31 July 2010

Science & Maths Week

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..akhirnya selesai jugak Minggu Sains dan Matematik dengan jayanya. Best dapat cooperate dengan cikgu2 sains n math ^o^. Tapi time majlis penutup sy xdapat join sebab demam...huhu. Diri ini terpaksa memontengkan diri buat sehari setelah disuroh oleh encik doktor utk cuti rehat. Inilah gara-gara kalau overdos working..huhu. Lemah betol keimunan diriku...x macam Abah yg kuat lagik hensem itu. Bonda dah bising2 sebab tido sy asek tak menentu jek. Ok Bonda...lepas ni Akak tido puas2 yepp..hehe.

Minggu Sc n Math kali neh berjalan dengan meriahnya. Happy sangat-sangat melihat kanak2 rebina happy. Macam-macam aktiviti yg dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya...credit to ckgu2 sains n math ^o^

Antara aktiviti yg dijalankan adalah World of Puzzles, Calculator Centre, i-Math Games, Pameran Sc n Math, Giant Snake n Ladder, Money Center, Magic Show, Rubric Cubic Competition, Spell it Right, Geometry Centre, Tunjuk Ajarku Sifu, Jumper Egg, Treasure Hunt dan lain2 lagik. Tapi yang sedihnya Pertandingan Pembedahan Katak xdapat dijalankan sebab kami kehilangan katak-katak yg telah diculik..huhu. Tak pelah..next year boleh la buat.


|model-model kami|

|Geometry Centre n Calculator Centre|

|Tunjuk Ajarku Sifu|

|Giant n Snake Ladder|

|Rubric Cubic Competition|
|Sudoko n G-Math Centre|


27 July 2010

Mengeluh | Tak Baek Gitu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

|sila abaikan model dahan pokok ini |

Beliao ini sedang sibuk meng'key in' markah kerja kursus sejarah PMR 2010.

Haishhhhh...soalan Ujian Penilaian 2 untuk paper science lom siap lagik.

Esok beliao dah nak kena submit kat PK....hadeiiii...

Petang ni lak kena jadik pegawai futsal.

confirm beliao ini akan berada di tengah2 padang dengan menjinjit netbook untuk menyiapkan soalan exam pada petang ini..hoho. Sambil mengadili perlawanan boleh menyiapkan kerja lain...hahaha..manusia bionik kah diriku ini???

Sekarang bermulanya Minggu Sains dan Matematik....sepatotnya rehat tadi beliao ini kena incharge Pertandingan Pembedahan Katak. Tapi malangnya katak yang dicekup terlupa dibawa ke sekolah. Pasti si katak marah kerna kelaparan di dalam balang plastik. Harap masih ada sedikit oksigen untuk si katak demi meneruskan kehidupan si katak di alam fana ini. Tapi beliao ini tidaklah terlalu kejam dengan menutup segala ruang2 vakum untuk membenarkan si katak melakukan proses respirasi...masih ada ruang kehidupan untuk si katak itu. Harap si katak tidak membalas dendam kepada beliao....maafkan beliao wahai si katak yang kacak lagi berjiwa murni...uhuk...uhuk...

Beliao ini terasa begitu sibuk sedangkan kerja xde la banyak sangat. Hurmmmm...maybe time management beliao ini tak teratur. Bonda pon cakap gitu...beliao ini macam masih kanak2...masih xpandai uruskan masa dan kije dengan sistematik. Beliao ini mahu menjadi seperti Bonda yang sangat2 pandai uruskan kerja. Tabikkk la untuk Bondaku yg tersayang ^o^

Hepppp....jangan mengeluh la. Bonda selalu berpesan....apa-apa pun yg kita buat, yang penting hati kita mahu kena mahu ikhlas. Yaaa Bonda...beliao ini akan sentiasa ingat pesan itu. Yesss!!! beliao ini akan teros berSEMANGAT!!!! Jangan mengeluh2 lagik...Bonda cakap mengeluh itu tak baek. Orang yang selalu mengeluh adalah orang yang sentiasa GIVE UP dengan apa yg dia buat. Soooo...SEMANGAT!!!!



Nota kaki:
- kecoh pasal toyol2 di sekolah. Haha..dah tertangkap pon toyol2 tu...hadeiiii
- pakai baju kurung + sport shoe utk jadik pegawai futsal?? tak pe ke??..huhu
- kelaparan tahap gaban~






22 July 2010

Bahas Kedai Kopi

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hujan yg turun bagaikan air mata...

yesss!!! sy suka hujan~

Bagi sy selain dari kerahmatanNya...bila hujan kita akan ketemu KETENANGAN...

