22 December 2011

Alhamdulillah | Saya Lulus INDUKSI


Wahhhh...sangat-sangat terujanya
Dah lama tunggu saat boleh check keputusan induksi

Tadi dapat sms kawan cakap soh tengok result.
Pe lagik..terus bukak dengan gelojohnya.

Alhamdulillah...
Saya lulus kursus induksi SSM Kohort 4 dengan jayanya.

Sila semak di sini


Pasni bila dah dapat surat pengesahan jawatan leh laa kalo rasa nak ubah angin ke sekolah lain.
Sekarang pon dah rasa sedikit kurangnya angin happy kat sini. Maybe sebab impian lemon nak jadik cikgu kimia lom tercapai. Yang lagik frust sebab tahun depan lemon banyak ajor kelas Sejarah dari Science...sangat-sangat sedih !__!

Opsyen lemon kimia n math...tapi sedikit pon mereka tak bagi peluang untuk lemon untuk berkongsi sedikit ilmu ngan anak didik. At least bagi laa lemon ngajor SATU opsyen lemon.
Buat apa lemon belajor kat PASUM pastu amek kimia kt UTM selama 4 tahun...tapi last2 terjun ke Sejarah??

Lemon pon ada target lemon jugak dalam kerjaya yg lemon pilih ni. Orang akan cakap sabar laahhh..tunggu je turn kamu. Tapi lemon pon ada achievement target untuk kerjaya lemon. Tak kan nak tunggu sampi bertahun-tahun baru nak dapat capai target dan impian kita?? Kalau lagik lama tunggu...rasanya lemon akan teros ke bidang Sejarah.

Tahun depan pon still ajor Sejarah Form 3 utk dua kelas...tapi lemon fight gak untuk ngajor Science Form 3 tahun ni. Untuk mencapai target lemon...perlu ada parameter. Dan target pencapaian lemon bukan dalam opsyen Sejarah...sila maklum itu~

Lemon takut suatu hari nanti lemon terus ilang mood nak ngajor Sejarah. Kasihan pada budak-budak nanti. Tengok je lahh peratus lulus Sejarah PMR tahun ni..menurun sedikit. Kalau nak compare ngan tahun lepas, rasanya tahun ni lagik lemon work hard utk naekkan peratus Sejarah...tapi hampa. Mungkin lom rezeki rasanya...atau mungkin salah lemon yg xpandai nak ngajor....sangat-sangat sedih....nak nangis rasa !__!
Tadi pon dah nanges...tak suke! tak suke! tak suke!

Sedikit terubat sebab bilangan B utk kelas lemon ngajor meningkat dari tahun lepas yg lemon ajor. Memandangkan lemon ngajor kelas-kelas belakang, jadik perasaan happy tu tetap ada. Tahniah anak-anak didikku!

Entah lahhh..sampai bila mampu bertahan ngan buat menda yang kita tak suka. Takot nanti jadik kerja yang tak ikhlas..

Sebab tu lemon rasa macam nak pindah sekolah. Nak survey sekolah-sekolah di Perak yang ada kekosongan utk opsyen lemon...insyaAllah..moga-moga Dia permudahkan urusan sy...amin..






Cara Tuntutan Baucar Buku RM200


Bajet 2012 memperuntukkan RM200 untuk setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6.

Wahhh...ok laa tu, nanti kome leh laa wat belanja beli buku..hehe ^__^. Ingat dulu time lemon belajor kena pinjam buku kat library cepat2 sebab xmampu nak beli buku kimia gabak dan mahal tu. Tapi beli jugak sebab nak simpan wat koleksi..hehe. Kebanyakkan buku Math laa yg lemon pinjam kt Perpustakaan Sultanah Zanariah a.k.a PSZ tu ^__^

Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini (sila baca betul2 yer) :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012.

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.


Nota kaki :
*** untuk makluman lanjut, kome boleh klik kat sini >> Portal Rasmi KPT


20 November 2011

Selamat Sampai ke Daratan


Fuhhhh...

