29 November 2012

K.O.S.O.N.G


Rasa kosong
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

K.O.S.O.N.G


Entah apa perasaan yang sedang bermain di hati kecil ini
Jiwa ini seakan dirasuk mood kesedihan mengikut rentak dan irama lagu yang didendangkan kat radio ni
Aku rasa macam kehilangan
Mungkin kehilangan masa untuk diri aku sendiri
atau kehilangan perhatian dan kasih sayang
atau kehilangan orang-orang yang aku sayang
yang datang dan pergi
dan akhirnya membiarkan aku sendirian
tak punya teman bicara
tak punya teman ketawa
Tapi aku masih ada Dia
Dia yang sentiasa dekat di hati walaupun aku sering kali alpa
Terima Kasih Ya Allah...


Nota kaki :
> menanti pengharapan yang tak pasti... :(

28 November 2012

Mata yang Menuntut Hutang Ilmu

Tikkk...

tokkkk...

tikkkk....

tokkkk...

Jam dah melepasi angka 12 malam, tapi mata aku masih terkebil-kebil.
Sudah hampir 3 bulan aku kembali menjadi student. Rasa berat jugak nak pikul, tapi apa kan daya..ini impian aku, akan perlu teruskan jugak perjuangan ini. Aku tak nak jatuh mengalah..aku tak nak undur diri sekerat jalan. Itu bukan prinsip aku! Walau apa pun terjadi, aku mesti habiskan pengajian master Pendidkan Kimia aku kat UPSI ni.

Kalau difikirkan penat..memang usah dicakap lah. Memang tak bercuti aku holiday tahun ni. Padan muke aku..siapa suruh tamak nak jadi pengawas SPM..hambek ko! Tak cukup-cukup ke jadik pengawas PMR ritu..huhu. Tapi hakikatnya aku bebankan diri untuk kije lebih ni pon sebab nak cari duit poket lebih untuk yuran pengajian aku sem depan. Bonus hujung tahun ni maybe tableh guna untuk berjoli dah..kena saving laa cik lemon oiii. Tak pe lemon, nak berjaya dengan sukses memang perlukan pengorbanan. Biar aku rasa kepahitan tu sekarang, kelak aku akan rasa segala kemanisan itu..insyaAllah. Penat weh drive dari Gerik ke Tanjung Malim tu..siyes beb..tak tipu! Dapat lak kena drive alone..memang triple penat laa jawabnya..huhu.

Actually aku baru sampai rumah jam 4 pagi tadi..naik bas lak tu..dapat lak seat ateh enjin...memang terbaek dari ladang lahhh~ Esoknya pagi2 kena siap-siap untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas SPM. Mahu tersengguk-sengguk aku ngadap kanak-kanak rebina ni jawab paper Perdagangan tadi...huhu.

Minggu ni ada test GRU6014 - kaedah penyelidikan dlm pendidikan. Bab baca buku memang laa ternyata aku malas..tambah lak buku Prof aku ni gabak benor. So aku godek-godek kat google cari bahan dalam tenet, jumpa jugak contoh-contoh soalan. Ermm..boleh laa wat bekalan seciput cuma untuk jawab test nanti..sobss :'(


Konklusinya, disebabkan mata comey aku ni masih terkebil-kebil macam mahu menuntut hutang ilmu jek, so baek kiranya aku study nota-nota yang aku dah download tadi. Wish me best of luck ^__^ Jom study !!



24 October 2012

kehilangan itu satu keperitan



Saat kau hilang di mata
Mungkin terus hilang dari hati
Mungkin perasaan itu tak kan kembali lagi
Terus padam bersama memori-memori indah
yang pernah tercipta 
saat bersama aku dan kamu

Perit....

Memang perit....

Terima kasih untuk segalannya
Maafkan aku walaupun ianya sekadar di pinggiran

J.O.D.O.H

✿..Sesekali terfikir tentang jodoh, 
pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH..
siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku, 
siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku..✿ 

♥♥ Allah adalah sebaik-baik pengatur..
HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..
cuma, 
manusia selalu KURANG SABAR..
belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..
lalu, 
bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? 
Jodoh,
memang misteri Ilahi..
sampai masa dia PASTI datang..
membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥



27 July 2012

Buat bakal imamku

Buat bakal imamku, 

akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, 
agar tibanya saat ijab kabul itu, 
aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, 
dosa auratku,
dosa lidahku. 

Aku mengharapkan solehmu, 
meskipun aku bukanlah solehah,
akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu 
agar kita sama2 mencapai mardhatillah. 