Antara perkara yg boleh buat sy hilang dari kekusutan dan kekacauan jiwa adalah membawa diri dalam deraian air hujan. Uishhhhhh...terasa nikmat ketenangan. Tambah-tambah pulak kalau dapat men aci ligan dalam hujan (ini hobi waktu kanak2 la). Sekarang dah tak boleh sebab hujan sekarang pon byk chemical...dah banyak tercemar...huhu~

|banner Minggu Bahasa dan Pusat Sumber|

Minggu ini adalah Minggu Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah. Sy ditugaskan untuk incharge "Bahas Kedai Kopi" bersama mr.kerolz. Ingatkan xde sambutan tapi hakikatnya kanak2 rebina di sekolah ini memang gemar bergadoh mulot..hoho~ Macam-macam aksi pendebat kedai kopi ni...ada jugak yg bertindak agresif. Sikit hari mahunya arwah meja debat tu dek tumbukan padu kanak2 rebina neh..haishhhhhh...keganasan rumah tangga tol.

Esok final Bahas Kedai Kopi. Sy dan mr.kerolz dah plan nak buat kat stage masa assembly...baru nampak gempak..hehe. Jangan lupa saksikan kanak2 rebina 5BJ vs 5BD berdebat ala kedai kopi esok. Rasanya perlu letak meja besi kot esok pagi...risau jugak takut berterabur meja debat yg tidak bersalah itu.

Sekarang diriku berada di rumah cik Imm. Tadi cik Imm banjer nasi ayam penyek..sedappp sangat ^o^. Sekarang mahu buat preparation untuk Minggu Sains dan Matematik pula pada minggu depan. Kali ini sy ditugaskan untuk buat Magic Show ala awesome experiment la gitu. confirm lepasni David Blaine letak jawatan..hahaha. Pastu perlu siapkan dgimik...cadang nak wat volcano time gimik tu. Masih memerlukan idea yg lebih gempak. Sila hulurkan bantuan minda ke sini ^o^




Nota kaki:
- jebat makin bz ng latihan kuatkn stamina terhadapbebiri2 peliharaannya.
- siapkan slide utk buat PEKA sains esok hari.
- cik imm banjer nasi ayam penyekkkk...sodapppp ^o^

17 July 2010

Nakal itu proses Pembelajaran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Awal pagi tadi ada kelas science Tingkatan 2 **. Masok-masok je kelas tengok ada beberapa knk2 rebina yg sudah lesap entah ke mana. Tapi biasalah...sy dah tahu port deme tu. Kalau tak panaskan peparu deme pasti dok lepak2 kat situ. Soo..dengan penuh sopan santun teros sy ke port deme tu..punya la sy kontrol buyik derap sandal puteh itu. Tup..tup..sekali ckg disiplin dah sedia menanti kat situ bersama rotan beliao. Sempat jugak sy menyaksikan drama sebabak bila deme kantoi smoking...aduyaiiii...

Malas nak tengok drama tu...so, sy teros ke kelas utk bersama kanak2 rebina yg lain. Hurmmm...memang terasa cam xde mood nak transfer ilmu kat deme hari ini. Tambah2 pulak otak dok memikirkan apa yang perlu diomongkan pada ibu bapa yg hadir utk amek slip exam anak2 deme...haishhhhhh (sila jgn jdikkan teladan..hihi).
|knk2 rebina ini memang akan membuatkan sy tergelak|

Memandangkan ada 2 masa (80 minit)...tiba2 mulot terasa mahu berkata2...bukan niat di hati utk membebel, tapi sekadar pesanan seorang guru utk anak2 didik.

ticer aan: A, kmu solat subuh tak pagi td?
knk2 rebina A: Ermmm..pagi tadi je x ticer.Tapi sebelom2 ni solat.
ticer aan: Owhh..gitu pulak. Kmu lak B? Solat tak?
knk2 rebina B: tak ticer,,,,pagi td bangun lambat, xsempat nak solat.
ticer aan: Kmu bangun kol bape pagi td?
knk2 rebina B: Kol 6.15am...
ticer aan: Hishhhhh..kan masih sempat utk solat tu.
(knk2 rebina B hanya tersenyum sipu2 kambeng)

Kemudian, sy sempat jugak la bertazkirah sekerat dua..padan muka korang kena cuci td..hik3. Sy teros ke meja knk2 rebina perempuan utk melilau apa yang deme buat. Owhhh..rupanya sedang menghafaz ayat tahiyat akhir dalam solat (mungkin itu ayat hafazan deme kot). Bagus2.... walaupon deme dah translatekan dalam BM, at least deme tetap usaha utk menghafaz ^o^.