Sangat-sangat kepenatan

Kaki rasa kejang-kejang + badan rasa sakit-sakit

Malam tadi pon dah demam + melantak ayam bbq last-last muntah jugak..huhu

Mujur ada panadol cik hunny..tenkiu dear ^o^


Apapon,
Alhamdulillah.....syukur sangat segala perjalanan program Kembara Ilmu berjalan dengan lancar.

Kami semua pon dah selamat sampai ke daratan setelah 3 hari 2 malam berkampung di Pulau Pendidikan, Tasik Banding.

Segala aktiviti kat sana akan diupdate selepas ini sebab sangat-sangat penat...huishhhh ^_^

Tatata ^o^

08 November 2011

Lempeng Abang Kacak

Time cuti deevapali ritu lemon lepak kat rumah my bro kat Klang.
So time ni laa berjalan sakan ngan kawan-kawan. Tak pe..masih bujang kot, time ni laa nak enjoy..hehe.

Yang paling best sebab tak sangka dapat detims ngan adek kecik kitorang (ana). Opsss...called her Dr. Farhana yer ^o^
Sekarang beliao bertugas kt Hospital Selayang.

Rasanya last lemon jumpa Ana ni time habis Form 5 kat mrsm chenderoh. Perghhhh...lama tu beb! Makin cun melecun beliao ^o^

Pastu dicampur sekali ngan cik alyaa yang meriah uolss..hehe. Best dapat golek2 kat umah Cik Alyaa neh..ntah kol bape kitorang tido sebab khusyuk benor bergusip..hehe

Time jumpa ni kitorang lepak kat Mid Valley.
Yang best nyer disebabkan Dr. Ana ni dah ngantok tahap cacing kerawit, jadik alyaa n lemon dipertanggungjawabkan utk mencarik lokasi pengisi perot yang paling best utk tido.

Tadaaaa!!!!

Kitorang berjaya menerjah ke Paddington House of Pancakes ^o^
Perghhh..memang best sebab da bantal IKEA banyak2 kat kerusi. Memang best kalo nak tido teros pon kat situ..hehe.


thanks abg lempeng kacak amekkan pic kami

terpaksa gak carik tempat makan yg ada bantal
gara-gara nak teman ana yang dah ngantuk


cik alya tomey >> thanks yer sudi tumpangkan sy tido umah kamo ^o^

Ana agak gelojoh sebab lapar + ngantok

alyaa busuk yang comey. Bucuk sebab time ni dia baru balik dr kije...hahaha

ni lempeng cik ayaa

tengok tu..gelojoh lagik dak ni..haha

memang best lempeng sy ni ^o^


Percaya Padaku


Percaya Padaku - Ungu


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu


Anugerah HKS Terbaik Peringkat Kebangsaan


Tempat : Hotel Concorde, Shah Alam
Tarikh : 2 hingga 4 November 2011
Program : Majlis Sambutan dan Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah 2011 dan Konvesyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2011


Pada tarikh yang dinyatakan di atas, lemon bersama ngn ckg hizam dan 3 orang students yang merupakan Ahli Lembaga Koop (shamer +jailani + adibah) bergerak ke Shah Alam. Actually lemon just gantikan cikgu yg patotnya pi iaitu Bendahari Koop disebabkan beliao ada hal lain. Thanks kak masyi sebab bagi peluang kat saya untuk mencari dan menyedut pengalaman yang sangat-sangat bernilai.

Day 1 [2 Nov 2011]
  • bertolak ke Shah Alam jam 8.30 am dari smkbt4. Lemon drive sampai laa Hotel Concorde (seksyen 9).
  • check in hotel, dapat tshirt + beg ANGKASA + kupon makan (lemon dapat rumet ngan cikgu dari Jasin dan kL - kak bib dan kak ani).
  • window shopping kat Plaza Alam Sentral + SACC Mall
  • makan Freedo ABC yang best kat seksyen 2.
  • ucapan alu-aluan daripada Puan Hjh. Armi Zainuddin (Naib Presiden ANGKASA)
  • taklimat program.
  • pameran KPKSS dari 14 buah negeri seluruh Malaysia.
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari sekolah-sekolah yang dapat 5 dan 6 bintang tahun lepas