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. 
Yang ingin dibimbing itu aku....

daripada bakal isterimu ~

07 June 2012

Kawaiiiiii ^__^

Cuba tengok gambor jemari kat bawah ni..

Sangat cute kan ???

Kawaiiii ^_________^



Bahagia Itu Indah



Bahagia itu indah
Sangat indah...
Berkongsi satu rasa yang sama
Memang sangat indah

Terus ku cuba untuk merasa saat dan detik bahagia itu
Tak perlu dipaksa lagi perasaan itu
Moga ianya terus mekar
Walau ia hanya sekadar di pinggiran...

Mungkin satu hari nanti aku pasti dambakan
Saat-saat indah yang penuh kebahagian itu
Senyuman yang terukir
penuh rasa yang tak mampu dilakar
Terima kasih utk bahagia yang hanya seketika ini
Terima kasih...






Jodoh itu Rahsia Allah



" Jodoh adalah ketentuan Allah, tapi masih ramai yang mempersoalkannya,
Kematian juga adalah ketentuan Allah, namun amat jarang sekali orang yang berbicara tentangnya "


Sesungguhnya jodoh itu adalah rahsia Allah. Berdoalah moga urusan jodoh kita dipermudahkan...amin...




05 June 2012

Misi Sesuku Siap

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...
Akhirnya settel jugak marking satu set paper 2 science form 3. Walaupon sambil marking sambil pegang-pegang kepala sebab tensen + trauma dengan jawapan kanak-kanak rebina yang bikinnnn panassss jek..huhu. Siap kamo kanak-kanak rebina, bukak sekolah pas coti ni ticer akan membuli kalian balik..huh!


Tengah hari tadi pi hantar anak sedara hensem cik asi ke stesen bus, dia nak balik kota bharu. Itu pon dah lewat, jenuh gak lemon nak merempit takot-takot terlepas bus..huhu. 
Sampai-sampai terus ke kaunter dengan penuh gelabahnya segala bagai sebab tengok xde pon kelibat bus yang nak naek jap lagi  :

lemon            : ermmm..adek kaunter, bus kol12.30 ni dah lepas ke?
adek kaunter : belum sampai lagik laa kak
lemon            : owhh.confirm yer belom sampai lagik, akak takot terlepas je ni.
adek kaunter : confirm gak! akak tunggu jek kat sini. Jap lagi sampai laa tu

Fuhhh!!! Naseb baek belom sampai. If not terpaksa laa lemon merempit kejor bus tu...huhu.

Lepas tu terus cakap kat anak sedara ensem cik asi yang kita dah terlepas bus (sambil wat muke sedih tapi comey). Haha..tercengang-cengang beliao. Ada gak bertukar muke nak hempok lemon nanti..hik3. Sekali cakap : " akak tipu je lahhh..bus tak sampai lagi pon..hehe "

Lepas tu lemon terus beli barang-barang yang dipesan oleh Bonda. Round-round cari barang sampai dah masok waktu Zohor. Rasa macam nak singgah sekolah terus sebab memang dah plan nak marking paper exam kat sekolah. Kalau harapkan nak siapkan marking kat rumah...hurmmmm..memang harus laa tidak!

Waktu sampai kat pintu gate tu, pacik guard tahan lemon. Erkkk!!! Apa salah saya pacik..huhu. Udah laa tahan time naek bukit yang mencanak tu..mujur lemon punya kereta auto..if not mau gelungsur ke belakang gak kete eden..huhu.

Pacik   : Cikgu..cikgu! tunggu sat...
Lemon : Erkk...yer pacik..kenapa?? Saya tak buat salah pape.
Pacik   : Ehh cikgu ni..bukan macam tu. Ni nak tanya, cikgu ke yang kawen hari tu??
Lemon : Ehhh..silap orang pacik, itu kawan saya. Kalau saya kawen confirm2 saya jempot pacik punya.
Pacik   : Laa..yeke..ingatkan cikgu. Habis tu cikgu mana? 
Lemon : Itu cikgu Izzah..anak ckgu Ariff yang dok kat Kg. Air Panas tu.
Pacik   : Ni cikgu belom kawen laa lagik??
Lemon : Dah tu saya cakap nak jempot pacik time kawen nanti..mesti laa belom lagik..huhu
(dalam hati...alamak!! Pacik ni berkenan nak wat aku jadik calon menantu ke..hehe)

Banyak lagik laa pacik ni sembang ngan lemon sampai lemon kena tekan P laa kat gear dan tekan brek kat tepi pondok guard tu. Haishhh..pacik..pacik..time-time inilah nak interview saya segala bagai yer..^^ Nanti kita sembang laen kali yer pacik.