Pastu tetiba jek terdetik mahu ajor 1 kelas knk2 rebina ni bacaan2 dalam solat. Mula ajor baca tahiyyat akhir ramai2....ada yg hanya menggerakkan bibir. Tidak apa..sekurang2nya deme masih mencuba.,,betul x? Dari bacaan tahiyyat akhir..banyak lak deme soh sy ajor...doa qunut...ayat qursi. Teros mengajor ayat hafazan sampai la loceng rehat berbunyik dengan penuh istiqamahnya. Tapi masa nganjor tu, ada sorang kanak2 rebina berkata dan cuba utk speaking dengan sy..hehehe:

knk2 rebina C: ticer...i'm very suspect with u.
ticer aan: hah??? suspect?? but why??
(dalam hatiku berkata mesti dak ni konfius antara "suspect' ngan "respect"..hahaha)
knk2 rebina C: because..because...u aaa my choice teacher
(sila baca sebagai "kerana awak adalah guru pilihan sy)

ticer aan: haishhhhh...macam2 la kamu neh. Cepat habiskan doa qunut tu. Ticer mahu dengor!


Alahai...bersama knk2 rebina di kelas ni memang kadang2 menyesakkan nafasku. Macam2 karenah ada....sangat2 nakal. Memang kelas ni dah dicop sebagai kelas dak2 nakal pon. Pernah sy menangis dalam lab disebabkan mereka ini. Gara-gara diri tidak mengawal emosi yang benar2 mengcengkam jiwa dek perangai mereka, sy telah mengaplikasikan teknik2 tumbukan taekwondo ke atas white board....perghhhhh!!! sakit gila beb. Pastu sy leh dengan selambanya patah2kan pen yang berada di genggaman. Memang arwah pen yang tidak berdosa tu sebab badannya terpatah 4 dek perkasanya tangan sy ini..hahaha. Tau deme takot...itu belom bukak taeguk dlm taekwondo yg telah sy pelajari,..hahaha. Senyap sunyi satu kelas.
|kelihan si Johny di sebalik knk2 rebina ini|

Bila difikirkan balik...terasa diri ini terlalu bodoh ngan tindakan tu. Tapi sy juga manusia biasa...bila satu tahap kesabaran kita diuji, apa2 pon boleh berlaku. Tapi harap peristiwa ini sekadar menjadi pengalaman hidup yang akan lebih memantangkan sy utk menjadi seorang CIKGU. Sy tidak mahu menangis disebabkan karenah mereka terhadap sy...NO! Tidak sama sekali. Sy mahu menjadi seorang pendidik yg terbaek ^o^

Tapi kanak2 rebina dari kelas ini lah yg buat sy sayang pada mereka. Mereka memang nakal tahap dewata raya. Tapi bagi sy...nakal adalah satu proses pembelajaran. Cuma sebagai guru, kita perlulah tahu mengawal dan mendidik mereka dengan cara yg betul melalui proses pembelajaran tersebut. Walaupon deme nakal....tapi sekarang deme ini jugaklah yg akan selalu respon dalam kelas bila sy ngajor. Bila deme respon..at least sy tahu yg sy bukan "syok sendirik" mengajor kt depan..hahaha ^o^




Nota kaki:
- happy ***** anniversary to us ^o^
- beliao ini tidak jiwa kacao lagik..hehehe

14 July 2010

| di mana kan ku cari.... |

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saat ni terasa berat sangat-sangat kepala. Hari ini sy sampai di rumah kol6.30 petang. Memang tadi sy jadik org paling akhir keluar dari bilik guru....tutup air cond dan teros punch card. Pastu keluar pekan jap utk photostate material utk ngajor dan solat Asar kt masjid.

Sy cuba utk melupakan seketika apa yg cuba membelenggu diri. Jadi...di fikiran hanya mem'buzy'kan diri adalah motivasi terbaek....dangkalkah sy andai berfikiran begitu?? Terasa begitu lemas bila diri dihimpit begini.

"...aku bukan lagi budak kecil yg hanya akan tahu menangis....aku mahu jadik lebih kuat dan tabah..."

Kadang-kadang terasa jiwa begitu kacau... tapi sy insan lemah. Sy insan yg masih mencari kekuatan dan ketabahan itu. Sy masih belum punya kekuatan. Tapi diri ini sentiasa cuba utk mencari kekuatan dan ketabahan itu.