Day 2 [3 Nov 2011]
  • lawatan ke 8 lokasi yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Team koop kita dapat pi lawatan ke Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan kat Petaling Jaya.
  • bergerak ke NKf (National Kidney Foundation Malaysia) bersama 8 lagi sekolah yang lain.
  • aktiviti di NKf >> tayangan video + lawatan ke pusat hemodialisis + teka silang kata + kad dedikasi
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Kota. Perghhh..dasat laa jumlah keuntungan tahunan sebanyak rm800k (memang betul-betul kagum).
  • men bowling kat Plaza Alam Sentral (jailani menang)
  • pengumuman pasukan KPKSS yang dapat masok final (perak + kL + pahang)

Day 3 [4 Nov 2011]
  • sesi pembentangan pengalaman langsung dari SMK Mak Lagam, Terengganu. Pasukan ni yang menang Johan KPKSS peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Produk deme adalah CENDAWAN TIRAM.
  • sesi pembentangan akhir (finalis KPKSS)
  • majlis bermula dengan ketibaan YB Menteri KPDNKK (YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob)
  • ucapan aluan daripada Presiden ANGKASA (Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Haji Mohd Ali Haji Baharum) serta ucapan penutupan oleh YB Menteri KPDNKK
  • persembahan Choral Speaking dari Koperasi SMK Gombak Setia.
  • Penyampaian Hadiah (HKS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Dr. Burhanuddin Taiping + KPKSS Terbaik dimenangi oleh Koperasi SMK Muadzam Shah)
TAHNIAH untuk semua koperasi seluruh Malaysia !!!


TAHNIAH diucapkan kepada team Koperasi SMK Batu 4 Gerik Berhad!!!
Walaupon koop kita tak menang sekolah 5 bintang tapi lemon rasa ini adalah satu langkah ke arah menjadikan koop kita yang terbaik. Percaya atau tidak dalam masa 2 tahun, koop kita mampu berdiri sama tinggi dengan koop-koop yang telah lain yang lebih lama mencuba untuk mendapat Anugerah HKS Terbaik. TAHNIAH !!!

Rumah Cat Baru


Tadaaaa!!!!
Selamat Pagi Sayang-sayangku ^o^

Ermmm...perasan tak teratak lemon kunen ni dah bertukor wajah.

Nampak lagik simple dan macam lemon ni makin matang jek..hik3
(sila akui itu).

Yela..kalau kome pasan sebelom ni kat blog title lemon tu penuh ngan kanak2 rebina yang
muka penuh keceriaan..hehe. Sekarang kanak2 rebina tu semua lemon dah bagi balik kat parents deme..pinjam sat je pon..huhu.

| pasti rindukan knk2 rebina |

Hari tu dapat komen dari kawan...beliao cakap yang blog lemon ni macam kanak2 rebina.
Hurm..betol laa cakap beliao..macam tak melambangkan yang lemon ni sorang 'cikgu'.

Tapi lemon memang seoarang teacher yang sentiasa happy ^o^

It's ok...komen yang mempositifkan diri. So inilah hasilnya setelah dicat dan direnovate malam tadi.

Sila komen ^o^

31 October 2011

Meng'google' Spek Mata yang Hilang

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entri ni untuk siapa-siapa yang sering alami MASALAH yang sama macam lemon.

Untuk siapa-siapa yang pernah memakai spek mata (confirm2 laa kome rabun). Ni lemon nak tanya penah tak kome rasa tensen serabut rasa nak geget jek telinga kucen jiran kome bila berhadapan dengan masalah HILANG SPEK MATA ???

Kepada perabun-perabun tegar macam lemon ni harus laa akan bernawaitu untuk berperasaan sedemikian. Sangat-sangat tensen bila spek hilang. Sebenarnya tak hilang ke mana pon...dah nama pon asek pelupa (ni mesti kes lemon asek tertelan kepala semot jek ni)...Tak tau campak ke mana spek.

