04 August 2011

03 Ramadhan | aura cinta



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Hurmmm...
cer tengok tajuk entri kali neh..macam jiwang jek kan..hahaha
Lemon ni kategori jiwang ker???

MySpace

Ohhh..no lahhhh~~

Actually itu novel yang ngah lemon baca skang.
Dah lama gila xngadap menda2 yang berunsurkan jiwang macam ni.
Haishhhh..pekejadahnyer tiba2 lemon boleh tergerak hati nak layan novel camni...hik3

Zaman belajar dulu memang lemon adalah peminat novel-novel Alaf 21. Tapi lemon lebih suka karya Ramlee Awang Mursyid sebab tulisan beliao lebih best..jalan cerita yang thriller...yang wat kte rasa nak tahu ending dia. Memang kemaruk sangat-sangat ng novel karya RAM ni.

MySpace

First time kenal novel ni masa kena PLKN kat Kisana Beach Resort, Tok Bali. Kawan sebelah kawan hantu novel...seb bek dia bawak banyak novel2..leh laa biskan masa summer camp ngan ngadap mende neh. Pastu tros jatuh cinta ngan novel thriller macam ni. Antara novel-novel tulisan RAM yang pernah dibaca : ADAM, Tombiruo, Semangat Hutan, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hatiku di Harajuku, Ungu Karmila, Mandatori, Ranggau, Rahsia Perindu.

Tapi sayang..semua novel ni hanya pinjaman bukan dibeli sendrik..hehe. Kan best if dapat kumpul semua novel2 RAM ni..huhu...ngidam laa neh,,,,
MySpace

Ehh...bukan novel RAM yang lemon nk stori. Tapi ni pasal novel Aura Cinta karya Aina Emir. Novel ni pon lemon pinjam dari cg asi..hehe.

| Aura Cinta ~ Aina Emir |


Ikuti sinopsis Aura Cinta :


Aura Cinta mengisahkan tentang seorang lelaki melayu yang tegap lagi tinggi bernama Azraai yang melibatkan diri dalam bidang pembikinan filem dokumentari. Dia membuka Syarikat bersama rakan kongsinya, Khairul yang juga merupakan adik iparnya.

Semasa menjalankan pengambaran di salah satu lokasi, dia bertemu dengan Aisya Hanan, anak kepada Cikgu Sally yang mengajar di Pos Betau. Gadis genit yang tinggal di kawasan pedalaman bersama kelompok Orang Asli. Azraai menganggap Aisya adalah seorang gadis yang pelik perangainya. Namun, dalam masa yang sama dia rasa tercabar dengan gadis itu.

Azraai keliru dengan situasi itu. Mindanya sering mengingati Aisya tetapi, dalam pada masa yang sama dia adalah tunangan Nurbaiti, gadis yang cantik lagi bijak. Meskipun, dia tidak mencintai Nurbaiti tetapi Nurbaiti adalah pilihan ibunya dan gadis itu sudah lama taat menantinya. Malah, Nurbaiti juga mempunyai pakej yang lengkap sebagai calon isteri.

Keadaan bertambah rumit bila mengetahui bahawa Cikgu Sally merupakan isteri kedua Johari Adnan iaitu, bapa kepada Khairul. Dan Khairul bertindak memburu Cikgu Sally bagi mendapatkan 'sesuatu' yang didakwa telah dilarikan Cikgu Sally dari keluarganya.

Aisya dan ibunya menyembunyi diri dari dikesan Khairul. Dan Azraai bertindak sebagai 'hero' dengan melindungi Aisya. Dan tanpa diduga Khairul membocorkan rahsia Azraai kepada Aisya. Aisya rasa tertipu dan menyangka Azraai hanya mahu mempermainkannya.

Aisya membawa diri ke Belgium. Kebetulan, dia diundang menjadi pelukis jemputan di galeri milik pelukis Belgium. Di sana dia bertemu Serhan Aydin, seorang pemuda berketurunan Turki yang beragama Islam. Serhan begitu pandai menghiburnya. Namun, bukan senang mengikis nama Azraai yang terpahat kukuh di sanubarinya.

Sekembalinya dari Belgium dia dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Bapanya sakit kuat dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Azraai datang semula dan memujuknya kembali kepadanya. Namun, ditolak Aisya. Kemudian, Aisya membawa ibunya pulang ke Kampung Merah.

Apakah tindakan Azraai? Adakah dia terus memujuk Aisya untuk bersamanya semula atau pun dia meneruskan sahaja rancangan perkahwinannya dengan Nurbaiti?


Kesudahannya???
Ohhh.,,itu kena baca sendirik laa
Ni pon lemon lom biskan lagik
so lemon pon lom tau ending citer neh..



" SELAMAT BERBUKA PUASA "


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...