Mencari....

Mencari lagi.....

Dan teros mencari.......

Tiba-tiba mata ini terfokus pada buku motivasi yg sering dibaca bila hati dilanda kesedihan.

La Tahzan...Jangan Bersedih karya Syeikh' Aidh Al-Qarani.

Buku ini sangat-sangat menarik...motivasi utk menjadi Wanita Paling Bahagia.

Sy ambil buku tu dan belek-belek memahami bait-bait karya beliao. Hurmmm....bisa buat sy tenang dan tersenyum. Sy mahu teros senyum utk semua....sy ingin buat semua org tersenyum...senyum...senyum seindah suria.

Moga hari esok lebih baik dari hari ini....

Moga hari esok aku lebih kuat dan tabah utk hadapi apa jua dugaanNya....



Buat sahabat-sahabat yg mencari kekuatan dan ketabahan...

Sesungguhnya Allah yang Maha sempurna sifatNya xpernah memungkiri janjiNya.
JanjiNya kan tiba utk mereka yg benar2 IKHLAS dlm agamaNya...
Apa sahaja yg menimpa kita, perlulah kita terima dgn hati yg ikhlas...
Allah yg menciptakan kita, Dia Maha tahu akan hamba2Nya...
mungkin apa yg terjadi adalah yg terbaik buat kita...
menjadikan kita lebih kuat utk hari2 yg mendatang...
menjadikan kita makin bertambah rasa utk bergantung semata2 kpd Allah yg Kuasa..
Makin kita rindu utk sentiasa sujud kpdnya bg mencari kekuatan...
betul...kalau kita betul2 yakin pada Allah tuhan kita....kita akan jd sgt kuat sebenarnya...
Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu dgn sia2....
ada hikmah yg kita hmba yg jahil lg kerdil ni xdpt nak baca...kerna Pengetahuan Allah melampaui apa2 yg kita tidak tahu..





Nota kaki:
- Moga Bonda diberi kekuatan dan ketabahan... "Akak sayang Mak"
- Sedang menulis resit derma tambahan PIBG utk knk2 rebina
- Harap tidak lagik asyik terjaga dalam tido dan teros sms kpd dia... (mahu tido yg cukop utk punya lebih tenaga utk ke skolah)


| indah tercipta |

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. Setiap Wanita itu Cantik.


Sumber dari : www.metacafe.com





Nota kaki:
- sepi + sunyi.
- aan sedang mencari kekuatan dan ketabahan dalam diri
- semoga hari esok lebih baik utk kita...

11 July 2010

alahai...salah siapa??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ermmm...korang pernah tengok tak accident depan mata? Mesti pernah kan... Ngeri x? Kadang-kadang leh sampai trauma kan?

Semalam selepas balik dari menjadi fasilitator si SMDA, Lenggong...sy teros pergi amek adek yg sedang terlibat dengan program yg sama tapi zon yg berlainan. Minggu lepas berpeluang jugak jadik fasi untuk adek sendiri..hehe.

Ehh..bukan itu yang mahu dihebohkan. Ini cerita menggenai accident yg berlaku depan mata sendiri. Si Merun yang dibawa oleh saya merupakan kenderaan pertama yg sampai di tempat kejadian. Masa tu kelihatan 2 buah kereta yang sedang berasap2 dan remuk. Nasib baik lah kat situ depan rumah orang2 kampung. Kelam kabut deme ambil air simbah dekat kereta2 tu. Kalu lambat tu mahu leh meletop gamaknya..huhu.

Memang tak boleh nak teroskan perjalanan, jadi sy teros stopkan si Merun di tepi jalan. Dan..turun untuk melihat keadaan kat situ. Mangsa semua dah berjaya dikeluarkan. Kasihan pada perempuan tu...mungkin kaki dia patah rasanya. Tak lama lepas tu ramai yang cuba memenuhi tempat kejadian....ada yg mengawal lalu lintas (leh ganti pacik polis pasni)..ada yg sebok menjadi wartawan "ehh..salah siapa ni". Ada yang cuba menjadi saksi kejadian yg hanya bertokok tambah cerita beliau. Dan ada yg hanya mengambil gambor...(hahaa..sy la tu kot dalam kategori tu). Tapi sy turut juga sumbangkan sokongan moral pada mangsa ^o^. Inilah kot mentaliti rakyat Malaysia hari ini..macam2 kita boleh lihat. Nasib baik accident ni berlaku di kawasan kampung. Kalau berlaku di highway..lagi macam2 ragam dan nilai mentaliti rakyat malaysia itu sendiri.