Kalau lahh spek hilang leh misscalled jek camtu kan best? Tak de lahhh lemon penen-penen kambeng nak mencarik dalam keadaan bola mata yang agak memanjang serta kornea yg kurang melengkung ataupon senang cakap RABUN JAUH (short-sightedness). Tapi jangan salah anggap yer rabun ni bukan sejenis KECACATAN tau..so lemon normal ^o^. Kalau nak tahu rabun jaoh ni adalah disebabkan bola mata orang tu memanjang berbanding yg normal. Jadik bila bola mata memanjang macam bola ragbi maka imej akan terhasil di hadapan retina. So, penglihatan akan kurang jelas bila melihat objek yg jaoh. Sekali lagi diingatkan bukan CACAT yer...itu adalah ralat pada bentuk mata.

Cer tengok kat sini untuk faham macam mana rupanya RABUN JAUH ni :



Tapi lagik BEST bila internet di hujung jari. Ye laa..sekarang ni semua menda nak wat guna tenet...sistem segala bagai...nak key in markah students pon dah canggih sebab dah guna
Zoom-A ngan SAPS. Ermmm..jadik bila anda kehilangan spek mata leh laa kot wat macam kat bawah ni. Terasa nak google jek macam ni :

w.a.i.t.i.n.g


22 October 2011

Indahnya Hujan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Di luar masih hujan yang mencurah-curah.
Saya sukakan hujan...terasa mendapat sebuah KETENANGAN apabila melihat dan mendengor tempo hujan yang merintik membasahi Bumi Allah....subhanallah~

| sy sukakan hujan |

Terasa satu PERASAAN yang sungguh mendamaikan apabila dapat melihat hujan yang turun.

SUBHANALLAH, itulah rahmat Mu Ya Allah...
Sesungguhnya aku amat bersyukur atas segala macam rahmat yang Kau kurniakan kepada hamba Mu.

“Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)



Jadi seharusnya kita bersyukur dengan pemberianNya. Bayangkan kalau tiada hujan...hurmmmm T__T



nota kaki:
- sedang packing barang utk ke Hotel concorde, sh Alam
- merindui qaseh T__T


16 October 2011

Saya Dapat Ni, Kome Ada ???

Tarikh : 15 Oktober 2011
Lokasi : Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsor

Ini hasil request cik asi yang nak tengok sangat 'buah tangan' yang lemon dapat sempena pi Majlis Penerangan Perdana tersebot. Time ni lemon tertinggal enset kat dalam kete sebab terkejot bila abang pulis tu soh parking depan sikit sebab ganggu jalan. So ini semua dari enset cik izz yang telah dibluetoothkan ke enset lemon..hehe.

Tapi yang kat bawah ni lemon tak amek pon sebab nak chow awal-awal..kang kantoi lak ngan abang pulis yang dok rayau-rayau kat luor tu. Actually banyak lagik risalah-risalah dalam ni, tapi segan nak snap banyak-banyak. Yang lemon ngan cik izz amek just klip 1 Malaysia tu jek sebab kicik senang nak letak dalam handbag.

| paper bag |

| kat surat xde pon tulis anjuran sape |

| buku |

| buku lagik |

| yang buku kicik lemon amek |

Actually lemon ni bukan laa anti mana-mana parti pon. Tapi lemon tak suke politik-politik ni. Orang maybe akan pangkah lemon ngan cakap macam ni :

" owhhh...gaji nak naek lebih, ceramah macam ni xnak dengor lak "


Serius wehh..kalo tahu pasal ni..confirm awal-awal lagik tak pi. Dah janji nak wat tuisyen ngan knk2 rebina...Peperiksaan Akhir Tahun isnin ni je pon. Kenapa selalo persoalkan soal gaji cikgu ni?? Tak mendengar ceramah politik 'mereka' tak bermakna lemon ni tak hargai pe yang deme nak bagi. Lebih baek lemon fokuskan nak bantu tingkatkan kecemerlangan anak2 didik..itu pon salah satu usaha nak martabatkan sistem pendidikan di negara kita. Tidak dikira membantu menyahut seruan kerajaan kah??

Tak kesah pe orang nak cakap, setiap orang ada pendapat masing-masing. Sebab dari slot-slot yang ada dalam tentatif tu macam dah lain kiranya. Sekian....


