12 March 2013

buletin | edisi komik part #1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Yang ni antara cebisan buletin edisi Januari untuk slot komik.
Untuk bulan Februari lemon belom sempat nak publish memandangkan kesibukan tahap dewata raya.
cikgu-cikgu dan sudents pon dah asyik bertanya..hadeiiii..sedih sekali ok :(
Macam-macam dugaan...

Faham-faham je laa bila dah start kuliah ni..nak rehatkan diri bersama family pon x sempat.
Tapi..nak tak nak kena kuat semangat juga kan ^^
Semangat cikgu lemon !!!!!


Buku Program | Edisi Mesyuarat Agung PIBG 2013

Tadaaaa ^^
Saje nak tayang buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13
Actually, my lappy meragam...habis semua mende xsempat nak diselamatkan termasuklah my proposal...huwaaaa!!!
Ni pon pakai netbook 1 Malaysia sekolah punya..mujur jadik orang ICT..leh laa kidnap bawak balik umah..hoho (gelak jahat di situ)

[ front page + back page ]

[ page 2 + page 7 ]

[ page 3 + page 6 ]

[ page 4 + page 5 ]

Ok, orang PPD dah mintak brochur sekolah. Nak before isnin ni (18 Mac 2013), so untung mudahkan kije yang sememangnya berlambak-lambak, lemon edit je laa dari design ni..hoho


07 February 2013

k.e.n.a.n.g.a.n

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kenapa perlu hadirkan rasa ini
Kenapa perlu titipkan perasaan sekumit ini
Di saat aku benar-benar ingin melupakan
Di saat dia sudah jauh dari hati aku

Namun
Mana mungkin aku menolak hadirnya kenangan-kenangan 
antara aku dan dia
Aku tak kan pernah bisa melupakan
Sedikit pun tak kan pernah
Walau dia jauh dari kisah hidup aku kini
Walau senyuman dan gelak tawa dia bukan milik aku lagi
Aku masih punya kenangan bersama dia
Kenangan seorang sahabat...

Terima kasih sahabat
Terima kasih untuk kenangan yang sementara ini
Terima kasih kerna masih menganggap aku dan kamu adalah sahabat...
Terima kasih...


04 February 2013

Terima Kasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah...
Terima Kasih Ya Allah
Terima kasih atas nikmat dan rezeki yang telah Kau kurniakan ini
Aku bersyukur pada Mu Ya Allah
Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar
Engkau Maha Mendengar segala rintihan hamba Mu ini
Terima kasih Ya Allah...

********************************************

Baru check result tadi,
Tak sangka sangat-sangat
Bila menatap bait-bait angka di slip exam aku
Satu permulaan langkah yang baik
Menjerit kegirangan aku sambil berlari mendapatkan Abah dan Bonda
Lantas aku pelok mereka erat-erat
Terima kasih Bonda
Terima kasih Abah
Terima kasih kerna lidah kalian tidak pernah putus-putus berdoa untuk anakmu ini
Terima kasih...

Terbalas jua perjuangan aku selama ini
Memang penat kembali menjadi student dalam masa yang sama menjadi pendidik
Aku pernah menjadi insan yang 'stress'
Aku pernah menangis kerna rasa tidak kuat untuk teruskan
Tapi aku insan yang dahagakan ilmu
Aku yakin janji Allah
Allah mendengar rintihan aku
Terima kasih Ya Allah..

Semoga sem depan akan menyuntik semangat yang baru
Untuk aku terus berjaya dalam perjuangan ini
Terima kasih sahabat-sahabatku


Untuk awak,
Terima kasih untuk segala sokongan dan suntikan semangat dari awak
Terima kasih untuk gelak tawa yang awak berikan di saat saya sedang stress
Terima kasih awak..



PNG : 3.92 :) Alhamdulillah...