Ni ada beberapa gambor yg sempat sy ambil masa kejadian:


| bis penyek kereta ni |



| jalan basah dek disimbah air |

So..kepada pengguna2 di jalan raya...berhati-hatilah di jalan raya. Pandu dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang.


Nota kaki:
- sedang buat kopi utk tambah kekuatan kornea utk stay up tgok final world cup..hehe


Mandi Bersama Si Merun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Adesss....sungguh penat hari ini, tambah-tambah pulak lepas mandi bersama si Merun. Kasihan pada si Merun...dah berapa minggu bersalut debu dan kekotoran. Maklum laa...weekend pon sy sentiasa sibuk, if xde program di sekolah, sy gemar meronggeng2 bersama si Merun..hahaha.

Sekarang si Merun sudah hensem dan wangi. Saya siap sembur fabreze lagi, memang arwah laa semua microorganisma yang tengok syiok wat penempatan di dalam perut si Merun. Habis basah kuyup diri sy selepas mandi manda bersama si Merun. Penuh aura saya sental kaki si Merun...sekarang sudah berkilat. Badan pon berkilat jugak....siap leh betulkan tudung lagik guna pantulan di badan si Merun.

Esok boleh la pergi ke sekolah dengan penuh gaya bersama si Merun..lalalala ^o^. Di bawah adalah wajah sebenar kekacakan si Merun...


|inilah si Merun yg hensem lagi kacak|


|aksesori di dalam perut si Merun|

Actually si Merun ini kepunyaan my Abah. Sementara nak kumpul duet beli kereta beso2...Abah suruh pakai si Merun dulu. Naseb baek laa dapat posting dekat ngan rumah...hehehe. So bila dah diberi kepercayaan oleh Abah untuk bersama si Merun, kena la jaga dia baek2.

Alhamdulillah..setakat ni xde lagik kejahanaman yg telah sy buat pada si Merun. Tapi penah sekali accident di Epoh....masa tu sy on da way nak pi UTP, Tronoh. But dats not my fault....tapi kasihan pada kereta belakang si Merun...dasat jugak kena momentum accident tu...sebabnya pas dia langgar si Merun...kereta belakang lak langgar kereta dia. Memang remuk kereta Atos tu. Semua ni gara2 dua kereta di hadapan si Merun. Naseb baek si Merun ada helmet di belakang (spare tyre)...so ia xde la memberi kesan kesakitan pada si Merun.



Nota kaki:
- baru lepas berborak bersama jebat. Suka beliao membuat diriku jeles,,huh!
- mahu minom sesuatu yg mampu buat diriku bertahan malam neh.
Mahu tengok final world cup pagi neh..yeahhh!!

09 July 2010

kenapa pilih jadik cikgu?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



GURU = mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid. Tapi biasanya lebih familiar dengan "cikgu"...."teacher". Dan dalam masa yang sama bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yg sentiasa komited dengan kerjayanya. Pada mulanya, saya tak berminat dengan kerjaya ini...bagi saya cukuplah dengan dunia persekolahan yg telah saya lalui dulu.

Bersyukur sangat dengan pilihan Abah...dia lah yang sangat2 mahukan saya menjadi guru. Masa sekolah menengah..saya dah memang bercita2 mahu menjadi seorang graphic designer. Sebab itu, waktu SPM ambil keputusan untuk tambah subjek Pendidikan Seni. Masa itu...hanya 4 org sahaja yg amek paper seni ni (cik miah, farez, wanie n me). Bila habis SPM, saya ada apply utk diploma Seni Reka di UiTM....dan masa tengah menjalani PLKN di UiTM Shah Alam, saya terima surat untuk hadiri temuduga bagi kursus itu. Memang happy sangat2...terasa seperti impian yang terpendam kian hampir untuk digapai.