Jalan Jalan Cari Pasal

Sebenarnya bukan lemon yang carik pasal tapi hakikatnya 'mereka' yang cari pasal ng lemon,,huh! Haruslahhhh lemon rasa nak cari pasal balik ngan deme...hambekkk ko!

Gara-gara x puas hati ditipu utk mendengor ceramah politik, so lemon dan cik izz blah dari dewan macam tu jek. Time tu wartawan ngan nak serbu masok dewan...lemon gagahi jua meredah mereka untuk keluar dewan. Tak sanggop rasanya nak dengor ceramah politik segala bagai macam ni. Ini tak bermaksud yang lemon ni anti kerajaan..noooo lah~

Hakikatnya lemon memang xminat politik2 neh. Lebih baek lemon TAK batalkan tusyen dari datang jaoh-jaoh semata nak dengor menda-menda macam ni....plissss!!! Yelaa..lebih baek kita berusaha untuk kecemerlangan anak-anak didik...spending my day dengan tusyen science untuk knk2 rebina tu.

Jadik untuk mengubat kebengangan tersebut maka lemon ngan cik izz detims laa kat kuala kangsor neh..best2 ^o^. Best mengskudeng telatah anak-anak kecil bermain-main kat taman ni. Jom lihat apa yang lemon dan cik izz buat :

| lemon wat silang kata volume 4 |

| cik izz khusyuk ngadap sudoku |

| maen see-saw |

| maen see-saw |

| labu sayong |

| laksa kuale...nyummi |

| cendol kacang + jagung |

| rojak buah |

Thanks so much utk cik izz yang baek hati menjadik peneman lemon. Pasni kota detims lagik yer..hehe ^o^

| sila pusingkan kepala anda |

bersama Spek Hitamnya

Tarikh : 15 Oktober 2011
Lokasi : Taman Rekriasi Kuala Kangsar (tepi Sungai Perak)

Hari ni lemon excited nak try pakai contact lens kaler brown yang baru dibeli dari cik fir. Ini first time nak try pakai yang kaler-kaler. Sebelom ni lemon pakai yg colourless tu jek tapi xnampak pon macam pakai lens sebab mata hitam lemon besor bak kata deme..haha ^o^

Ini pon pakai time nak pi Majlis Penerangan Perdana yang tertipu tertipah tu..huh~ Actually time nak pi umah cik izz tu lemon silap amek bekas yang ada lens kaler brown tu. So nak tak nak pagi tu kena laa jugak pakai lens yang berkenaan.

Tapi serius xtahan lens ni ngan cuaca panas...rasa pedih-pedih sehingga mencucuk-cucuk ke kornea. Mujur ada spek hitam rupa mata kamen rider ni dalam kete...so, pakai laa spek hitam ni utk elakkan kepedihan dek radiation of sunlight. Time ni ngah syiok2 detims ngan cik izz ni.





Kelasssss kau lemon..hahaha

RINDU dan BENCI



Cikgu : RINDU ?

Rindu : Hadir Cikgu

Cikgu : Benci ?

Benci : Saya !

Cikgu : KASIH ?

Murid2 : Tak Hadir Cikgu

Cikgu : SAYANG ?

Murid2 : Sakit Cikgu

Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?

RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu

Cikgu : Kenapa ?

Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH n SAYANG......♥





Nota kaki :
- untung laa orang tu dapat tido dalam kelambu
- dapat sms bunga2 chenta dari incik kekasehati

Saya Suka Meja Saya

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entri kali ni lemon nak kesahkan pasal KEBAIKAN mempunyai meja yang COMEL dan KEMAS di tempat kerja a.k.a bilik guru sekolah lemon ngajor laa.

Semua orang akan SETUJU kot ngan statement lemon di bawah :

" Meja yg kemas di tempat kerja akan menjaminkan bertambahnya SEMANGAT yang membuak2 ke ladang gandum untuk lebih konsisten bekerja tanpa STRESS "

PERCAYA atau TIDAK???