Lepas tu terus parking ke koop..sekali nampak si Kancil kepunyaan incik Hizam parking kat tempat yg lemon selalu parking.Ishhhh..nyebokkk je kann ^^ Sekali godek-godek handbag...alamak!!!! Kunci koop tertinggal laa pulak. Tapi dalam hati rasa macam incik Hizamtu mesti bawak kunci koop. Memang yaa pon..naseb baik ada beliao. So, lemon pinjam laa kunci beliao sebab jap lagik nak mai sekolah balik lepas amek dslr kat umah ummi.

Disebabkan dah masuk waktu Zohor, jadi lemon rasa ada baeknya pi umah Ummi dulu, lepas tu baru lepak wat kije kat sekolah. Sampai-sampai je kat umah Ummi, tengok Ummi dok menebas rumput kat tepi rumah. Wahhhh...rajin benor Ummi aku ni..tak sakit lutot ke. Ummi yang baek hati ngajak makan nasik dulu...memang rezeki lemon gamaknya..hehe. Pergghhh..memang terbaek laa lauk-pauk yang Ummi masak..lemon siap menambah nasik lagik. Bab-bab makan usah malu-malu kambeng ok!

Usai menunaikan solat zohor, lemon tiba-tiba rasa malas nak pi sekolah. Ummi pon dok soh duduk ngan Ummi. So, lemon amek kertas soalan exam dan terus marking kat rumah Ummi sambil ditemani keletah Syamil + Sofea + Firdaus...kelakor laa budak-budak ni...seronok laa nengok, xde laa lemon ngantuk dok marking paper ni..hehe. Dengan penuh kekusyukkan, tengok-tengok dah siap marking satu set paper 2 science 3BS..alhamdulillah ^^


Thanks Ummi sebab layan a'an macam anak sendiri. Suke laa ngan masakan Ummi..sedap-sedap..hehe. Tadi dah janji nak belajar buat LAKSAM ngan Ummi..tapi nak tunggu cik asi balik habis exam dulu.

Itu sahaja..sekian terima kasih ^^

Sambal Petai Ikan Bilis versi Bonda

Alhamdulillah...
Diri kerdil ini masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di Bumi Nya
Masih diberi kelapangan untuk menunaikan kehendakNya
Terima kasih Ya Allah...


Bangun pagi-pagi tadi rasa kesejukkan tahap gaban
Rupanya Dia turunkan hujan yang telah lama tidak membasahi tanah di sini
Terima kasih Ya Allah..

Rasa macam nak tido balik jek..huhu
Dapat lak pelok bantal golek kat sebelah
Memang lena laa lemon tido nanti..hehe


Jenguk-jenguk kat dapur kelihatan Bonda sedang mengopek petai yang gemok lagi gebu itu
Owh..sudah pasti ini mesti nak buat sambal petai kegemaran incik Abah
Lemon paling suka part dapat mengopek isi petai dari kulitnya
Dapat pulak yang isi petai gemok-gemok macam ni
Memang best laaa ^^

Meh chef lemon nak kongsi macam mana nak buat SAMBAL PETAI IKAN BILIS versi Bonda :


Mula-mula  amek cili 7 biji + bawang merah 3 biji + bawang putih 3 biji + sedikit garam + sedikit belacan
Bahan-bahan tadi ditumbuk halus menggunakan lesung batu warisan Bonda.
Sebiji bawang besar - ini perlu dimayam.
Lepas tu kopek ikan bilis dalam segenggam tabah dan juga
santan yang telah diperah dengan penuh kasih sayang

Ok. kemudian, lemon tumiskan bahan-bahan yang dah ditumbuk halus tadi dengan api sederhana.
Bila dah agak-agak dah naik bau yang macam best tu, masukkan sedikit santan dan kacau dengan sopan santun ^^

Next, masukkan isi petai yang dah dikopek tadi dan kacau. 
Masukkan dalam 2 keping asam keping untuk penambah perasa.

Selepas itu, masukkan ikan bilis dan juga santan yang selebihnya. Kalau nak goreng dulu ikan bilis pon ok..tapi tak perlu laa garing-garing sangat. Dan kacau sekali sekala jek dengan api kecil..jangan asek kacau jek. Setelah pecah minyak, kiranya sudah masak laa sambal petai ni.
Sudah siap untuk dihidangkan..nyummi.. ^^

Perghhh..dapat makan nasi panas ngan sambal petai ni di kala hujan mencurah-curah memang terbaek lahhhh ^^
Jemput makan semua... 