Sementara tunggu keputusan Diploma tu...saya telah ditawarkan untuk sambung belajar kat Pusat Asasi Sains UM. Setelah selesa mengikuti kuliah di PASUM...tiba2 saya dapat surat tawaran ke UiTM bagi kos Seni Reka. Alhamdulillah...saya lulus interview, memang xsangka. Tapi saat itu...fikiran memang berserabut. Masa itu saya dah ambil keputusan untuk quit matrix dan teroskan dengan impian saya. Tapi...hasrat yang dipendam terhalang oleh keputusan family terutamanya Abah. Dan akhirnya saya terpaksa relakan impian itu musnah...dan teroskan pengajian di PASUM setahun. Tapi di PASUM memang kena struggle....saya nak tebus balik kekalahan dulu. Dan...alhamdulillah ^o^

Habis jek matrix...Bonda suruh apply medic dan saya dapat tawaran kos medic di Indon. Tapi tolak jugak sebab memang jiwa saya bukan jiwa doktor kot..hahaha. Abah suruh saya apply ambil bidang pendidikan. Akhirnya, saya ditawarkan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (kimia). Dulu waktu kat mrsm...Kimia ini adalah antara subjek yang paling saya alergic. Tapi semuanya berubah bila di PASUM...saya suka semua pensyarah2 kimia kat sana terutamanya Dr. Haza Babe....best gila beliao ngajor. Dan sejak itulah persepsi saya pada subjek kimia berubah. For me, chemistry is very interesting and fun to learn!!


Akhirnya kini saya berbangga kerna dapat memulakan langkah dan perjuangan bersama guru-guru yang lain. Guru amat bermakna dalam hidup seorang insan. Ibu bapa adalah pencorak anak-anak tapi GURUlah pengukuhnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi hadirnya guru adalah untuk mereka dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Sebenarnya dunia pendidikan tidak semudah apa yang orang lain fikirkan. Tapi, bagi saya ianya sesuatu yang amat2 unik. "TAK KENAL MAKA TAK CINTA", betul tak? Dalam dunia pendidikan ini, saya bukan sahaja belajar membentuk diri sendiri tetapi juga belajar untuk mencipta peluang dan impian. Saya juga belajar untuk meneroka sifat-sifat manusia. Mencari sumber kekuatan dan mengajar diri menjadi lebih tabah dan sabar dengan karenah mereka. Apa yang penting...kita mesti SEMANGAT!!!

Apa pun profession yang kita seburi, pokok pangkalnya adalah nawaitu. Kepada guru-guru dan bakal pendidik, tekadkan hati..perbetulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa utk menjadi anak2 didik yang bukan sahaja cemerlang fizikal tetapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita ditanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita...kita ada jawapan yang kukuh....

“AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURIDKU UNTUK MENGABDIKAN DIRI MEREKA PADA-MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN… ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN TELAH MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA-MU YA ALLAH….”


Tapi, cuba bayangkan andai tinggal selangkah lagi untuk memasuki syurgaNya. Tiba-tiba...

"Nanti dulu YA ALLAH...Jangan benarkan orang itu masuk ke syurga". Tercengang sendiri...Mengapa perjalananku dihalang....

"Mengapa kau melarang gurumu ini untuk masuk ke syurgaKu?"

"Kalau KAU ingin tahu...Guru ku ini tidak pernah menegur kesilapanku. Dia hanya mengajar aku ilmu dunia. Dengan ilmu itu, aku semakin jauh dariMu. Kehadirannya hanya untuk mengajar. Cukup bulan dapat gaji....tapi, akhlak kami tetap rosak"

Ya Allah...apa perasaan kita ketika itu??? Ingin mengulang semula masa lampau??? Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh itu, wahai insan bernama GURU....kukuhkan dirimu dengan Al-Quran dan As-Sunnah untuk menjadi panduan hidup demi membimbing anak-anak didik mu.




Nota kaki:
- sedang buat persiapan untuk menjadi fasilitator esok hari di SMDA.
- si jebat sedang sibuk memprovok perasaan org laen


08 July 2010

meow | itu Norton dan Avira

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hari ini jadual xpack tapi masih tak sempat nak turun pi kantin...huhu...sangat2 kelaparan tadi. Terasa ingin terus pulang ke rumah...mahu menikmati masakan bonda yg sgt2 enak dan nikmat ^o^Tapi...lepas habis sekolah..dah plan nak pi Wisma Persekutuan...nak serahkan CD2 pemeran yang telah dipinjam dari Pejabat Kesihatan Daerah.