Tapi itu laaa hakikat. Kome suka ke kalo nak kije dalam meja yang sepah-sepah. Seriously tak nak kan? Ini kalo semot sesat nak lepak2 pon rasa segan2 sebab serabut benor nengok...haha.

so dengan penuh rasa rendah hati (nak eksen sebenarnya)..lemon nak tunjukkan meja lemon yg agak comey laaa..hehe ^o^

| terselit lesson plan di situ |

| cawan lemon comel je kan...sila akui itu |

| ini meja ticer lemon |

Tapi standard laa bila wat kije sepah-sepah jugak meja tu. Kalau tak sepah bukan wat kije namanya..hehe. Tapi papepon dinasihatkan before nak start wat kije haruslah dikemaskan terlebih dahulu meja kome supaya MOOD baek tu datang tanpa dipaksa-paksa ^o^

13 October 2011

| Being Happy |



" Being HAPPY doesn't mean that EVERYTHING is PERFECT.
It means that you've decided to LOOK beyond the IMPERFECTIONS "


| Lappy Lemon Dah Sihat |


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


AUCAKKK ^O^
Wahhhh....rasanya dah lama tak update blog kat sini
Sebelom ni buzy nak siapkan blog utk Unit Bimbingan & Kaunseling utk kaunselor skolah lemon.
So far dah siap laa..kira sedap laa mata kuyu kome nak memandang..hehe.

Kalau rasa nak godek2 blog tu leh laa click link kat bawah neh :



Hari ini lemon rasa kegembiraan tahap gaban. Ini kalau gaban tu masih wujud pon tak mungkin akan sehappy lemon pada hari ini...hehe.

(sila golek2 kegembiraan bersama...oyeahhhh)

| penuh kegembiraan |

Sebenarnya hari ini lemon dah diketemukan kembali ngan cinta hati lemon...yesss!! my lappy lorh ^o^
Dah kerinduan mengalahkan rindu kat jebat lagik..hahaha.
Thanks yer kepada si penyembuh lappy saya =)

So dengan adanya lappy yang sudah berwajah baru, lemon janji akan jaga lappy ni lebih baek. Hope soo..huhu

| senyum tak perlu kata apa-apa|

Sepanjang ketiadaan lappy ni lemon guna netbook 1 Malaysia kepunyaan adek lemon. Pastu leh lak knk2 rebina ni tanya "ticer pinjam netbook sape yer"

Hadeiiii..per leh wat deme pon ada netbook yg sama.
Huh~
Mencik tol bila ada yang sama2 ni...lemon kan suka lebih2..haha (siyes berlagak)



07 October 2011

| Saya Kenal Sayang Saya |


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

" Saya kenal sayang saya "



Hati lemon mula berbunga-bunga cengkih...hahaha =)


| Bosan =( |


Setelah beberapa hari tak jenguk kanak2 rebina ni, hati kecil ini tertanya-tanya...rindukah mereka pada cikgu mereka yang sorang neh?? Atau lebih gembira kerna xperlu menadah telinga mendengor suara lemon yg berfrekuensi tinggi ni...bape Giga Heartz ntah..hoho~

Awal-awal pagi lagik da kelas di Makmal Sains, mencuba untuk menghabiskan silibus Science Form 2 dengan sisa-sisa hari yang masih berbaki sebelom Peperiksaan Akhir Tahun ni. Final exam start 17 oktober ni ikot jadual...hadeiiiii...sempat kah cikgu lemon oiiii??? Nasib baik dah last chapter : Simple Machine...harap-harap sempat laa habiskan..huhu.

Habis jek skolah tadi, sambil berlari-lari penuh kecomelan menuju ke kete lemon yg ensem tu..tiba-tiba dapat call dari jebat. Lama gak xborak lama-lama ngan beliao...al maklum laa...beliao tersangat-sangat laahh busy ngan life dia kt u tu..huhu. Sian jebat..selsema laa pulak. Itu pon da hati nak pi detims ngan orang laen wiken ni...debik kangg!! Papepon semoga awak cepat sembuh yer...nanti dah baek selsema..leh laa awk detims makan eskem ngan deme..huhu.