04 June 2012

Epilog Chenta #part 1

Hai semua ^^
Lemon baru sampai ke teratak incik Abah malam tadi. Perghhh....kerinduan kepada Bonda dan incik Abah yang teramat sangat. Rindu jugak pada Barrack Obama -  si kucing hitam ku. Lama dah si Barrack ni tak membina parut-parut di tangan lemon hasil cakaranya..hadeiiiii!!!

Tadi belek-belek email lama, tiba-tiba nampak satu folder "KISAH QASEH". Lantas, jemari ini mengklik pada folder tersebut. Haha..email lama bagai ada lagik dalam simpanan, kelakor lak baca sorang-sorang. So terasa nak kongsi apa yang diborakkan kat blog lemon ni..hehe ^__^

Yang kaler biru tu adalah email dari si gergasi dan yang kaler merah tu email yang cik lemon reply. Tapi nampak banyak yang biru, so kira si gergasi laa dok ngurat-ngurat cik lemon dulu kan. Ini rentetan saat perkenalan si gergasi dan cik lemon dari tahun 2005 (lama dah kan...^^)



Date: 12/16/2005 8:57 am 
Subject: hiiiiiii 
Message: a'kum........
ape habaq...........
aiseh tetiba aku tgok nma hang lebih kurang nama aku jer...
hang dok perak ker.......aiseh sekampong ler kite..tu yg aku sja gatai2 tgn tsip msg ni...saja nak knal kot2 leh keje ngan aku...jadi gembala bebiri aku ker...aiseh nak la tu...tekejut ke muka
tu...hahhahaah....dak utm ker...bik chemical eng
ker...pasni leh rwat bebiri aku..ok chalooooooooooo 



******************************************************************************************************************************
a'An wrote:
kumsalamm
habaq baek....
kamu neh saper ekk??? cam tak knal...nk wat2 knl pon aku rse srba salah..hu.
owh..kamu neh gembala bebiri ker? comel arr bebiri kmu tue..pasneh leh arr mntak 3 ekor..aku nak bagi kat
atuk aku suh wat korban. hehe..raye aji pon dah dekat neh...
weh...orait arr tue..aku nak keje ngan kmu laa...tp,
aku nk jd tukang tunggang bebiri kmu krenye leh arr aku jdik cikgu sukan bg bebeiri kmu tue. leh arr
tingkatkn stamina bebiri tue..heh.. pastue leh arr kite wat sukan baru...kite usulkn kat sukan SEA. lawan
tonggang bebiri..leh arr ganti qabil ambak yg mnag naek kuda tue...yeahh..majulah sukan utk negara!!!
key laa...slam ukhwah..papai...jager bebiri kmu leklok ek..chow cincau yoes!!!



******************************************************************************************************************************
Date: 12/22/2005 12:16 am 
Subject: Re: aiseh dah jumpa geng ar....... 
Message: a'kum.......
aiseh xknal aku ker..........hahahaaha.....owhh ngat xde dah spesis yg otak giler cmni ngat tgal aku ngan langit je rupanya hang pun sama........cntik ar tu.....langit tu sepupu hang kan..aiseh mana aku tau.....tau ar sbb aritu dia kata sepupu dia dtg rumah perabiskan beras rumah dia...hahahahha.........dia yg kata.......ha tu
nak tduh aku uat citer ar tu...hehhehehe...pastu aku kta kat dia aku nak ngorat alih2 dia kata hang
la spupu dia.....aiseh...oit skang qabil ambak x join lumba kuada ar ganti ngan org lain .....ntah pe nama dia ntah....nak bagi bebiri pree leh......tp lmbt sket ar sbb bebiri aku nun jauh kat uganda......... dlm 2 masihi lagi smpi ar......oit aku suruh rwat bebiri aku..bukan suruh ajar dia bersenam...nanti dging dia liat lak sebab berotot....per da...xskolah haiwan ke dulu.......aiseh lupa lak saintis buat bom mana tau pasal haiwan........ok chalooooooooo