Tapi on da way nak pi punch card...saing bersama teman sebelah meja (cik kelubi).
terasa mahu makan bersama beliao. maybe hari ni jadual belioa pack...xjumpa langsung kat bilik guru tadi. Lagipun...tadi sy banyak habiskan masa kat lab jek...semak buku students sambil diperhatikan oleh Jonny (si tengkorak)....waaa..seram..seramm...^~^. Tapi gara2 cik kelubi la sy lupa nak punch card balik td...huhu.

ehhh...cerita macam dah lari je dari tajuk entri..hahahaha.

tak nak cakap banyak...mahu upload muka2 Norton dan Avira iaitu 2 ekor kucing Parsi kesayangan sy.

|avira akan sentiasa pose bila nampak camera|

|avira tetap akan terus memandang pada camera|


|ini Norton yg sgt suka tido tapi kuat makan|


|tengok tu..tido lagik....|


|masih kanak2..mereka perlukan tido yg lama|







Nota kaki:
- baru menerima panggilan si jebat (happy).
- selesai siapkan slide powerpoint utk ngajor sok [chapter 6: air pressure]





hanya di hujung kuku

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ermmm...smlm penat sgt..smpai xsempat nak bukak tenet. pas bis skolah da tusyen pmr smpi kol4.30pm. Sedih ngan kerenah kanak2 rebina...kenapa xnak amek peluang terhadap semua usaha dihulurkan?? tengok je laa...dari mula tusyen smpai skang...boleh kira jek bape org yg mai tusyen. Tambah lak kelas2 yg kurang menonjol. Ermmm...sy tau ramai yg suke pi tusyen luar...parents dah bayor....knpa perlu sia2kan,rite? Tapi..xsemua kita akan mampu....so, rebotlah semua peluang yg ada...free je pon ckgu2 neh nk turunkan ilmu.....

2 hari lepas sy kena pi bengkel i-Nilam. Dengan penuh rasa blur di wajah dan berbekalkan sebijik laptop, sy gagah jua semua pancaindera utk derngor taklimat tu.

pegawai : yea...mne wakil dr smk *****
si blur : yee...sy. Ermmm..tp sy bukan GPM..ckgu Nilam pon kira leh join laa kn
pegawai : xpe2....memang utk nilam pon
(apa punya soalan la sy ni...wat malu jek)
pegawai : ermmm..mne data SMM...dah export lom dlm sistem?
si blur : owhhh yg tu...dlm process encik.
(dalam hati....ckp jek..yg penting confidence..hehehe)

**** dan pegawai tu pon lantas mengangguk dan tros next question kt org leh. Dalam hati...fuhhhhh,,,,slamat den ^O^.

taklimat lebih berkisar tentang camne nak guna i-nilam neh...so far masih da kelemahan lagik sistem neh..biasalah...sistem pon masih baru. Skang semua hanya di hujung kuku.....semua juz kena online. So pasni bila pihak atasan nak check pape...xperlu lagik sampai datang pantau ke skolah...smbil teguk kopi pon deme leh check...uishhhh..seram2 if xupdate pape lagik cm sy..wink..wink..

so kpd sape2 nak tgok cam mane sistem ni berfungsi leh klik kat sini : http://btp.tarantula.my/

Petang tadi meeting Kurikulum..post mortem pasal Ujian Penilaian 2. Alhamdulillah..bg subjek science...ada byk peningkatan. Tapi sejarah menurun lak peratus lulus kali neh....adesss... Sy kira sy dah cuba wat yg terbaek utk deme....tp mungkin usaha2 ni lom cukop utk sy didik deme sepenuhnya. InsyaAllah...Allah sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa berusaha. Teringat moto UTM yg tersergam indah kat pintu gerbang.... "kerana Allah untuk manusia". Moga2 sy tak lari dari nawaitu ini.... teruskan usaha tanpa jemu dan jgn mudah mengeluh ^o^


05 July 2010

| sila kapor kasut anda |

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Esok hari isnin...
maknanya esok skolah seperti biasa.
yeaahhhh,,,,sy suke pergi sekolah sbb ia BESTTTT......hihi

kepada kanak2 rebina:
jgn lupe kapor ka
sut
baju iron sndrik laa
homework ticer bg dah ciap lom???
simpan buku2 dlm beg siap2....AWAS kamu if xbawak buku teks!!!

dh siap sume....???
sila tido awal supaya esok pagi anda semua segor b
ugar dlm kelas sy ^o^

jadual esok x pack sgt...mahu lepak2 di lab bersama Jonny (rangka tengkorak dlm lab) sambil marking PEKA kanak2 rebina.



pastu lepak di bilik guru...marking kerja kursus sejarah kanak2 rebina form3....yg neh memang tensen. ramai lagi knk2 rebina yg lom hantor...memang cr nahas la deme neh!!!
memang kali neh dah tableh berkompromi ng kome ag.... (sila pakai baju tebal...anda akan disiku esok hari)


~ mahu iron baju utk kije sok...lalalalala ~



lelaki itu | j.e.b.a.t


| sila abaikan model bangku kayu ini |

Si jebat sedang bertapa di sebuah pergunungan yg berbatu2. syarat nak ke sana mesti bawak pahat dalam kocek seluar....adehhhh..sungguh jaohhh. xpelah...sy kena restui si jebat menuntut ilmu pertapaan kt sana...moga2 Tok Batin bagi la si jebat byk2 ilmu...cepat2 la dia leh balik dari pergunungan batu itu.