Agak kebosanan hari ni. Rasa xde mood sangat-sangat. Ni antara aktiviti yang lemon wat pas balik skolah tadi :

  • mandikan kucen (Avira + Toi + Hotlink + Digi) yang ternyata sudah busuk dan comot..wekk!! alahaiiiii...syampoo deme dah nak bis. Kang ada gak lemon rendam deme ngan sabun basuh ni..haha.
  • tengok tv...kononnya bernawaitu nak dengor bajet 2012 (hape kes tibe2 lemon minat nak ngadap mende2 ni). Siyes bosan tahap tempe basi...lemon tunggu summary dia je lah..hahaha.
  • akibat bosan tadi ngadap bajek 2012...layan laa channel 610..Backyard Science (feveret lemon ni).

Malam ni xtau nak watpe. Serius!!! sangat-sangat bosan....huwaaaaa!!!



03 October 2011

Kejam | Bayi dalam Perigi

Tadi sambil tengok2 tv tadi lemon belek2 surat khabar hari ini. Dah memang menjadi rutin harian akan membaca newspaper malam2.

Muka depan kosmo hari ini dah wat hati lemon membuak-buak kemarahan. Yesss!!! Sangattttt marah!!!!

KEJAMMMMMM!!!!! MySpace

Manusia berhati apa laa macam ni. Sanggop ko buang anak yang tak berdosa dalam perigi macam tu jek. Kalo rasa tak nak sangat anak tu pon...buang laa kat depan pintu rumah orang. Cuba laa berhati perot sikit. Jangan laa suka hati men campak anak2 yang tak berdosa tu macam tu jek!!!

Sesungguhnya anak2 itu tak berdosa....kasihanilah mereka wahai ibu-ibu yang tak punya hati kemanusiaan.

Nak tahu lebih lanjut, sila baca berita yg lemon sedut dari myMetro :


KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi perempuan yang ditemui di dalam perigi.

KOTA BHARU: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat bukan saja dihumban ke dalam perigi sedalam lima meter, malah disumbat di dalam beg sebelum ditemui di kawasan kebun getah, Kampung Belimbing dekat Limbat, di sini, pagi semalam.

Mayat bayi yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditemui pada jam 8 pagi oleh seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lunik, 64, sebelum dia menghubungi polis.


Menurut Tuan Mat, dia dan isterinya, Siti Fatimah Awang, 60, seperti biasa mahu memulakan kerja menoreh getah di kebun mereka.

Katanya, ketika mahu mengambil air di sebuah perigi , dia ternampak sebuah beg sebelum menaikkan beg itu menggunakan galah.


“Saya buka beg itu sedikit dan terkejut apabila ternampak muka bayi. Saya terus memaklumkan kepada penghulu kampung, Zakaria Awang Teh sebelum menghubungi polis,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tiba di tempat kejadian pada jam 10 pagi dan bayi itu dipercayai dilahirkan antara dua hingga tiga hari lalu.

Katanya, polis turut menemui sebuah bungkusan berisi pakaian dalam wanita dan kain tuala dipenuhi darah yang ditinggalkan kira-kira 20 meter dari perigi berkenaan.


“Mayat bayi ditemui cukup sifat itu dicampak ke dalam perigi. Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Jalaluddin, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis dengan segera bagi membantu siasatan,” katanya.


Insaf-insaflah woitttt MySpace

| Resipi Puding Laici Gula Hangus |


Hai semua !!!
Bertemu lagik kome ngan Chef Lemon yg comot
Sekarang kita dalam Rancangan " KETUK-KETUK LEMON KETAMPI "
hehe =)

Hari ni Chef Lemon terasa baek hati nak share satu resipi yang sangat simple tapi menyelerakan sehingga menjilat siku (kome agak2 laa kalu sampai dah tahap jilat siku tu)

Tadaaaaa!!!!!