******************************************************************************************************************************
a'An wrote:
kumsalam...
owh..kmu ker.. a'ah..langit ade gak citer pasal ko...kire kitorng dah terngumpat kmu la neh...ampun pak!!!!
hurmmm...aku dah ingt...kmu joe ek? tak kesah arr pe nme ko...yg aku tau kmu kwn langit kn?
biler mse laks otak aku sespesis cm korng? kmu kn geng ternakn kmu tuh..bebiri come2 tu..hehe.
yeke die ckp aku perabehkn boras umh dier jer? aiseh..cm gini aku kna bwk 3 guni boras arr b4 gi umh die. jap..kt ladng ternkan bebiri kmu tuh ader tanah kosong tak? ala..skankang kibas pon jadik arr. aku nk
wat tnam padi...jdik beras jati cap kapl layar,heh. pastue kalo nk dging bebiri..aku culik arr bebiri kmu sekor. lagipon skg hrge sume naek...kireny aku dh ader stratgi mntap arr utk blnjawan aku.
key laa...nnti kem slm aku kat langit ek. ha..kat bebiri trnakan kmu same yeh...bye! chiow!



******************************************************************************************************************************
Date: 12/29/2005 11:13 pm 
Subject: Re:aiseh semakin teruk....... 
Message: a'kum.....
aiseh ada ati nak culik bebiri aku....aku dah ajar bebiri aku cara berkungfu....semua dah khatam ape
yg aku ajar...silap aribulan hang lak yang kena culik..hahahahaha.........oic ngumpat aku..owhhhhhhhh xskolah tol....lain kali ajak aku sama....mengenai strategi tu aku rasa kena dikemaskinikan balik ar...mengikut perancangan Rancangan Malaysia ke doblas....kerajaan xnak menggunakan padi lagi utk makanan asasi rakyat m'sia ..jadi aku rasa baik tanam pokok anggur....nanti bleh buat air ribena...perghhhhh sedap wo...aiseh nama panjang lebor hang pe ha....? a'an tu singkatan bagi cipan ker....heheheh....xpun lipan...xpun
gaban...taliban...berkemban...seremban...dan juga taurina.....aiseh termelalut lak...langit dia kata
" mana salam yg a'an bagi tu " cmna aku nak jwb soalan dia..tolong aku jwb



******************************************************************************************************************************
Date: 12/29/2005 11:21 pm 
Subject: lain crita....... 
Message: aiseh hang pun malas mandi juga ker..........aiseh mmg sepupu sepipit suma malas mandi..hahahah......bt malu bebiri aku jer.dia pun suka mandi sungai......... 



******************************************************************************************************************************
Date: 01/15/2006 11:36 pm 
Subject: uiks...apom balik ade tak 
Message: a'kum........
aiseh byk gmbr baru...tnya bleh..gmbr a'an ke yg berbulu tu..hahahhaha....aiseh lama xmsg aku...bizi ker..hahhaha..aku dok cuti2 msia lagi...rya aritu xblik kan..hahaha..padan muka...rugi langit perabis rendang mak hang buat...smpi aku pun x dan nak mrasa...ok chaloo



******************************************************************************************************************************
a'An wrote:
kumsalam...
eii...suke atie nenek kebayan ko jerk ekk ckp aku yg berbulu tue..aper ko nie rabun bebeiri ker??
tau laa dier tue penternak bebeiri yg b;jaya..hahah.. a'ah..aku bz arr skunk...hurmm,,,alang2 ko tgh cuti2
m'sia neh..meh arr turun jhor..nnti aku bwk ko ronggeng2 kat jb. tapi kan..msti bebiri 2 ternakn ko
tu nk ikut same kn??? so..tak yah arr..aku pon takde transport nk bwk ko...len arr kalo ko bagi green light
tunggang bebiri ko...pastue leh arr kite lawan pedang smbl nek bebiri...haha...pastikn stamina bebiri ko tu
dah ckup tough yerk. key laa...nnti ko kem slm aku kt langit...tnya dier..npe tak bls msg aku..hah???? udahler blik rya kt kg pon tak ajk aku..huhu..
key..chalow!



