Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam Maulidur Rasul untuk semua umat islam.
Kini kita sedang menyambut kehadiran bulan Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran Nabi junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. Sempena berada dalam bulan Maulidurrasul, maka usaha dalam menjadikan nabi Muhammad sebagai role model dalam setiap aspek kehidupan perlulah digandakan..insyaAllah...
Malam tadi lemon berkesempatan pi ceramah Maulidur Rasul yg dianjurkan oleh pihak masjid al Huda di kampung lemon. Penceramah malam tadi dari Kokdiang..muda lagik, baru 22 tahun. Tapi memang terbaik ceramah dia...lemon tengok orang2 kampung yang mai malam tadi tak henti-henti gelak. Terpaksa laa lemon gelak sopan (tutup mulot), kang takot kena reject ngan macik-macik yg bernawaitu nak jadikan calon menantu..hehe (perasan laa tu :).
Ceramah malam tadi berkisarkan mengenai "Apa tanda cintanya kita pada Nabi Muhammad saw". Banyak cara yang kita boleh buat sebagai tanda kita cintakan Nabi.
Antaranya adalah seperti memperbanyakkan berselawat. Kat mana-mana pun kita boleh berselawat, jangan hanya tunggu berada di masjid sahaja. Tengah drive pon kita boleh berselawat :)
Banyak selawat yang leh kita amalkan, antaranya macam selawat tib @ syifa'. Selawat yang kat bawah ni pon boleh sebab ni yang rasa paling dekat di hati...iramanya pon best, rasa tenang jek. Jom kita berselawat ^__^
Seterusnya, dengan baca sirah Nabi. Lemon ada beli satu buku Edisi Lengkap Riwayat Rasulullah s.a.w yang mengisahkan mengenai sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad dari kecil sehinggalah Baginda wafat. Memang tebal buku ni...harga pon boleh tahan :) Sampai sekarang tak habis-habis baca. Ada sebanyak 1570 muka surat. InsyaAllah, akan habiskan jugak baca buku ni.
| buku ni yang dimaksudkan |
" Selamat Menyambut Maulidur Rasul "
No comments:
Post a Comment