Ini dia resipi yang Chef Lemon nak kongsikan iaitu :

PUDING LAICI GULA HANGUS

| dijamin sedap bila dimakan ketika sejuk |


BAHAN-BAHANNYA:
> 1 tin laici
> 1 tin susu cair
> sebungkus agar-agar serbuk (25gram)
> 3/4 cawan gula
> 5 cawan air


CARA MEMBUATNYA :
1. Didihkan air dengan serbuk agar-agar sehingga mendidih (sambil kacau).
2. Setelah mendidih, masukkan gula dan kacau.
3. Asingkan laici dan kuah laici. Ambil separuh buah laici dan blender dengan sedikit kuahnya.
4. Setelah gula cair, masukkan laici yang telah diblender dan kuah laici ke dalamnya.
5. Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.
6. Tutup api dan sambil tu wat laa gula hangus
(gula 3/4 cwn dipanaskan atas kuali dengan api sederhana)
7. Tuangkan gula hangus dulu dalam acuan dan diikuti puding yang telah dididihkan tadi.
8. Pastu tabur laici yang separuh lagi (hiris kecil-kecil) atas puding tadi.
9. Simpan dalam peti dan dimakan ketika sejuk...nyummi ^o^

MySpace
" SELAMAT MENCUBA RESIPI CHEF LEMON "



| Taklimat PMR 2011 |


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

MySpace
Hujan turun dengan lebatnya pagi tadi
Dari semalam hujan rasanya..tapi dah stop rasanya
Pastu tadi tengah syiok2 lemon dok ngadap cermin betulkn tudung lemon yg comot neh.....
MySpace
Hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum (eh..sejak bila incik Abah bukak ladang gandum kt belakang umah ni).
Sah-sah laa xde assembly pagi ni..hujan kot~

Disebabkan tiada assembly..so guru kelas kena laa masok.
Lemon wat sket pengurusan kelas memandangkan ini kelas tingkatan 3,
so tak mo laa deme tensen pape utk exam sok.
Hari sorang jek xmai skol...bagus =)

Selasai setelkan hutang tertunggak iaitu hamper bagi pemenang pop quiz berkumpulan ritu.
Mak aiihhhh..berebot-rebot deme neh kutip makanan dalam hamper lemon bagi.
Seb bek tak rabak paper bag lemon yg comey itu.

Pastu teros ke SMK Bersia (Felda) untuk sesi taklimat pengawas PMR.
Dah lama gila x pi sana..siyes!! lemon dah lupe jalan ke skolah itu.
Mengikot cakap cikgu asi (ckg yg tengah ngajor kt skol tu la)
Sampai jek traficlight teros belok simpang kiri n teros sampai jumpa skol ni depan tu.
Dengor macam sekangkang kera jek jaraknyer.

Sekali masok...mak aihhhh..leh sesat camni. Tanpa segan silu lemon wat2 la peramah bertanyakan arah ke skolah tersebot. Mula-mula jumpa ngan abang penoreh getah..sian abang neh..lemon tahan motor dia time dia ngah best2 rempit nak pi kebun..huhu.

cg lemon : abang..tumpang tanya yer. SMK Bersia kat mana yer?

abg noreh : Er...xjaoh dah..dekat jek...hang terosss jek pastu belok kanan.

cg lemon : owhh..dekat je eh dari sini?

abg noreh : Ha..ah..dekat jek. Depan tu jek..


Berbekalkan arahan yg kurang jelas dari abang itu, lemon meneroskan perjalanan. Tapi drive punya drive sambil jegil2 mata takot terlepas signboard..tak sampai2 la jugak. Last2 sampai jumpa skol rendah..tapi sebelah kiri. Rasanya abang tadi ckp belah kanan....hadeiiii =(

Seb bek da macik manis berpayung lalu kat situ. Mesti dia baru balik beli nasi lemak untuk sarapan pagi..hehe. Arahan yg diberikan pon lebih kurang macam abang noreh tadi.

Dan..

Akhirnya kesampaian jugak lemon ke tempat yang ingin ditujui. Terima kasih kepada penduduk2 kampung yang baek hati tunjukkan arah...hehe. (maaf la..kete lemon xde GPS..sobbss..sobss...).

| yg dekat macam ni pon leh sesat |

Usai taklimat PMR, kitorang semua pi ke dewan..wat2 laa check2 pape yg patot.
Then Ketua Pengawas belanja makan mee bandung..nyummmi ^O^

Esok perlu memulakan tugas sebagai Pengawas Peperiksaan PMR 2011.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi wahai ckgu2 pengawas yer..hehe



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...