******************************************************************************************************************************
Date: 01/17/2006 10:24 pm 
Subject: Re: fuhh..ader ati nak lwn bebiri aku 
Message: a'kum...
hahaha dah nenek kebayan aku cakap mcm tu..sbb tu la suka ati aku nak ckp camtu..hahaha..xnak ngaku
la tu...sedangkan cipan bila jumpa org pun tunduk malu sbb nama dia cipan ni kan plak hang...hahahaha...langit pindah mktb mlaka la..sbb tu dia xreply msg a'an kot...dia blik kampg aritu pun dia p ambik brang dia kat mpsah...lagi pun klau bawa hang dia kata hang mregek nak suruh dia
beli choki choki jer..uiks sapa budak pkai tdung biru kat atas tu ha...mber hang ker...aiseh lawa gak yer..knalkan la ngan ku leh aku ngort dia pastu ajak dia cara tonggang bebiri...pastu suruh
dia lwn ngan hang..hahahah..gerenti hang kalah punyer...tanya lagi....hang dok perak area mana ha..? xpenah nmpk pun muka ang..aiseh xmalu ngaku dak Perak...klau tol hang dak Perak sapa nama tok
ketua kampung pokok asam...ha xtau..pastu ngaku...ceh ntah hapa2...k ar jumpa lagi di episod akan datang...jgn lupa saksikanya di TV doblas...Siaran Misteri Anda...chalooooooooo



******************************************************************************************************************************
a'An wrote:
kumsalam...
owh...idop lagik ekk nenek kbyan kmu yerk...hurmm,, nti kem salam aku kt beliau eh. eii...hang nie mmg arr...rase nak karate jer sumer skapula bebiri2 ko...bior sume senget cm tuan dier..hahaha
owh..kmu nk ngorat dak yg tudung biru tu ker??....dier kawan aku....nnti aku bitau dier. tapi...msti arr ader upah kalo aku nk kna jadik matchmaker kome dua. aku nak doblas ekor bebiri ko ..aku nak bukak pusat renang kuak bebiri. leh tak wahai saudagar bebiri...


weh saudagar bebiri...

aku mmg org perak la...eii,,tak de koje la aku nak hafal nme sume ketua kmpung kt perak neh. baek aku hafal jadual berkala...ade gak pekdahnye. nme ketua kg aku pon..aku tak tau. tapi..yg aku tau...beliau kawin dua.. pelik kan..ketua kg aku yg lame dlu pon ade bini dua. hurmmm.tapi aku knl ngan ketua kg pokok asam tue...name dier haji sameon bin dolah kan? ...huh...ntah2 ko pon tak tau..sudahlah!!! 
weh...pasnie aku dah tak leh nk msg ko lagik...byk giler assgmnt. so..b4 aku chow..nk mntak maap ng ko
kalo ayat2 aku neh cm ntah pape sket ke...wat sakit ati ko ke...ampun ya!!..0-0
key babai..a'kum...



******************************************************************************************************************************
Date: 01/25/2006 1:11 am 
Subject: Re: ceh...tarak skolah punya budak... 
Message: a'kum....
aiseh wujud lagi yer saudara eh silap saudari da ngat dah terbang ker planet zuhal...adeh nak kena
bagi upah lak...ngat p Mekah ker...p Mekah leh ler upah Haji dan Umrah...ceh...tp xpe mber nyer pasal
leh nyer...janji aku leh ngort dak tdung biru tu..leh aku bgtau ketua kmpg hang yg aku ade
awek..huhu ngat dia ensem sgt ker leh kwin dua...aku yg ensem bergaya ni pon sowang pon xde...ceh cakap byk tarak guna...majulah sukan untuk negara...oih kem slam aku kat drebar bas
klau hang blik Perak... huh leh caya ker budak perak...musykil tol...klau tol sape nama budak yg jaga tol kluar Kemunting...ha yang tu pon xtau...ceh kata dak Perak..pigirah...hahahhaa


pantun akhir dari aku...

anak katak lompat2,
singgah ke kedai mbeli gula,
pesal pa katak tu lompat,
naik beskal la p beli gula.....


hahahhaha....ntah aku pon dah xbtol



******************************************************************************************************************************
a'An wrote:
kumsalam...
sowi maa lme tak reply msg ko..kn aku dah bitau yg aku bz thp tempe basi skunk..pene..penen..huhu..
aku skunk kt kg...cuti rye cna 1 wic.. nape ek ko tak caye aku orng perak.huh??? tnya langit
arr klo tk cayer..bonda aku pesan tak baek mnipu2 neh..aku sbgai ank yg solehah sntiasa mndengor nasihat
beliau..dan pesann beliau kn terpahat kukuh kat...???..ermm,,kt ne eks??? kt mne2 je laa... owh,,nie kire ko nekad abeh arr nk ngorat member aku yg tudung biru tue??? aku dah bitau dier...yer kem
salam bebiri kt kamu,heh. dier pesan jager bebiri kamu leklok...nnti senang kalo kawin..arie2 telan daging bebiri masak hitam jer...tak pom bebiri golek..ala, yg cam ayam golek kt pasar tuh. ha. pastue..dier suh ko bagik doblas ekor bebiri kat aku sbgai syarat perjanjian seblom neh..anda setuju??? aku wat nie..utk kebaikn ko gak..mrangkap faedah bersama...nnti ko leh arr eksyen kt ketua kg aku..yg ko dah ader awek yg best cam member aku tue..hehe.. key laa..aku nk balas pantun hampeh ko nie..

