14 July 2010

| indah tercipta |

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.


Sumber dari : www.metacafe.com





Nota kaki:
- sepi + sunyi.
- aan sedang mencari kekuatan dan ketabahan dalam diri
- semoga hari esok lebih baik utk kita...

11 July 2010

alahai...salah siapa??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ermmm...korang pernah tengok tak accident depan mata? Mesti pernah kan... Ngeri x? Kadang-kadang leh sampai trauma kan?

Semalam selepas balik dari menjadi fasilitator si SMDA, Lenggong...sy teros pergi amek adek yg sedang terlibat dengan program yg sama tapi zon yg berlainan. Minggu lepas berpeluang jugak jadik fasi untuk adek sendiri..hehe.

Ehh..bukan itu yang mahu dihebohkan. Ini cerita menggenai accident yg berlaku depan mata sendiri. Si Merun yang dibawa oleh saya merupakan kenderaan pertama yg sampai di tempat kejadian. Masa tu kelihatan 2 buah kereta yang sedang berasap2 dan remuk. Nasib baik lah kat situ depan rumah orang2 kampung. Kelam kabut deme ambil air simbah dekat kereta2 tu. Kalu lambat tu mahu leh meletop gamaknya..huhu.

Memang tak boleh nak teroskan perjalanan, jadi sy teros stopkan si Merun di tepi jalan. Dan..turun untuk melihat keadaan kat situ. Mangsa semua dah berjaya dikeluarkan. Kasihan pada perempuan tu...mungkin kaki dia patah rasanya. Tak lama lepas tu ramai yang cuba memenuhi tempat kejadian....ada yg mengawal lalu lintas (leh ganti pacik polis pasni)..ada yg sebok menjadi wartawan "ehh..salah siapa ni". Ada yang cuba menjadi saksi kejadian yg hanya bertokok tambah cerita beliau. Dan ada yg hanya mengambil gambor...(hahaa..sy la tu kot dalam kategori tu). Tapi sy turut juga sumbangkan sokongan moral pada mangsa ^o^. Inilah kot mentaliti rakyat Malaysia hari ini..macam2 kita boleh lihat. Nasib baik accident ni berlaku di kawasan kampung. Kalau berlaku di highway..lagi macam2 ragam dan nilai mentaliti rakyat malaysia itu sendiri.

Ni ada beberapa gambor yg sempat sy ambil masa kejadian:


| bis penyek kereta ni |



| jalan basah dek disimbah air |

So..kepada pengguna2 di jalan raya...berhati-hatilah di jalan raya. Pandu dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang.


Nota kaki:
- sedang buat kopi utk tambah kekuatan kornea utk stay up tgok final world cup..hehe


Mandi Bersama Si Merun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Adesss....sungguh penat hari ini, tambah-tambah pulak lepas mandi bersama si Merun. Kasihan pada si Merun...dah berapa minggu bersalut debu dan kekotoran. Maklum laa...weekend pon sy sentiasa sibuk, if xde program di sekolah, sy gemar meronggeng2 bersama si Merun..hahaha.

Sekarang si Merun sudah hensem dan wangi. Saya siap sembur fabreze lagi, memang arwah laa semua microorganisma yang tengok syiok wat penempatan di dalam perut si Merun. Habis basah kuyup diri sy selepas mandi manda bersama si Merun. Penuh aura saya sental kaki si Merun...sekarang sudah berkilat. Badan pon berkilat jugak....siap leh betulkan tudung lagik guna pantulan di badan si Merun.

Esok boleh la pergi ke sekolah dengan penuh gaya bersama si Merun..lalalala ^o^. Di bawah adalah wajah sebenar kekacakan si Merun...


|inilah si Merun yg hensem lagi kacak|


|aksesori di dalam perut si Merun|

Actually si Merun ini kepunyaan my Abah. Sementara nak kumpul duet beli kereta beso2...Abah suruh pakai si Merun dulu. Naseb baek laa dapat posting dekat ngan rumah...hehehe. So bila dah diberi kepercayaan oleh Abah untuk bersama si Merun, kena la jaga dia baek2.

Alhamdulillah..setakat ni xde lagik kejahanaman yg telah sy buat pada si Merun. Tapi penah sekali accident di Epoh....masa tu sy on da way nak pi UTP, Tronoh. But dats not my fault....tapi kasihan pada kereta belakang si Merun...dasat jugak kena momentum accident tu...sebabnya pas dia langgar si Merun...kereta belakang lak langgar kereta dia. Memang remuk kereta Atos tu. Semua ni gara2 dua kereta di hadapan si Merun. Naseb baek si Merun ada helmet di belakang (spare tyre)...so ia xde la memberi kesan kesakitan pada si Merun.



Nota kaki:
- baru lepas berborak bersama jebat. Suka beliao membuat diriku jeles,,huh!
- mahu minom sesuatu yg mampu buat diriku bertahan malam neh.
Mahu tengok final world cup pagi neh..yeahhh!!

