-sangat
Kte terasa begitu kehilangan bila awak tiada
Kasihan kte tengok Avira...
mesti dia pon sedih sebab awak dah xde


Semoga awak abadi di sana
Harap-harap anak dalam kandungan Avira tu adalah waris awak
Harap-harap waris awak nanti seperti awak
Kte sayang awak sangat-sangat Norton








Norton dalam kenangan [ 2009 - august 2011 ]


Yang merinduimu,
- Tuan Kucen -


Jangan Terlalu Memilih



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

| memiliki dan ingin dimiliki |


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN,
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya

Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…



Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL


Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?



Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?

Kelak, dia akan BERJAUH HATI
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,

Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang

Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI


Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !

MySpace


sumber : akuislam.com

Buat Sahabat yg Terguris Hatinya



| ukhwah itu indah |

Buat sahabat yang terguris hatinya...
Mungkin aku bukan sahabat terbaik mu
Kerna aku betah membuat hati kecil kamu terluka
Mungkin bukan itu niatku
Bukan jua itu pinta dan kemahuan ku
Demi menjaga sekeping hati seorang bernama sahabat


Buat sahabat yang terguris hatinya
Hidup ini bukanlah kejam

Sungguh pon ranjau perjalanan itu terlalu beronak

Percayalah Tuhan sentiasa aturkan yg terbaik utk hambaNya
Yakinlah pada janji Tuhan



Buat sahabat yang terguris hatinya
Andai wadah persahabatan ini

kalamku merangkaikan dusta
Langkah ku mencalarkan luka
Bisikkan hasad merobek hatimu

Susunan jari ku hulurkan

Salam kemaafan ku luahkan


Buat sahabat yang terguris hatinya
di jalan Allah persahabatan ini bukanlah milikku,
dan bukan jua milikmu
persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia
kerana Dialah aku mengenalimu,
dan kerana Dia juga telah menetapkan kau dan aku mengukir kenangan bersama
Sesunguhnya ukhwah itu indah
andai bertemu dan berpisah keranaNya...


Maafkan aku wahai sahabat yang terguris hatinya.....



Nota kaki:
- jiwa kefrustan akibat tak dapat bukak puasa bersama teman2
- belajar sesuatu dari seorang sahabat : " Tak perlu menjaga hati andai nanti lebih menyakitkan hati "
- merindui kasih sayang seseorang..huhu~
- agak beremosi malam ni


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...