anak bebiri tercekik pisang,
pisang dcekik oleh bapak bebiri,
mak bebiri mengcekik pisang,
lepat pisang mak aku paling dgemari...

haha...lagik best pantun aku dr ko..muahaha,,
key laa..chalow....bip..bip...bip action kamen!!!!



******************************************************************************************************************************
Date: 02/1/2006 10:43 pm 
Subject: Re: ceh...ade ke patut... 
Message: a'kum...

ish baik tol aku tiap2 kali bg salam...anak sapa la ni....hahhaha huuh..doblas ekor byk nyer...mana nak kutip..skang bisnens x maju arr...ekoran kegagalan perdana menteri mongolia membayar cukai kat kerajaan
uganda tengah..adeh pe kene mengena lak ngan aku...err ntah ler...! nama dak tu hapa....xtau
cmna nak ngrt..huhuhu...adeh ye ke perak..? daerah mana ekkk...aku dah check kat pejabat daerah xde
pon nama hang...nipu je keje...ehh...silap mak hang xbg nipu kan.. tp pesal hang nipu gak..kena
kena fire arr tu bior jadi shiro..adeh shiro pon xtau...bebiri sinchan arr..eh bebirir ker tu..ntah arr aku pon xtau..eh aku de pantun..
______________________________________________

tudung biru mmg lawa,
lawa lagi tudung saji,
adeh pesal aku xtau nama dia.
bgtau la aku xde la misteri...
______________________________________________

ashekamen makan meggi,
makan smpi idung bedarah,
aku malu nak tulis pangjang lagi,
saja nak ucap slamat MAAL HIJRAH.
______________________________________________

huh pantun aku lagi best dr goreng pisang mak ko buat...
kenang daku dalm bebiri mu...



******************************************************************************************************************************
Date: 04/2/2006 7:58 am 
Subject: a'kum 
Message: adeh....bizi ker..aiseh rjin study..bgus le
dah nama pon student...klau cleaner rjin menyapu....oit lama xmsg aku...xrindu ker..huh
berani xrindu kat bir yg comel lagi cute ni...oit bila nak mai penang..bleh ko blanja aku makan..hahahaha...senang2 msg ler aku...chaloooo

ntah ngat ke tak kat diriku ini... 

******************************************************************************************************************************

Haha..sudah habis untuk episod perkenalan versi epilog cinta si gergasi dan cik lemon. Rindu saat-saat dapat balas2 email macam ni..tapi gaduh tak hinggat. Dulu dia adalah 'musuh baek' saya tapi sekarang dia adalah 'sahabat baek' saya yang terbaek. ilysm ^__^


[ si gergasi dan cik lemon ]

Du'a for my future imam ♥



Ya Allah..
 Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, Ya Allah...
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!



26 May 2012

Selamat Pengantin Baru

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat pagi semua ^^
Hari yang best ni cik lemon nak sembang-sembang pasan kawen
Hehe...
Eiii..gatal benor yer kamo cik lemon

Ishhh...
jangan laa cakap macam tu, malu saya (tangan ke bahu, mata ke atas)
<<< statement agak chewi di sini >>>


Relax laa yer...
Bukan lemon yang excited nak kawen
Sebab belom sampai jodoh lagik lemon nak dapat 'incik imam'

Tapi..
cik lemon nak wish :

"SELAMAT PENGANTIN BARU"
kepada my beloved cousin - Miza dan pasangannya incik Shuk



Tahniah my dear,
Tak sangka kamo dulu yang kawen, janji nak kawen hari sama..sobss..sobss
hehe..
xdelah, maen2 jek...
i'm happy when u will got married today ^___^

Untuk Miza dan Shuk..
Semoga kalian berbahagia dunia dan akhirat,
Moga redha Allah bersinar selalu buat kalian,
Ingat, perkahwinan yang berasaskan ibadah akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat..
InsyaAllah..

