Alhamdulillah...
Diri kerdil ini masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di Bumi Nya
Masih diberi kelapangan untuk menunaikan kehendakNya
Terima kasih Ya Allah...
Bangun pagi-pagi tadi rasa kesejukkan tahap gaban
Rupanya Dia turunkan hujan yang telah lama tidak membasahi tanah di sini
Terima kasih Ya Allah..
Rasa macam nak tido balik jek..huhu
Dapat lak pelok bantal golek kat sebelah
Memang lena laa lemon tido nanti..hehe
Jenguk-jenguk kat dapur kelihatan Bonda sedang mengopek petai yang gemok lagi gebu itu
Owh..sudah pasti ini mesti nak buat sambal petai kegemaran incik Abah
Lemon paling suka part dapat mengopek isi petai dari kulitnya
Dapat pulak yang isi petai gemok-gemok macam ni
Memang best laaa ^^
Meh chef lemon nak kongsi macam mana nak buat SAMBAL PETAI IKAN BILIS versi Bonda :
Mula-mula amek cili 7 biji + bawang merah 3 biji + bawang putih 3 biji + sedikit garam + sedikit belacan
Bahan-bahan tadi ditumbuk halus menggunakan lesung batu warisan Bonda.
Sebiji bawang besar - ini perlu dimayam.
Lepas tu kopek ikan bilis dalam segenggam tabah dan juga
santan yang telah diperah dengan penuh kasih sayang
Ok. kemudian, lemon tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk halus tadi dengan api sederhana.
Bila dah agak-agak dah naik bau yang macam best tu, masukkan sedikit santan dan kacau dengan sopan santun ^^
Next, masukkan isi petai yang dah dikopek tadi dan kacau.
Masukkan dalam 2 keping asam keping untuk penambah perasa.
Selepas itu, masukkan ikan bilis dan juga santan yang selebihnya. Kalau nak goreng dulu ikan bilis pon ok..tapi tak perlu laa garing-garing sangat. Dan kacau sekali sekala jek dengan api kecil..jangan asek kacau jek. Setelah pecah minyak, kiranya sudah masak laa sambal petai ni.
Sudah siap untuk dihidangkan..nyummi.. ^^
Perghhh..dapat makan nasi panas ngan sambal petai ni di kala hujan mencurah-curah memang terbaek lahhhh ^^
Jemput makan semua...
No comments:
Post a Comment