06 February 2012

Solat Dhuha

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum ^__^
Jom kita sembang-sembang pasal SOLAT DHUHA.

Dulu pernah jadik pelakon extra untuk drama Ahmad Dhuha. Time tu sekolah darjah 5 kat sklg. Ramai gak dak-dak kelas jadik pelakon...kebanyakkan budak lelaki macam along + arwah mus dan aku sendirik pon dah tak ingat sape watak utama. Yang pastinya watak utama drama ni sorang dak laki sekolah dari Selangor.

Memandangkan lokasi penggambaran adalah di sekolah aku, maka kami budak-budak asrama kena laa jugak berlakon. Alaa..sekadar jadik classmate jek pon. Dapat laa gaji bape hinggit ntah untuk wat belanja..hehe. Yang bestnyer dapat kenal ngan pelakon-pelakon yang kat tv. Time tu kan kanak-kanak rebina..so agak jakun laa jugak..hehe :)

Bukan drama Ahmad Dhuha yang nak dikongsikan, tapi mengenai SOLAT DHUHA. Jom kita amalkan solat sunat ni. Sebelom tu nak kongsi sedikit mengenai solat dhuha yang lemon baca dari buku Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus. Buku ni adalah pemberian daripada seorang sahabat sebagai hadiah besday lemon. Terima kasih sahabat :)

SERBA SEDIKIT MENGENAI SOLAT DHUHA :
  • dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu Zuhur.
  • dikerjakan 2, 4, 6 atau 8 rakaat.
  • lafaz niatnya :
" Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
  • Doa selepas solat Dhuha :

KEBAIKAN SOLAT DHUHA :
  • Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa sahaja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan "
  • Rasulullah bersabda lagi : "solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang memlihara solat Dhuha kecuali orang-orang yang bertaubat"
InsyaAllah..semoga kita mendapat manfaatnya. Apa yang penting adalah nawaitu mestilah IKHLAS kerana Allah ^__^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...