(masih tunggu sms dr si jebat)

hurmmm....maybe si jebat tgah bz amalkan ilme persilatan sambil mulot kumat kamit nyanyi lagu sekolah di bawah kelolaan Tok Batin yg kacak tu. orang ckp deme pon kena da orientasi...cess..macam time kat u dulu la pulak.

(teros menunggu....siyes dah rupe penunggu...hahaha)

hope si jebat tak la homesick dok kat pergunungan batu tu...riso gak takot dia ligan bonda ng ayahanda smbil heret beg besor time pendaftaran...mesti klako jek aksi tu...lalalalalala. tapi sy tahu si jebat tu hati kuat...penah la try smackdown hati dia...tp tertusuk sket jek...memang kuat!

(treetttt..tretttt...munyik msg....)

huh! ingtkn si jebat....tp bukan...itu maxis yg bagi...ckp kena bayor hutang SOS...hutang 2 hinggit jek pon...dia punya munge 5 kupang..so maxis amek rm2.50...berkire tol..bagi redeem point ciput jek...68 jek point terkumpul sy (mmg la makin berkurang sbb asek redeem..hahaha)

rindu tol nak gadoh2 ng si jebat....bila dia bz bertapa..xtau nk gadoh ng sape...xtau nak buli sapa...huwaaaaa!!!! td dah gadoh ng avira ng norton (my tucen2 parsi)....tp deme pon cm xde mood nak gado....nk mesra2 ada lah..meluat!





Nota kaki:
yeahhhh...akhirnya (senyum + sengih)
memang penantian itu satu penyeksaan..tapi menanti itu berbaloi2..ngeee ngeee ^o^


04 July 2010

FIFA World Cup

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


ermmm..skang nie masing2 ngah demam bola...sana sini org dok cakap pasal BOLA.
dan..of coz sy akan turut serta nyebokkn dri bila tiba World Cup neh.
4 tahun skali beb...memang laa berbaloi2 tunggu saat2 neh. tapi yg tak berbaloinyer bila bersengkang kornea nk tgok team pilihan menang...tapi hampa....kalah kena lanyak.
but so far...team pilihan sy masih lom mengeciwakn lagi.... yeahhhh...go..go...SPAIN go.
cuma first game jek kalah...lwan ng new zealand. biasalah laa....enjin lom panas ag....hehehe.

malam tadi tgok germany lwan argentinos...hurmmm...korang sendirik dh tau keputusannya kan.
kepada penyokong2 argentinos....mesti kome frust kang..hahaha...dasat gak kena lanyak ng germany (4:0). teringat lak pada sorang sahabat yg sgt2 fanatik ng argentina....sok nk ajak dia sokong SPAIN la pulak...lalalalalalalala
pasni semi final jumpa ng germany lak...mesti best tgok kali neh ^o^

suka tengok aksi DAVID VILLA...top scorrer tu beb...
besday beliao 3 December 1981
position: forward
current club: Valencia (ESP)

sy pon ada blog ^o^


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


ini entri sy yg pertama....saje nak testing2...merangkap nk wat perasmian ke atas blog sy neh (berkumandang lagu skolah time perasmian pagi2)
actually dah lama nak memblogging...tapi xbuat2 jugak pong..hahaha.
tapi skang mula nak jinak2 kambeng aktif blogging lak....harap dapat tunjuk ajor ^o^

name: aan (Nor Aziehan bt Ahmad Adnan)
besday: 6 August 1986
tinggal di Gerik, PERAK yg indah lagi permai ^o^

hobi: sy suka tgok spongebob, bc buku motivasi, tgok tv n surfing tenet

cita2: nak jdik guru cemerlang KIMIA...tp ble posting xdpt ajor kimia..so lmbt ag la kot nak tercapai impian..huhu

education: MRSM Gerik (1999-2001)
MRSM Chenderoh (2002-2003)
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (2004 -2005)
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (2006 -2009)

opsyen: major (chemistry) , minor (mathematic)

currently: jadik ticer di SMK Batu 4, Gerik, Perak



~ .....sesungguhnya ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana ALLAH... ~













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...