Mereka yang buta

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Sakit,

Pedih,

Hati seakan mahu memberontak
Tapi siapa aku untuk menidakkan segala keputusan mereka
Siapa aku untuk mengatakan "tidak"
Tapi hakikatnya mereka mana mungkin faham
Sebab
Andai mereka faham
Tak kan sebegini mereka akan buat pada aku

Aku tahu aku orang bawahan
tapi tak bermakna mereka boleh membuli aku
tak bererti mereka dengan ketawa songsang menghumbankan aku dengan itu ini
Aku juga punya hati perasaan
Aku juga ada tahap kemampuan
Aku juga tahu erti penat dan tekanan

Buat "mereka" yang buta,
Berhentilah menjadi orang atasan yang tiada perikemanusian
Kalian dulu juga pernah berada di tempat aku berada sekarang
Jangan terlalu ego dan sombong dengan apa yang kalian ada hari ini
Sebab kita semua adalah hambaNya yang sama
Bukan jawatan dan pangkat yang membezakan kita
Bukan nilai gaji yang diambil kira

Mengertilah....
Kerna aku juga manusia biasa
Bukan manusia bionik seperti kalian fikirkan
Salah kah aku untuk merasa sedikit keadilan dalam karier yang aku sayang ini?
Salah kah aku???


Yang benar,
- insan yang sudah penat -

02 February 2013

Caiyok!!!!


Kesayangan Saya

Mereka berdua ini adalah kesayangan saya.
 Aunty sayang kamu berdua sangat-sangat!

'Aina Nur Maisarah
Aimi Nur Zahirah








Kalau betul-betul cinta


Kalau betul-betul cinta,
mustahil kita ajak orang yang kita cinta buat dosa,
Sebab...
kalau betul-betul cinta,
kita mesti nak bawa dia ke syurgaNya :)


12 January 2013

Si Gadis yang Degil


Ya,
Memang dia adalah si gadis yang degil
Meskipun dipulas telinga berulang kali
Meskipun dimaki setiap hari
dia tetap begini
Bukan menidakkan apa yang dikehendaki
tapi itulah hakikat...
dia memang gadis yang degil

Tapi,
Bukannya dia si gadis yang tegar
dengan ego kedegilan diri sendiri
dia masih si gadis yang punya harga diri
dia masih si gadis yang hormatkan mereka
Mereka orang-orang yang dia sayang


Mungkin kedegilan dia buat awak rasa sangsi
Mungkin kedegilan dia buat awak fikir banyak kali
Untuk pilih dia jadi suri di hati
Menjadi teman sehidup semati

Awak,
luluh hati dia
pedih hati dia
menangis hati dia
seperti menanti yang tak pasti
seolah menyeksa perasaan sendiri

Tapi kenapa...?


dia ini memang tak sempurna,
awak pun tak sempurna,
Namun....
dia berharap moga ketidaksempurnaan dia ini menjadi pelengkap kepada ketidaksempurnaan awak
dan..
biarlah Allah yang Maha sempurna,
yang berhak menilai kesempurnaan awak dan kesempurnaan dia...


Tapi awak,
dia redha andai dia bukan pilihan hati awak
dia tabah andai itu takdirNya
kerna doa dia tak pernah putus
dan dia yakin pada janji Tuhan
andai ada jodoh bersama, Dia pasti dekatkan hati dia dengan awak..

Buat bakal imam si gadis degil,
Ini surat untuk awak : Surat untuk Bakal Imamku

"Mungkin suatu saat kau akan mendapatkan orang yang dapat mengertikan kamu. Dan aku? Tentu saja, aku akan mengertikanmu. Dalam hati dan doa."

****************************************************************

aku akan cuba berubah untuk menjadi insan yang lebih baik
Namun,
apalah gunanya hanya nampak baik di mata manusia tetapi bukan di mataMu, Ya Allah...

Ya Allah...
Berkatilah kehidupanku yang tak sempurna di mataku,
jadikanlah ketidaksempurnaanku ini satu jalan menuju kesempurnaanku esok....

Amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...