09 July 2010

kenapa pilih jadik cikgu?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



GURU = mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid. Tapi biasanya lebih familiar dengan "cikgu"...."teacher". Dan dalam masa yang sama bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yg sentiasa komited dengan kerjayanya. Pada mulanya, saya tak berminat dengan kerjaya ini...bagi saya cukuplah dengan dunia persekolahan yg telah saya lalui dulu.

Bersyukur sangat dengan pilihan Abah...dia lah yang sangat2 mahukan saya menjadi guru. Masa sekolah menengah..saya dah memang bercita2 mahu menjadi seorang graphic designer. Sebab itu, waktu SPM ambil keputusan untuk tambah subjek Pendidikan Seni. Masa itu...hanya 4 org sahaja yg amek paper seni ni (cik miah, farez, wanie n me). Bila habis SPM, saya ada apply utk diploma Seni Reka di UiTM....dan masa tengah menjalani PLKN di UiTM Shah Alam, saya terima surat untuk hadiri temuduga bagi kursus itu. Memang happy sangat2...terasa seperti impian yang terpendam kian hampir untuk digapai.

Sementara tunggu keputusan Diploma tu...saya telah ditawarkan untuk sambung belajar kat Pusat Asasi Sains UM. Setelah selesa mengikuti kuliah di PASUM...tiba2 saya dapat surat tawaran ke UiTM bagi kos Seni Reka. Alhamdulillah...saya lulus interview, memang xsangka. Tapi saat itu...fikiran memang berserabut. Masa itu saya dah ambil keputusan untuk quit matrix dan teroskan dengan impian saya. Tapi...hasrat yang dipendam terhalang oleh keputusan family terutamanya Abah. Dan akhirnya saya terpaksa relakan impian itu musnah...dan teroskan pengajian di PASUM setahun. Tapi di PASUM memang kena struggle....saya nak tebus balik kekalahan dulu. Dan...alhamdulillah ^o^

Habis jek matrix...Bonda suruh apply medic dan saya dapat tawaran kos medic di Indon. Tapi tolak jugak sebab memang jiwa saya bukan jiwa doktor kot..hahaha. Abah suruh saya apply ambil bidang pendidikan. Akhirnya, saya ditawarkan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (kimia). Dulu waktu kat mrsm...Kimia ini adalah antara subjek yang paling saya alergic. Tapi semuanya berubah bila di PASUM...saya suka semua pensyarah2 kimia kat sana terutamanya Dr. Haza Babe....best gila beliao ngajor. Dan sejak itulah persepsi saya pada subjek kimia berubah. For me, chemistry is very interesting and fun to learn!!


Akhirnya kini saya berbangga kerna dapat memulakan langkah dan perjuangan bersama guru-guru yang lain. Guru amat bermakna dalam hidup seorang insan. Ibu bapa adalah pencorak anak-anak tapi GURUlah pengukuhnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi hadirnya guru adalah untuk mereka dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Sebenarnya dunia pendidikan tidak semudah apa yang orang lain fikirkan. Tapi, bagi saya ianya sesuatu yang amat2 unik. "TAK KENAL MAKA TAK CINTA", betul tak? Dalam dunia pendidikan ini, saya bukan sahaja belajar membentuk diri sendiri tetapi juga belajar untuk mencipta peluang dan impian. Saya juga belajar untuk meneroka sifat-sifat manusia. Mencari sumber kekuatan dan mengajar diri menjadi lebih tabah dan sabar dengan karenah mereka. Apa yang penting...kita mesti SEMANGAT!!!

Apa pun profession yang kita seburi, pokok pangkalnya adalah nawaitu. Kepada guru-guru dan bakal pendidik, tekadkan hati..perbetulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa utk menjadi anak2 didik yang bukan sahaja cemerlang fizikal tetapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita ditanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita...kita ada jawapan yang kukuh....

“AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURIDKU UNTUK MENGABDIKAN DIRI MEREKA PADA-MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN… ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN TELAH MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA-MU YA ALLAH….”


Tapi, cuba bayangkan andai tinggal selangkah lagi untuk memasuki syurgaNya. Tiba-tiba...

"Nanti dulu YA ALLAH...Jangan benarkan orang itu masuk ke syurga". Tercengang sendiri...Mengapa perjalananku dihalang....

"Mengapa kau melarang gurumu ini untuk masuk ke syurgaKu?"

"Kalau KAU ingin tahu...Guru ku ini tidak pernah menegur kesilapanku. Dia hanya mengajar aku ilmu dunia. Dengan ilmu itu, aku semakin jauh dariMu. Kehadirannya hanya untuk mengajar. Cukup bulan dapat gaji....tapi, akhlak kami tetap rosak"

Ya Allah...apa perasaan kita ketika itu??? Ingin mengulang semula masa lampau??? Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh itu, wahai insan bernama GURU....kukuhkan dirimu dengan Al-Quran dan As-Sunnah untuk menjadi panduan hidup demi membimbing anak-anak didik mu.




Nota kaki:
- sedang buat persiapan untuk menjadi fasilitator esok hari di SMDA.
- si jebat sedang sibuk memprovok perasaan org laen


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...