Moga dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah (semoga berjaya..hehe)
Cik lemon cakap dah rupe banyak pengalaman lak..haiiipppp~



Nota kaki :
>> seronok laa pulak tengok orang kawen-kawen
(Ehemmm..sabar..sabar ^__^)


25 May 2012

Luahan Rasa | dedikasi utk sahabat



Hiba...

Sebak...

Sedih...


Tak pasti bila akan tibanya detik itu...
Mungkin akan terus kehilangannya atau bisa melihatnya setiap hari kembali
Mungkin tiada lagi di sisi
Mungkin tiada lagi memori-memori indah yang terbina saban hari
Kenangan yang penuh nostalgia


Saat diri mula mengerti kegembiraan dalam setiap kesukaran
Saat diri mula merasa kembali bersemangat tika diri ini jatuh
Namun...
di sebalik celotehnya, gurauannya, marah dia
Ada yang tersirat, ada yang tersurat
Aku pasti akan merindu saat itu
Sungguh...aku pasti merinduinya


Tapi semua itu mungkin tak bisa kembali andai ini semua sudah tertakdir
Kuatkan aku selepas ini???
Tabahkan aku seperti dulu???


:: Terima kasih sahabat ::



24 May 2012

Mesyurat Bina Item untuk Pertandingan Saintis Muda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun

Perghhh..memang kesibukan tahap dewata raya sampai dah lama tak update blog lemon ni. Dah bersawang kot...fuhh...fuhhh... (tiup-tiup habuk yang sepah-sepah).

Hari ni lemon tak pi sekolah..bukan ponteng keje ok. Tapi hari ni ada Mesyuarat Bina Item untuk Pertandingan Saintis Muda Sekolah Menengah sempena Karnival Sains dan Teknologi nanti. Kali ini lemon bukan sahaja jadik cikgu yang akan handle budak2 sekolah lemon untuk Saintis Muda tapi merangkap jadik Hakim untuk pertandingan ni nanti. Sebab tu kena bina soalan-soalan untuk setiap station.

So bertempat di Dewan Bestari PPD Gerik, so berkumpullah segala cikgu cikgi Sains yang suara sorang-sorang semua merentas kokurikulum..haha. Inilah dinamakan lumrah seorang cikgu...pantang jumpa, suara semua pakat berfrekuensi tinggi. Pagi subuh tadi dapat sms dari ketua hakim, beliao suruh bawak buku-buku kimia + fizik + biologi + sains SPM.

Pagi tadi sebelum pi PPD, lemon pi sekolah dulu nak kutip buku-buku yang nak kena bawak.
Sekali masukkan dalam beg...mak aihhh...banyaknya buku-buku yang den bawak..hadeiii!!

Itu tak pe lagik, bila ke dewan kt PPD tu menjijit laa lemon ni ngan 3 biji beg - beg letop + beg buku-buku + handbag. Dah rupe apa lagik bawak banyak beg...rasa nak sangkut jek beg buku ni kat tengkuk sebab dah penuh tangan bawak..huhu :(

Kat PPD tu lemon + ckgu finaz + my GK kena bina item utk station 2 - soalan lebih kepada soalan fizik. Tapi sebab soalan yang kami bina ni masih SULIT..so tak leh post kat sini. Hati kena tulus beb ^^ Nanti dah settle pertandingan ni nanati lemon post soalan bocor..hehe.

Yang bestnyer soalan ni kena bina in english. Part ni yang lawak sikit bila nak translate2 ni..penen ayat-ayat ni :P

Selesai wat separuh soalan, pi belasah nasi lemak dulu...memang terbaik dari ladang kot nasi lemak free ni. Tapi memang pon, semua makanan free ni best kan??  Lepas tu sambung balik siapkan soalan. Kami diberi penerangan secara ringkas macam mana nak buat penilaian semasa pertandingan tu nanti. Apa yang penting kat sini adalah nak tengok bagaimana Kemahiran Proses Sains dan juga Kemahiran Manipulatif setiap pelajar. Memang markah tinggi kat bahagian ni je pon. 

Ermmm, Karnival Sains dan Teknologi ni akan diadakan di SMKTS pada 16 Jun 2012. Sekolah lemon adalah tuan rumah pada asalnya tapi disebabkan krisis air (nanti takot xleh wat Pertandingan Pelancaran Roket), so tukarlah tuan tanah ke SMKTS. Doakan kejayaan team sekolah lemon utk Pertandingan Saintis Muda ni yer ^__^




12 April 2012

Hati Berbunga-bunga Kekwa


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sy sedang happy
Hati kini sedang mengalami proses pendebungaan
Terima kasih ^___^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...